9 yang pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan usaha dan pengalaman yang tidak seberapa, ana berhasrat menjana idea untuk mengumpul 99 tips untuk mendidik anak-anak (terutama untuk panduan ana sendiri) agar mereka lahir sebagai modal insan yang cemerlang buat agama dan ummah suatu masa kelak. Siapa-siapa dalam kalangan pengunjung IbnRajab Online yang ada idea boleh sama-sama kita menyumbang saran di sini dengan menulis komen-komen anda. 99 tips itu adalah idea daripada 99 nama Allah yang Maha Sempurna, Indah, Baik dan Agung.

Ana akan muatkan 9 tips setiap kali update. Apabila cukup 11 kali, insyaAllah ia akan menghasilkan 99 tips. Angka 11 itu pula ana aplikasikan wasiat seorang guru yang selalu memesan agar ana selawat kepada jungjungan Rasulullah SAW sebanyak 11 kali setiap kali. Katanya selepas solat hajat pun baca al-Fatihah 11 kali insyaAllah segala hajat akan diperkenankan Allah. Itu adalah pesan guru, jadi insyaAllah ana amalkan dan kongsikan juga di sini. Cuma secara peribadi, ana tak jumpa sumber bertulis berkenaan angka 11 itu.

Mari kita mulakan.

Tips 1
Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.

Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.

Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.

Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.

Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.

Tips 7
Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.

Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.

Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

InsyaAllah.. sama-sama kita cuba. Wassalam

Advertisements

7 thoughts on “9 yang pertama

  1. Askm. Ana minta izin postkan tips ini ke blog http://epanduan.wordpress.com ana linkkan juga. Syukran. Sesiapa nak nak dapatkan atau kongsi apa2 panduan, petua, cara dan tips di ePanduan dialu-alukan. TQ.

    IbnRajab: w’salam. enta mmg hebat akhi. jazakallah krn sudi memeriahkan majlis ana hr tok yg tidak seberapa

  2. Pingback: 99 Tips Didik Anak «

  3. Pingback: 9 yang kelima « IbnRajab Online

  4. nor hazlin

    salam…mintak izin saudara untuk saya copy semua tips yg saudara paparkan..semoga berguna untuk masa hadapan kelan..Amin….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s