9 yang kedua

Bismillahirrahmanirrahim

Inilah sembilan lagi tips yang dapat ana senaraikan.

Tips 10
Ingatkan anak agar selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya setiap kali bangun dan ingin tidur.

Tips 11
Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau ‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau ‘mampu’ buat.

Tips 12
Elakkan berkata kepada anak “kan (ayah/ibu) dah bagitau! ianya…” sebaliknya katakan “kan (nama anak) dah tahu ianya….”

Tips 13
Katakan terima kasih secara sedar dari dalam hati atas ucapan baik atau penghargaan yang anak berikan kepada anda.

Tips 14
Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Tips 15
Nyatakan secara terus terang setiap kali anda tidak suka terhadap tindakan anak. Memilih untuk diam sebagai langkah pencegahan bukan sahaja menjadikan anak untuk konfius sebaliknya mengajar mereka mengambil sikap sama apabila berselisih pendapat dengan anda.

Tips 16
Jangan biarkan anak tertidur dalam kemarahan, atau tidur dengan fikiran bahawa anda sedang marah kepadanya.

Tips 17
Jelaskan kepada anak bahawa setiap orang memang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Hormatilah pandagan anak dan berilah teguran dengan hikmah sehingga pendapat mereka itu berada di jalan yang betul.

Tips 18
Jangan buka rahsia, kelemahan, kesilapan, sejarah hitam ataupun aib anak kepada orang lain walaupun adik beradiknya sendiri.

Moga Allah bagi ilham dan idea lagi. InsyaAllah. Wassalam

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. ummu azzam
    Mac 31, 2009 @ 09:58:00

    Nak kongsi kalau diterima
    Dedahkan anak dengan solat sejak awal kelahiran dengan solat di depannya dgn niat untuk mendidiknya sebelum usia 7 tahun dan ajarlah kalimah awalnya dgn La ilaha illallah

    IR: diterima. syukrn

    Balas

  2. sohood
    Nov 02, 2009 @ 16:20:12

    TQ

    IR: ahlan sohood

    Balas

  3. pelangi senja
    Dis 10, 2009 @ 11:50:25

    bagus la tips mendidik anak tu. lama dah dok cr tips mdidik anak.moga-moga Allah sentiasa bagi petunjuk terbaik dalam mendidik anak supaya menjadi hamba yang soleh dan solehah

    Balas

  4. pelangi senja
    Dis 10, 2009 @ 11:59:25

    satu lagi yang pernah saya dengar dalam ceramah di astro oasis. baca ayat lau anzalna hazal qurana ‘ala hingga wa hual azizul hakim….tiup dalam masakan. insyaalllah lembut hati anak.

    IR: alhamdulillah, terima kasih juga pelangi senja atas kunjugan dan penambahan tips yang baik.

    Balas

  5. Trackback: 9 yang kelima « IbnRajab Online
  6. ayu
    Jun 28, 2010 @ 22:43:41

    salam ustad …
    kenapa kita x boleh biarkan anak tidor dalam kemarahan atau fikirkan bahawa kite sedang marah…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: