Lazimi bahasa yang betul

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Mantop! Satu fenomena bahasa hari ini. Bunyi macam seronok untuk didengar tetapi sebenarnya melambangkan kemerosotan mutu bahasa itu sendiri. Selain ia juga sedikit sebanyak menggambarkan tiada jati diri seorang penutur bahasa Melayu. Ingatlah “Bahasa jiwa bangsa”. Apakah berat sangat bibir nak mengucapkan kata “mantap” sebagaimana yang asal?

Apakah bahasa itu wujud sebagai permainan. Boleh main-main kah dengan bahasa? Bukankah pemahaman bahasa itu suatu yang penting, sebagai contoh dalam mahkamah. Bahasa memainkan peranan yang utama. Lafaz atau bahasa juga penting di sisi agama. Dengan melafazkan perkataan nikah, atau cerai sesuatu ikatan boleh dimeterai dan berkecai.

Kalau dalam bidang pendidikan, bahasa itu menentukan jati diri bahkan jatuh bangun sesuatu bangsa. Orang kata sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Maksudnya di sini, sikit-sikit, main-main, lama-lama bahasa kita yang jadi rosak. Maka timbul istilah bahasa rojak, bahasa mee kuah dan macam-macam. Sedang pada suatu masa, bahasa kita pernah dihormati sebagai satu bahasa bernilai tinggi dan dipelajari.

Anak bangsa kita sendiri yang merosakkan bahasa. Sungguh memalukan. Apatah lagi kalau penutur bahasa main-main itu seorang cendikiawan, ahli agama, orang cerdik pandai dan para ilmuan. Sungguh memalukan juga kalau para ibu bapa menurut pelak bahasa anak-anak dan bersikap keanak-anakan. Konon ingin dekat dengan anak-anak dengan menggunakan bahasa mereka, sedang pada masa sama merendahkan pandangan (hormat) anak terhadap kredibiliti dan keibubapaan ibu bapa. Sejak dari kecil lagi ajar anak-anak untuk tidak menghormati ibu bapa, jadi jangan salahkan mereka apabila membesar dalam keadaan macam tu.

Pendidikan anak-anak
Seorang ahli bahasa (linguistik) UKM berpendapat “seorang ibu atau bapa tidak sepatutnya mengikuti pelak anak-anak dalam menutur satu-satu perkataan (every single word). Kalau mereka salah, maka peranan ibu bapa untuk membetulkan mereka, atau hendaklah ibu bapa (sentiasa) melazimi perkara yang betul. Terutama dalam berbahasa”. Sebagai contoh, anak-anak mungkin minta susu dengan perkataan “nak cucu”. Peranan ibu bapa ialah jangan meniru pelak anak-anak ini sebaliknya menggunakan perkataan susu. Contoh “nak, mari ambil susu” bukannya “mari ambil cucu”.

Kita sebagai ibu bapa tidak boleh meniru ketam. Menginginkan anak berjalan betul dengan ajaran cara berjalan yang salah. Di mana lagi anak-anak hendak belajar kerana sekolah pertama mereka adalah kedua ibu bapa. Terutama ibu. Jadi kenapa sengaja tukarkan makan kepada “maman” sayang kepada “cayang” dan sebagainya itu?

Alasan untuk lebih mesra dengan anak-anak, untuk lebih dekat kepada mereka itu tidak berasas sama sekali. Siapa yang lebih tahu cara untuk dekat kepada anak-anak selain ibu bapa mereka. Kalau guna bahasa anak, maksudnya ibu bapa telah mengiktiraf bahawa cara anak adalah cara untuk mereka dekat antara satu sama lain. Kalau macam itu, janganlah salahkan anak-anak yang menghendaki ibu bapa menuruti segala perangai dan keinginan mereka dari kecil sehingga tua.

Anak-anak dilahirkan dalam keadaan tidak tahu apa. Tidak dapat membezakan baik buruk untuk dirinya sendiri pun. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Corakkan itu amatlah rumit dan banyak tercabang. Dan cabang yang paling utama adalah corakkan jiwa, jati diri, aliran paradigma dan rohani. Semua ini bermula dengan bahasa yang betul, tepat dan teliti.

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Siti Fatimah Ahmad
    Feb 14, 2009 @ 23:09:38

    Assalaamu’alaikum syeikh…

    Betul tu, saya setuju sangat akan apa yang syeikh katakan tentang bahasa. Bahasa menunjukkan bangsa. Jika bahasa rosak, maka bangsa tentu tidak akan dikenali sebagai sebuah bangsa yang bermaruah. Bahasa adalah jiwa bangsa. Maka kita harus berusaha untuk mempertahankan penggunaan bahasa. bukan sahaja dari segi pertuturan, malah dari segi penulisan pun harus diambil kira. Jika tidak ; sama sahaja rentak dan tarinya jika dari segi percakapan dan penulisan diabaikan. Semoga beroleh kebahagiaan selalu.

    IbnRajab: terima kasih ustzh.. 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: