Bayar rumah belum siap

Bismillahirrahmanirrahim

Perkara yang tidak diduga. Kena bayar ansuran rumah yang masih belum siap. Ana beli rumah dalam pembinaan menggunakan pinjaman perumahan Kerajaan (gov loan). Perjanjian jual beli dalam bulan jun 2007. Janji siap selepas setahun tetapi kini dah nak masuk dua tahun, rumah tak siap-siap lagi. Tup-tup ana dapat surat arahan potongan gaji (pada awal tahun 2009) daripada pihak Kerajaan yang akan berkuatkuasa (potongannya) mulai feb 2009 (bulan ini).

Paling mendukacitakan, apabila gaji bulan ni sudah siap kena potong. Bukan masalah lari bajet bulanan, tetapi terkejut sebab rumah belum siap, gaji dah kena potong. Adakan ia wajar? Maka ana hubungi pejabat dan mereka kata “Apabila ada arahan, maka kami akan ambil tindakan, ustaz perlu tanya mereka (Bahagian Pinjaman Perumahan)”. Ok. ana terpaksa akur dengan potongan bulanan yang akan berakhir jan 2029 itu.

Ana hubungi pegawai berkenaan di Bahagian Pinjaman Kerajaan berkenaan. “Encik boleh saman pihak pemaju, kita terpaksa buat bayaran dan kita perlu potong daripada gaji encik” jelas pegawai tersebut. “Encik buat surat, kalau boleh, sertakan sekali tandatangan rakan-rakan encik (yang membeli rumah di taman itu yang menghadapi masalah sama), tuju surat itu kepada pemaju dan s.k kepada kami”  tambahnya.

Ana juga hubungi pemaju. Panggilan ana dipindahkan ke sana dan ke sini (dalam pejabat itu). Kepada pegawai itu dan pegawai ini. Hingga tiba ke satu nama yang tidak ada dalam pajabat masa tu dan ana diminta menghubunginya semula. Selepas sejam setengah, ana hubungi dan dapatlah bercakap dengan ‘person in charge’ tersebut. “Saya rasa terbeban, kerana pada masa sama saya kena bayar sewa rumah, dan gaji kena potong untuk bayar rumah, kalau rumah dah siap, saya pindah sana dan tak perlu bayar sewa lagi” ana cuba memberi penjelasan akan duduk perkara. “saya faham” jawabnya selamba.

“So macamana? apa perlu saya buat atau pihak tuan buat” ana inginkan penjelasan. “kalau ikut bahagian perumahan, mereka suruh saya saman syarikat encik” sambung ana. “Lihat dulu, nanti kami bincang dengan bos, sama ada kami akan bayar separuh daripada harga potongan bulanan encik” jelasnya. Selepas dia berjanji akan call semual ana, maka perbualan kami tamat dahulu setakat itu. Fikir ana, kalau sekadar bayar separuh, ana masih terbeban. Kalau ikut perjanjian, kalau sabit kesalahan pihak pemaju dikehendaki membayar sejumlah 10% daripada harga asal.

Ana buntu dan tidak tahu nak buat tindakan apa selepas ini. Manalah ana pernah faikan apa-apa prosiding mahkamah. Ana juga tak ada senarai pembeli rumah di taman itu yang senasib malang. Pihak pemaju yang menjanjikan “nak call” untuk beri kata putus samada nak bayar ganti rugi itu pun tak call-call. Susah juga macam ni.

Kalau sebelum ini ana hanya tengok di TV mereka tunjuk perasaan, kena bayar rumah tak siap, kini ana sendiri mengahadapi masalah sama. Apapun, mesti ada jalan penyelesaiannya. Ana mohon siapa-siapa dalam kalangan pengunjung IbnRajab online ini yang ada pengalaman agar kongsikan pengalaman mereka di sini atau email ana. Kalau boleh bantu ana untuk cari jalan keluar dan mendapat pembelaan. Kalau ada yang dah berpengalaman dalam hal sue mengesue (saman) pihak pemaju perumahan lagi ana alu-alukan perkongsian mereka kat sini.

Semoga akan ada nanti petunjuk jalan ke arah penyelesaian yang positif. Kalau win-win situation gitukan alhamdulillah. Wallahu aklam.

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. Ameena
    Dis 04, 2009 @ 16:18:16

    Salam

    Kami juga punyai masalah seperti anta. status rumah terbengkalai.Beli pada tahun 2006 hingga sekarang tak siap.potongan gaji dah bermula tahun 2008.Kami pula tinggal berjauhan kerana bekerja di negeri berlainan.sewa rumah suami,sewa rumah sendiri dan bayaran rumah terbengkalai,sungguh membebankan.

    IR: w’salam. ajukan kpd tribunal pengguna

    Balas

  2. taz
    Jun 03, 2011 @ 13:44:12

    saya pun menghadapi masalah yang serupa awak.saya pun tidak tahu cara dan harus menggadu kepada pihak mana?pemaju yang saya hubungi,macam tidak mahu ambil tahu.

    Balas

  3. mzm
    Sep 26, 2012 @ 17:13:04

    saya pun hampir jadi macam anta kalau betul kene bayar sebelum rumah siap. moga dijauhkan.

    Balas

  4. itcdotmy
    Jun 13, 2013 @ 23:23:37

    Pergi refer dengan KPKT. mereka ada bahagian yang uruskan benda ni. sehingga pihak pemaju kena buat ganti rugi dan pihak bank pun boleh berhenti buat pemotongan sehingga pemaju baru ambil alih.

    Balas

  5. Zaharin
    Ogo 25, 2016 @ 13:58:43

    KPKT tu apa…sy sedang hadapi masalah yg sama..dan harap tuan/puan blh bg panduan apa yg patut sy ambil…stress dh kena byr rumah yg x siap dlm masa yg sama kena byr rumah sewa…bertambah dgn bebanan kos hidup skg yg melampau tinggi…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: