Tips memberi nama anak

Bismillahirrahmanirrahim

Memberikan nama yang baik merupakan satu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak. Nama yang baik juga akan menjadi kebanggaan pada hari kiamat. Berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW (Wallahu aklam) “Berikanlah nama yang baik kepada anak kerana mereka akan diseru pada hari kiamat dengan namanya itu” atau sebagaimana yang difahami daripada hadith berkenaan. Juga sebuah lagi hadith “Nama yang paling baik adalah apa yang ada padanya lafaz ‘Abd’ dan ‘Hamd'”.

Perkataaan Abd termasuk juga kata seperti Abdul, Ubaidu, Abid dan lain-lain yang memberi maksud Hamba. Biasanya kata ‘Abd’ ini akan dinisbahkan kepada nama-nama Allah yang sempurna seperti Abd al-Rahman, Abd al-Nur dan sebagainya dan ia akan memberi makna Hamba Allah Yang Maha Pengasih atau Yang Maha Menyinari (dengan cahaya hidayahNya).

Manakala perkataan ‘Hamd’ pula termasuk kata Ahmad, Muhammad, Hamid, Hamdan, Hamdun, Hamdin, Hamdi, Muhammadin dan lain-lain yang membawa maksud puji atau terpuji.

Nasihat guru
Di samping nama-nama sebagaimana yang tersebut di atas, guru ana pernah berpesan “Kalau nanti nak letak nama anak, banyakkan perkataan yang ada huruf vokal”. “InsyaAllah, anak itu akan mudah menerima ajaran, berhati lembut, tidak panas baran dan bertuah” sambungnya. Wallahu aklam, ana pun tak pasti tapi itulah pesannya yang ana masih ingat.

Huruf vokal itu ialah huruf A, E, I, O dan U. Kalau dalam ilmu bahasa Arab ia dikenali sebagai huruf Illah (Ain berbaris di bawah, Lam bersabdu berbaris di atas dan Ta al-Marbutah). Ia bermaksud huruf-huruf sakit (Illah). Ianya terdiri daripada huruf Alif, Wau dan Ya. Kata guru ana “Ia seperti juga orang sakit, mudah mendapat simpati daripada orang lain yang tidak sakit. Orang pula tidak akan marah kepada orang yang sakit dan tidak diajak untuk bergaduh dengannya”.

Kalau dalam ilmu tajwid, ia dikenali pula sebagai huruf-huruf mad (Alif, Wau dan Ya). Daripada ketiga-tiga huruf inilah terhasil daripadanya berpuluh-puluh cabang ilmu tajwid. Itu belum lagi masuk bab al-Tarannum (lagu al-Quran). Kerana melalui olahan huruf mad ini jugalah terbentuknya alunan suara Qari yang menakjubkan. Pelbagai nama dan kaedah tarannum al-Quran dikenalpasti berasaskan kepada kreativiti melagukan huruf-huruf mad (vokal).

“Dengan huruf-huruf vokal ini ramai orang dapat cari makan (rezeki)” sambung guru ana sambil bergurau. Kebetulan hari ini kita perhatikan, lahirnya pengkritik vokal penyanyi. Pakar vokalist. Penyanyi hebat dalam vokal. Senikata lagu yang baik daripada segi vokal. Ada orang dapat pangkat ‘Datuk’ pun kerana keindahan vokalnya di dalam menyanyi. Dan sebagainya.

Salah guna atau tidak salah itu sudah tidak dihiraukan. Tetapi yang pentingnya bagai kata guru ana “huruf vokal ini sakit tetapi ramai orang dapat buat duit daripadanya, sebab ia dapat menarik tuah dan perhatian orang lain (yang sihat) kepadanya”.

Aplikasi
Daripada dapatan dan amatan perbincangan di atas, mungkin kita dapat simpulkan bahawa, maksud guru ana kalau nak berikan nama anak, bagus kalau banyak guna huruf vokal itu adalah “mudah-mudahan dengan niat yang ikhlas ia dapat menarik ihsan dan kasihan Allah untuk menjadikan anak kita itu nanti seorang yang bertuah, baik dan cemerlang serta memiliki budi pekerti yang mulia”.

Kalau anda nak buat perbandingan. Mari kita sama-sama mengaplikasikan beberapa nama yang kita kenal. Sama ada ia adalah rakan kita, adik beradik, saudara mara dan sebagainya. Kumpulkan beberapa nama yang banyak (atau berakhir dengan) huruf vokal pada satu kertas, dan nama-nama yang kurang huruf vokal dan berakhir dengan huruf konsonan pada kertas yang satu lagi. Kemudian, lihat mereka dari kumpulan yang mana memiliki ciri kejayaan atau akhlak sebagaimana yang anda impikan? Siapa dari kumpulan mana yang lebih bertuah? dan sebagainya.

Apa yang ana sendiri perhatikan (berdasarkan pengalaman hidup dan pergaulan yang sedikit) mereka yang memakai nama, yang banyak (berkahir) huruf konsonan itu lebih keras sifatnya. Lebih dominan dan susah untuk menerima pandangan orang lain. Kebanyakkan pemimpin besar-besar pun kita perhatikan nama-nama mereka daripada kumpulan ini. Begitu juga nama-nama pejuang yang berani. Sebab itu mereka boleh memegang kuasa dan mudah memerintah berbanding orang-orang daripada kumpulan satu lagi (vokal) yang mungkin mudah lembut hati, lebih memikirkan nasib dan kasihan belas kepada orang dan sebagainya.

Kesimpulan
Walau apapun nama yang bakal kita letak pada anak, pastikan ia memiliki maksud dan makna yang baik terutama daripada sisi agama Islam. Elakkan menamakan anak dengan perkataan yang kononnya canggih, sehingga tidak difahami maksudnya selain ia membelitkan lidah untuk dilafazkan. Apa tidaknya kalau nak sebut nama anak kita orang dah mula menyumpah seranah dalam hati dek susahnya ia. Belum dikenali lagi anak dah dapat imbuhan yang tak baik.

Pilihlah nama-nama sebagaimana yang Nabi sarankan seperti di atas. Atau kalau nak aplikasi nasihat guru ana pun boleh juga dipertimbangkan. Perbanyakkan guna huruf vokal di dalam menamakan anak. Mudah-mudah ia menjadi sebagaimana yang kita kehendaki. Iaitu ia mengikuti acuan dan memperolehi rahmat daripada Ilahi. Wallahu aklam.

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. afnan faiz
    Apr 07, 2009 @ 12:48:26

    tahniah ust..moga Allah beri kekuatan untuk berdakwah…ni blog ana..ust boleh link…http//:afnanfaiz.blogspot.com

    IbnRajab: jazakumullah. terima kasih sudi bertandang, semoga ukhuwwah akan menjadi erat semula. lama sik dengar khabar ktk. ada org madah dpt offer PhD? wow, hebat. selamat berjuang!

    Balas

  2. en_me
    Apr 09, 2009 @ 17:02:14

    salam ustaz itteww..

    IbnRajab: wa’alaikumussalam….

    Balas

  3. afnan faiz
    Apr 13, 2009 @ 12:29:23

    hehe..sik..kamek dapat offer wat master bawah skim latihan tenaga akademik di usm..dia akan bg biasiswa sampai phd..tp master mesti wat kat usm…bidang develepment islamic management..tgk dulu..bidang tu ana kurang minat…

    ana tgh berusaha transfer ke kl..ana dpt jgk offer master kt um..syariah..tp xdpt biasiswa..jd kena wat part time la…

    apa2 pun doakan yg terbaik untuk ana

    IR: ajmain..

    Balas

  4. Mikeharvey
    Mei 14, 2010 @ 13:40:58

    New here, from Toronto, Canada

    Just a quick hello from as I’m new to the board. I’ve seen some interesting comments so far.

    To be honest I’m new to forums and computers in general 🙂

    Mike

    Balas

  5. Susie Romero
    Mei 31, 2010 @ 18:41:49

    If I had a dime for each time I came here! Superb post!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: