Public Mutual online

Bismillahirrahmanirrahim

Ana saja ambil peluang nak kongsikan pengalaman menggunakan kemudahan menguruskan pelaburan secara atas talian (online). Kemudahan ini disediakan oleh syarikat unit amanah yang kini memegang ‘ranking’ no. 1 di Malaysia iaitu Public Mutual. Mereka mengorak satu langkah ke hadapan apabila menyediakan kemudahan pengurusan pelaburan (investment) secara online ini bermula awal tahun 2009 ini.

Untuk tujuan itu, anda sendiri yang telah menjadi pelabur Public Mutual perlu ke pejabat Public Mutual berdekatan. Wakil atau ejen anda (yang memperkenalkan dan menguruskan pelaburan ini bagi pihak anda sebelum ini) tidak boleh mewakili anda di dalam melakukan permohonan untuk akses kemudahan tersebut. Anda diminta mengemukakan kad pengenalan dan menandatangani satu borang. Setelah itu, anda perlu tunggu selama beberapa hari (pengalaman ana selepas dua minggu) untuk menerima ID dan Password sementara yang dihantar melalui pos.

Kemudian, anda ikuti segala langkah yang dinyatakan dalam surat berkenaan. Setelah anda berjaya log in ke akaun pelaburan anda di Public Mutual secara online, pada masa itu anda bolehlah mula melakukan beberapa pengurusan pelaburan secara atas talian. Anda kini tidak perlu mengisi borang atau pergi ke bank yang masa urusannya adalah mengikut waktu pejabat. Kini pengurusan pelaburan anda hanya terletak dihujung jari.

Antara perkhidmatan yang dibenarkan dilakukan secara online seperti mengemaskini alamat, nombor telifon, menetapkan semula sama ada anda ingin mengeluarkan bonus dari pelaburan atau terus menjadikan ia sebagai pelaburan tambahan, melakukan pelaburan tambahan (kepada dana sedia ada) menggunakan akaun Public Bank atau mana-mana bank yang menyediakan kemudahan perbankan internet, atau anda ingin membuat pelaburan baru (dana-dana lain yang menarik perhatian anda) dan sebagainya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau log in ke akaun anda sedia ada sila klik di sini.

Selamat mencuba. Wallahu aklam. Wassalam

Advertisements

10 Komen (+add yours?)

  1. syahbandar
    Jun 16, 2009 @ 15:27:46

    salam…
    nak tanya kalau nak buat initial or additional investment,bleh pakai maybank2u tak dlm publicmutual online?.terima kasih

    IbnRajab: w’salam. boleh.

    Balas

  2. Dilema
    Ogo 17, 2010 @ 15:34:27

    Salam Ustaz,

    Sy seorang isteri dan kisah ni berlaku bberapa hari sebelum kami pergi bercuti.Kami sentiasa berselisih faham sehingga satu hari di dalam kereta suami berkata ” jika kt masih bergaduh slepas balik dari bercuti nnt kt buat hal masing2 ” dan sy membalas ” itu taklik ” dan suami dlm keadaan marah mengiyakan.Apabila kami pulang dari bercuti berlaku sedikit pergaduhan dan sy merujuk kepada apa yg di ckp kan nya sbelum ni dan dia membalas itu hanya akan berlaku jika dia membawa baju2 nya dan keluar rumah.Untuk pengetahuan ustaz semasa percutian pun kami telah mengingatkan antara satu sama lain agar tidak bergaduh krn kt dah bertaklik.skrg ni kami sudah tidak tinggal serumah krn takut perkara itu benar2 berlaku namun kami tidak mahu ke pejabat agama dan kami belum bersedia.Tp yg meyiksakan krn kami terlalu syg antara satu sama lain.Tolong kami ustaz..

    IR: w’salam. eh, kat tmpt tajuk ini pn ada org tanya pasal taklik. pdpt ana, ia bkn taklik sbb tiada lafaz cerai ataupun talak. wallahu aklam. apa2, jika ingin lbh kepastian, rujuk pej agama. perkara agama ni. baik utk kita

    Balas

  3. khairi
    Ogo 20, 2010 @ 00:48:51

    salam ya ustaz…minta borang..isnin nak isi..insyaallah

    IR: w’salam. blh, sat lagi ana pi rmh anta

    Balas

  4. hamba Allah
    Mac 17, 2012 @ 13:41:38

    Assalamualaikum ..
    Saya ingin bertanya jika sekiranya saya telah melanggar taklik dan jatuh talak satu dan selepas itu tidak tinggal bersama suami dan beberapa hari selepas itu, suami menyatakan ingin merujuk melalui telefon dan saya menjawab “bolehlah kalau nak rujuk”. Adakah rujuk itu sah dan kami telah kembali menjadi suami isteri yang sah ?

    Balas

  5. hamba Allah
    Mac 17, 2012 @ 13:43:57

    apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku ?
    apakah akibat dan cara mengatasi masalah ini ?

    terima kasih ..

    Balas

  6. andy
    Mei 11, 2012 @ 19:56:33

    Adakak jatuh talak kalau kita melafazkan cerai bseorangan d dlm hati

    Balas

  7. muhammad yasser
    Jun 14, 2012 @ 10:18:26

    ni salah tempat kot untuk bertanye pasal cerai dan rujuk… tapi ni pendapat saya, taklik mesti ada niat, kalau bercakap “jika kt masih bergaduh slepas balik dari bercuti nnt kt buat hal masing2” dengan niat “buat hal masing2” = bercerai… maka jatuh talak, jika berkata tanpa ada apa2 niat untuk bercerai maka x jatuh talak,

    kes kedua rujuk boleh dilakukan dengan percakapan atau perbautan dalam masa edah, percakapan seperti contoh “aku rujuk kembali” dan perbuatan seperti melakukan jimak terhadap isteri… maka ia telah rujuk. tapi imam syafie pernah berkata nikah disaksikan oleh dua orang maka rujuk juga perlu disaksikan oleh dua orang, tapi ini sekadar syarat sebab kita nikah secara baik. kena bercerai secara baik dan rujuk secara baik, tanpa saksi pun sah rujuk… wallahualam…..

    Balas

  8. muhammad yasser
    Jun 14, 2012 @ 10:21:25

    cerai berseorangan dalam hati tak jatuh talak wallahualam…..

    Balas

  9. hamba allah
    Sep 14, 2012 @ 10:46:45

    salam,nk tnya,sekiranya kita lafaz cerai dalam hati,adakah jatuk talak?

    Balas

  10. julizampuazi@yahoo.com
    Dis 10, 2012 @ 00:27:54

    salam..

    saya ada satu kemushkilan..apekah status seseorg isteri sekiranya si suami melafazkan “memang aku nak ceraikan kau” dan satu lagi situasi “memang aku nak ceraikan kau suatu hari nanti” adakah telah jatuh talak atau tidak…saya perlukan jawapan bagi kedua2 soalan ini..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: