Temuduga KPLI Jun 2009

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semakan Panggilan Temuduga bagi Kursus Perguruan  Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009  yang sepatutnya dijadualkan boleh dilakukan pada hari ini 22 April 2009 telah ditunda kepada tarikh 29 April 2009. Sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru.

Pengemuman ini juga boleh di akses di sini.

Bersabarlah semua bakal guru Malaysia. InsyaAllah, kalau ada rezeki dapatlah tempatnya itu nanti. Apa-apapun, selamat bersedia dengan bahan-bahan jawapan temuduga itu nanti. Soalan cepumas biasanya berkaitan dengan minat nak jadi guru, profesion keguruan (spt PIPP, akta-akta, falsafah pendidikan dll), isu-isu semasa berkaitan bidang tersebut (guru glokal, menangani kes disiplin dll) dan apakah yang bakal anda sumbangkan ke arah menjayakan cita-cita negara melalui profesion keguruan.

Selamat menduduki temuduga, semoga berjaya dan ikhlaslah dalam berkerjaya sebagai insan guru bila berjaya mendapat tempat itu nanti.

Wassalam. Wallahu aklam

updated 30 April 2009, 15:00:00

Semakan panggilan temuduga KPLI ambilan Jun 2009 kini telah boleh dilakukan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Klik di sini untuk ‘shortcut’nya. Tahniah atas kesabaran anda semua dan semoga berjaya!

Klik untuk dapatkan tips temuduga KPLI

Advertisements

16 Komen (+add yours?)

  1. Siti Fatimah Ahmad
    Apr 23, 2009 @ 06:07:22

    Assalaamu’alaikum…

    Apa khabar ? Bagaimana dengan tesis ? Harap banyak dah siap. saya belum buat kajian rintis lagi. hai….masih lama jugak nak mulakan kajian ni. Asyik tertangguh aje …pasal instrumen belum siap dan Bab 2 masih dalam proses. Insya Allah…minggu ini hantar semua dengan penyelia. harap-harap sebelum bulan 5, kajian rintis dah jalan hat Sri Aman dan Sarikei.

    Wah….banyak juga iklan dalam blog anta ni. lama juga tak ziarah ke sini. Salaam dari jauh. Alaaah…dekat je….seberang jalan . Jumpa aje tak pernahnya. Sibuk juga rupanya belajar ni ya.

    IbnRajab: wa’alaikumussalam ustzh. tesis berjalan slow2. ana br siap kumpul data dan nk mula menulis. insyaAllah, semoga ada kekuatan. amien. n tima kasih jg sudi singgah sitok. hehe.

    Balas

  2. shafifah
    Apr 23, 2009 @ 10:53:54

    Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
    Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

    http://pondokhabib.wordpress.com

    Balas

  3. putraim
    Apr 25, 2009 @ 15:45:39

    aku paling tak suka KPLI dulu x nak ambil pendidikan tapi skrg sbuk nak ambik KPLI… huh.

    Balas

  4. Azmee
    Apr 27, 2009 @ 11:17:03

    Nk jd cikgu x semestinya kena ambik pendidikan…org yg ambk KPLI ni da lg byk advantages coz dia ni ada ilmu lain selain dr ilmu ngajar ni..pas tu dia pn leh kongsi ngn murid² n guru². Bru ada value added.

    Balas

  5. mas
    Apr 29, 2009 @ 17:59:23

    salam semua…
    hari ni dh 29hb april 09 tp result utk tau keputusan temuduga kpli belum leh tau…suspens je ni..apa pun kita wait je la…sabar je la…gud luck untuk kekwn bkal cikge skolah…

    Balas

  6. mohd
    Apr 30, 2009 @ 12:18:09

    bila buleh tgok nih..////

    Balas

  7. keyrah
    Apr 30, 2009 @ 13:11:53

    bila rezab nak kua ni..nak tau sangt

    Balas

  8. Guru Cyber
    Mei 09, 2009 @ 02:39:41

    Result dah keluar pada 30 April lalu. Tahniah kepada yang terpilih untuk temuduga KPLI ambilan Jun ni. Bagi yang tak terpilih tu janganlah bersedih. Mungkin belum rezeki lagi. Lagipun dengar kata tak ramai yang dipanggil untuk temuduga bagi ambilan Jun ni. Kalau nak tau pasal tips temuduga KPLI bolehlah try lawat link di bawah ni.

    kpli2u.blogspot.com

    Balas

  9. kici
    Mei 13, 2009 @ 13:22:13

    2 wks b4 intrvw, preparation kurang lebih mcm nak ambik final xm time U dulu. buat nota panjang lebar..hafal apa yg perlu. dah la prepare in english pasal ambik option sc.. time interview pulak, all the questions were soooooo simple,falsafah n pipp tue langsung x kluar. Dah la kena jwb in malay. Tp mayb terkejut sangat dgn ke’simple’an ques tersebut, menggelabahlah jadinya. Dah lah bahasa tunggang langgang.. last2 jawab in manglish. well, that’s my 1st time being interviewed maa. nasib baik interviewers tue pun paham jugak. i felt the interview went on in a very informal way. it was like talking with your fathers’ friends. Questions punya la banyak time indv intrvw, but it took about 10 mins only.. sempat lagi kena komen pasal penampilan b4 i keluar…bcoz i wore high heels. supposed to wear kasut tutup kaki he said. how should i know kan?? nvr seen any female teachers in skol wear shoes. but of course i didn’t mentioned it to him la..hehe. Overall it was a fun and funny interview. i could’ve done better, instead i showed ’em the not-so-good part of me. oo well, it’s all in the past now. i’ll juz wait n see la.. 🙂 what matters the most is the experience i gained from it, rite..? Gud luck guys..!!!

    Balas

  10. anneyusnita
    Mei 13, 2009 @ 13:39:26

    saya dah pun g temuduga kpli…tp entahlah x dpt mletakkan harapan yg tinggi memandangkan saya orang yg terakhir ditemuduga jd masa temuduga agak pendek dan hanya beberapa soalan sahaja ditanya..terserahlah jika ada rezeki untuk saya nanti..

    Balas

  11. anneyusnita
    Mei 13, 2009 @ 13:41:30

    saya dah pun g temuduga kpli…tp entahlah x dpt mletakkan harapan yg tinggi memandangkan saya orang yg terakhir ditemuduga jd masa temuduga agak pendek dan hanya beberapa soalan sahaja ditanya..terserahlah jika ada rezeki untuk saya nanti..mudah2an adala rezeki saya nak jadi ustazah nanti

    Balas

  12. naurah
    Mei 19, 2009 @ 17:41:32

    apa soalan temuduga awak anneyusnita?

    Balas

  13. ravi
    Mei 21, 2009 @ 02:34:13

    saya pun ade pi temuduga tapi macam tak ade harap nak dapat lah pasal saye buat kesalahan beasr iaitu bangkang jawapan soalan yg ditanya, adelah diorang tanye what is your opinion on malaysia becoming the center of education excelency….. aku duk merapu la lala teru betul aku cakap lanni education become comercial item la dan so so on……..
    agakny bila kita akan tau keputusan ya…..????
    tak sabar betul….

    Balas

  14. ravi
    Mei 22, 2009 @ 21:00:28

    HAI KAWAN TADI AKU ADE HUBUNGI kawan yang ku kenal kat temuduga on 13 mei then dicakap masa dia diinterview penemuduga suruh dia datang dengan cert tambahan pada kesokan hari juga memandangkan jawapan yang dia beri itu bagus….betulkah ini
    adakah sesiapa pernah mengalami sebegitu……..

    Balas

  15. Mulan
    Jun 06, 2009 @ 23:06:02

    assalamu’alaikum kawan2…

    ada sesiapa yg boleh bagi tahu, bila keputusan keluar bagi yg berjaya dalam temuduga kpli ambilan jun 2009?

    -mulan-

    IbnRajab: wa’salam. kalau ikut jadual asal, 11 jun keluarlah resultnya, 22 jun lapor diri di IPGM kampus masing2. sabarlah. wallahu aklam

    Balas

  16. norhaizan
    Sep 14, 2009 @ 19:56:01

    saalam,

    apa persediaan nak mohon M-Test KPLI? dah ada buku Kertas Model M-Test?
    saya ada buku kuantitatif dan bahasa inggeris.
    ada sesiapa yang berminat nak dapatkan salinannya?
    boleh e-mail saya;
    norhaizanmustapha@gmail.com

    satu melaka saya round nak cari buku ni? akhirnya jumpalah satu set yg tercicir kat kedai popular

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: