Doa hari ini

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini salah seorang student ana (membuat panggilan telifon) bertanyakan doa yang selalu ana amalkan bagi memohon petunjuk dan hidayah. Sebenarnya, Islam menganjurkan semua manusia terutamanya orang-orang beriman agar sentiasa memohon hidayah (petunjuk) ke arah kebenaran. Agar mereka sentiasa dipandu ke jalan yang diredhai Allah. Tuhan sekalian alam. Yang Maha berkuasa dan layak disembah. [al-Fatihah ayat 6]  Artikel ana tentang ayat ini juga berkaitan.

Antara doa yang selalu ana amalkan bagi memohon kesejahteraan dan petunjuk (hidayah) agar Allah sentiasa memandu ke arah kebaikan dan keredhaanNya ialah:

1

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon petunjuk (hidayah), nilai taqwa, hati yang mudah merasai kasihan belas dan bebas daripada belenggu keperluan kepada manusia.

2

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhan kami, sinarilah hati kami dengan sinaran (cahaya) petunjuk hidayahMu, sebagaimana engkau sinari bumi ini dengan sinaran (cahaya) matahariMu. Selama- lamanya. Dengan rahmat kasih sayangMu, wahai tuhan yang Maha Luas limpahan rahmatNya.

3

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan yang benar, keluarkanlah kami daripada pelbagai kegelapan kepada petunjuk (cahaya iman), dan jauhilah kami daripada segala keburukan sama ada yang zahir ataupun yang tersembunyi.

Inilah antara doa-doa yang selalu ana amalkan selain surah al-Fatihah yang (wajib) dibaca 17 kali sehari semalam itu (dalam solat).

Wallahu aklam.

p/s: sekiranya anda ingin baca artikel-artikel ana yang lalu berkenaan hidayah, typekan saja keyword tersebut “hidayah” dalam kotak search di tepi kanan blog ini.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. juzburself
    Mac 12, 2012 @ 11:50:49

    Salam Ustaz,

    Saya copy doa ini di blog saya untuk amalan adik saya. Terima kasih

    IR: slm. it’s ok, and thanks for coming..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: