Bayar cukai 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera

Sekarang ni musim bayar cukai. Jadi, adakah anda telah melaksanakan kewajipan anda itu. Sama ada anda kerja sendiri, kakitangan swasta atau kakitangan kerajaan sekalipun, jika cukup syarat maka anda perlu bayar cukai. Bagi penjawat awam, walaupun pendapatan anda agak-agak macam tak kena cukai, anda perlu juga mengisi borang cukai. Baru anda pasti bahawa anda perlu atau tidak membayar cukai pendapatan.

Kini urusan mengisi dan membayar cukai anda telah dipermudahkan. Maksudnya anda boleh melakukan amanah ini secara atas talian (online). Mereka katakan sebagai kemudahan dihujung jari sahaja. Alhamdulillah, hari ini, baru sekejap tadi ana telah jalankan kewajipan ana tersebut. Anda bila lagi? Untuk tujuan itu, anda boleh melayari laman LHDN. Klik di sini.

Sekiranya anda pernah bayar isi borang cukai ini pada tahun lepas, ia lebih memudahkan. Anda boleh terus login e-Borang. Tak perlu lagi klik login kali pertama itu. Kemudian setelah login anda diterima, pilih borang cukai anda. Masuk no ic dan kata laluan (sekiranya terlupa boleh ikuti langkah-langkah yang telah disediakan untuk bantuan). Kemudian anda akan dibawa utk mengisi borang online. Sekiranya dah isi tahun lepas, ia lebih memudahkan kerana beberapa data telah dipaparkan secara automatik. Cuma beberapa perkara kena isi semula spt no majikan, jumlah gaji dan lain-lain yang ada perubahan itu.

Ana mengambil kesempatan untuk memberi sedikit nasihat. Ambillah tindakan sesegera mungkin bagi mengisi borang cukai secara atas talian (online) ini, kerana lambat laun anda pasti kena isi juga. Kalau terlalu lambat sehingga melewati tarikh yang ditetapkan, anda akan diambil tindakan dengan dikenakan denda lagi. Selain itu, membayar pada masa-masa yang sangat hampir dengan tarikh akhir akan menyebabkan kesesakan kepada server dan kemungkinan anda perlu menunggu lama untuk dilayan oleh server atau kemungkinan juga anda kena ulang isi perkara sama dua tiga kali. Oleh itu,  baik bertindak sekarang.

Artikel ana ini juga adalah berkaitan dan boleh dirujuk untuk maklumat tambahan berkenaan cukai.

Sekian, wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: