Berumah di tepi masjid

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama tak menulis. Cuma terlintas difikiran untuk berkongsi idea kalau kita dapat memiliki sebuah rumah ditepian sebuah masjid. Orang tua-tua selalu kata “Kalau takut ditimpa ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Kalau ubah sikit ayat tu, maksudnya: Kalau takut kena pi solat berjemaah, jangan berumah di tepi masjid. Ya ka?

Menurut kefahaman ana, melalui sebuah hadith (yang ana selalu dengar masa kecil-kecil, diucapkan oleh seorang tuan guru yang mengajar di masjid kampung ana) katanya “Suatu ketika Nabi pernah nak bakar rumah orang yang tidak datang solat berjemaah di masjid”. Walaupun secara peribadi ana tak jumpa lagi matan hadith tersebut (masih mencari) tetapi pesanan ini sangat terlekat di hati.

Satu lagi hadith yang ana pernah terdengar juga, antara lain mafhumnya “Tidak dikira solat seorang lelaki dirumahnya, di mana ia terdengar suara azan dilaungkan di masjid”. Mungkin matan hadith ini tidaklah tepat. Kalau ada siapa-siapa bolehlah betulkannya.

Cuma, hadith yang masyhur tentang pahala solat berjemaah itu lebih daripada solat seorang diri sebanyak 27 darjah (yang paling rajih) atau 25. Yang mana pahala solat berseorangan hanyalah 1 darjah. Kalaulah perbezaan pahala itu nampak dengan mata kasar, nescaya (ramai) orang akan rasa rugi. Sebaliknya, hanya orang-orang yang kental dan tinggi imannya sahaja yang menghayati kekurangan bila solat secara seorang diri. Apatah lagi untuk tidak solat langsung. Wal iya zu billah.

Melalui hadith-hadith yang cuba ana ketengahkan tadi, maka mungkin satu cara untuk kita dekat dengan masjid, dekat dengan solat jemaah adalah dengan berumah di tepi masjid. Jadi jiran masjid. Beli rumah atau buat rumah di atas tanah yang dibeli di tepi sebuah masjid. Kalau tak dapat jadi jiran masjid, jadilah jiran surau, atau balaisah atau madrasah tempat didirikan padanya solat berjemaah.

Orang dulu-dulu (banyak di Kelantan), kalau rumah mereka jauh dari masjid (yang diadakah solat jemaah dan jumaat) maka mereka dirikan musollah atau apa yang digelar (di Kelantan) sebagai Balaisah. Ada balaisah yang didirikan sebelah rumah atau memang melengkap dengan rumah. Jadi orang di sekitar itu boleh lah datang berjemaah sama-sama. Bagi yang ada kemapuan lebih, mereka dirikan sebuah surau berasingan.

Pada ana, fenomena ini bukanlah suatu usaha menjauhkan masyarakat dari Masjid, sebaliknya dilihat satu usaha bagi mendekatkan masyarakat kepada solat berjamaah. Memang lah, kerana kita (di Kelantan atau kebanyakan Malaysia) bermazhab dengan Syafie. Satu masjid dibina untuk satu mukim tertentu. Tak boleh dua masjid. Jadi, kadang-kadang yang tak bernasib baik itu, rumahnya jauh dari masjid.

Nabi SAW pernah bersabda: Mafhumnya “Jiran dahulu, barulah rumah”. Maksudnya, perlu dilihat siapa jiran yang bakal kita duduki (menetap) sebelum kita buat keputusan membeli (atau buat) rumah. Maksudnya juga, perlu dicari tapak rumah yang baik. Iaitu jiran-jiran yang baik. Dan sebaik-baik jiran adalah sebuah masjid.

Walahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Feb 11, 2009 @ 06:22:59

    me jadiq jiran siber jakkks.. tegur tegur tiap tiap hari volllee gittewwww abang ibn rajab tewwww.. ehehe

    IbnRajab: boleh, insyaAllah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: