Maahad Tahfiz Sains Bachok

Bismillahirrahmanirrahim

Maahad Yaakubiah Nipah atau nama asalnya Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yaakubiah Nipah, adalah sebuah sekolah tempat ana menimba ilmu pengetahuan dunia dan akhirat suatu masa dulu. Bangunan lamanya kini telah dinaik taraf dan bertukar wajah serta misi dengan menjadi sebuah Maahad Tahfiz Sains (cawangan Bachok). Selepas menamatkan persekolahan peringkat rendah di SK Gunong, ana menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (Arab) Yaakubiah Nipah bermula dari tingkatan peralihan pada tahun 1988.

Pada masa itu, Sekolah Arab Nipah (Gelaran sekolah ana) mempunyai dua tempat pengajian. Satu tempat dipanggil sekolah lama yang menempatkan tingkatan peralihan hingga tingkatan 2, manakala sekolah (bangunan) baru menempatkan tingkatan 3 hingga 6. Beberapa tahun kemudian, setelah pihak sekolah berjaya mendapatkan bangunan baru (hasil sumbangan orang ramai dan pihak-pihak tertentu) maka kesemua pelajar (tingkatan 1 hingga 6) di satukan di sekolah baru manakala sekolah lama hanya dijadikan asrama. Pada masa itu, ana sambung belajar ke Jordan.

Maahad Tahfiz Sains atau MTS sangat terkenal bukan sahaja di Negeri Kelantan bahkan seluruh Negara. Melalui persekolahan ini dijangka akan dapat mengeluarkan para saintis negara yang memiliki jatidiri serta modal insan yang berkualiti, bukan sahaja untuk kejayaan hidup di dunia bahkan di akhirat. Sejak ditubuhkan, MTS mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pihak ibu bapa bukan sahaja dari dalam negeri Kelantan bahkan dari luar Kelantan. Kini, MTS telah melebarkan sayapnya ke serata daerah termasuklah daerah Bachok yang terkenal dengan daerah ilmu ini.

Maahad Tahfiz Sains cawangan Bachok adalah salah sebuah sekolah Tahfiz dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang dibuka  pada tahun 2007 ekoran permintaan yang begitu tinggi daripada ibu bapa untuk melahirkan para Huffaz yang hebat dan ahli sains serta profesional yang memiliki ciri modal insan yang tinggi akhlaknya, berketerampilan, dan mampu menjadi pendakwah yang boleh menerangi orang lain.
 
Maahad Tahfiz Sains Cawangan Bachok diasaskan di atas tanah seluas 6 ekar disebuah sekolah lama Maahad Yaakubiah Nipah yang ditinggalkan sejak tahun 1997 setelah Maahad Yaakubiah Nipah mendapat bangunan baru di kawasan yang berhampiran. Bangunan sekolah yang ditinggalkan itu sudah amat uzur dan telah dibaik pulih semula oleh Jawatankuasa PIBG sekolah dengan melibatkan kos RM40,000. Dengan kelengkapan yang sederhana ini maka bermulalah pengambilan pelajar pertama pada tahun 2008 seramai 60 orang pelajar. Pada peringkat pertama ini MTS cuma memiliki sebuah rumah warden, 4 buah dorm asrama pelajar, 2 bilik untuk pengajaran P & P, sebuah dewan makan dan sebuah pejabat urusan.
 
Bagi menampung kemasukan pelajar baru pada tahun 2009 pula pihak PIBG terpaksa membina satu lagi bangunan baru dengan belanja sendiri serta derma daripada orang ramai yang terdiri daripada 4 dom asrama pelajar bagi menerima kemasukan pelajar baru seramai 60 pelajar. Sebuah dewan makan tambahan juga turut dibina bagi menampung pertambahan pelajar. Alhamdulilah dengan kesungguhan semua pihak bangunan ini dapat disiapkan mengikut tempoh jangkaan.

Bagi menghadapi sesi persekolahan 2010 pihak PIBG terpaksa membina sebuah lagi bangunan baru untuk membolehkan kemasukan 60 orang pelajar baru tingkatan 1. Kemudahan lain yang sedia ada juga perlu dipertingkatkan. Bangunan yang dicadangkan adalah sebuah bangunan tiga tingkat yang memiliki 12 bilik yang akan dijadikan dom pelajar, blok pejabat, bilik bacaan dan makmal sains. Kos yang dijangka adalah sebanyak RM900,000.00
 
Oleh kerana PIBG tidak memiliki dana yang mencukupi bagi meneruskan pembinaan bangunan yang dijangka akan dimulakan pada bulan Jun 2009 ini maka kami memohon jasa baik dan keperihatinan muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyumbang bagi menyiapkan bangunan ini. Semua sumbangan tunai/cek/barangan bolehkah dibuat kepada;
 
TABUNG PEMBANGUNAN MTS CAWANGAN BACHOK (No akaun MAYBANK (5530 8302 2648)
 
Bagi mendapat maklumat lanjut tentang program ini dan perkembangan terkini MTS tuan / puan boleh juga melayari laman web kami di www.mtsbachok.com ATAU menghubungi talian 09-7780591 / 09-7789081
 
Sumbangan ini InsyaAllah dapat membantu meringankan beban yang dipikul oleh AJK PIBG untuk melihat sekolah ini dapat berkembang dengan baik. Kepada yang menderma dan menyumbang, jutaan terima kasih kami ucapkan. Doa kami semoga kehidupan tuan/puan diberkati, dimurahkan rezeki dan dalam perlindungan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa baik tuan/puan.

Wassalam.

p/s: untuk ilustrasi dan gambar sila ke laman web MTS cawangan Bachok seperti alamat di atas.

About these ads

24 Komen (+add yours?)

  1. nurul amni
    Mei 15, 2009 @ 14:52:51

    salam…
    sy plajar MTS bachok..
    nk tny..
    bile kit0rang leh pindah g mts tnh merah?

    Balas

  2. Faiq Roslan
    Ogo 21, 2009 @ 10:36:26

    lawatilah blog ana…..

    IR: dah jenguk dah.. tahniah

    Balas

  3. mo`inah
    Okt 06, 2009 @ 20:17:00

    salam saya juga bekas student al bayt cuma saya junior,saya nak tanya ustaz tahu tak maklumat tentang sekolah tahiz terbaik di malaysia yang mengabungkan akademik,arab.agama …syukran

    Balas

  4. mo`inah
    Okt 06, 2009 @ 20:17:56

    salam salah taip…maksud saya sekolah tahfiz terbaik untuk kemasukan ke tingkatan 1

    IR: w’salam. hubungi mana2 MTS kelantan. setakat yg ana tahu, itu pilihan terbaik di M’sia

    Balas

  5. Trackback: Pilih sekolah di Kelantan « IbnRajab Online
    • GURU MAYA
      Jan 04, 2010 @ 13:13:28

      Assalamualaikum

      Pelajar tahun 3 MTS sudah mula berpindah ke Berangan.

      Bangunan tiga tingkat bernilai RM900.000 tidak jadi dibina kerana ujian tanah tidak mengizinkan.

      Dua blok dorm asrama sedang dibina dan amat memerlukan sumbangan tuan/puan.

      Guru MAYA Bachok.

      IR: syukran cikgu. MAYA=Maahad Yaakubiah. :)

      Balas

  6. nurul
    Jan 29, 2010 @ 12:35:25

    Assalamualaikum

    saya adalah kakak kpd sorg adik yang pernah belajar di sekolah pondok.

    saya sedang mencari sek yang sesuai untuk adik saya… kerana tempat adik saya belajar sampai sekarang masih cuti dari sebelum raya haji lagi.

    saya kesian melihat adik saya hanya tekontang-kanting dirumah seperti orang yang tiada masa depan dan adik saya bukanlah seorang yang bijak pandai dalam akedemik kerana ayah hanya menekankan adik saya dalam bidang agama sahaja.

    soalan saya yang ingin saya ajukan ialah adakah sekolah ini menekakan akedemik untuk kemasukan pelajar? dan adakah adik saya layak untuk mendaftar sek ini?

    IR: w’salam. tahniah krn menjadi kakak yg prihatin kpd pendidikan adik2. memang perlu kelayakan akademik utk masuk MTS. kalau x silap 5A di peringkat UPSR. tapi blh cuba bertanya terus ke mana2 MTS berdekatan. wallahu aklam

    Balas

  7. wan khairul amaliah bt wan moh.noor
    Ogo 15, 2010 @ 16:18:23

    assalamualaikum ustaz,ana memang mencari-cari tempat utk anak bersekolah ting.satu nnt.,kalau ustaz masih ingat anak ana Abdullah Al-Mubarak yg lahir kat Jordan dulu tu.Tahun ni dia ambil UPSR dan amat berhrp dpt masuk mana2 mts diKelantan.

    IR: w’salam. alhamdulillah. wah, dah besar rupanya ank ustzh tu. insyaAllah, akan dapat tu.

    Balas

  8. hafiza
    Jan 08, 2011 @ 14:27:48

    salam,
    saya seorang kakak,sy ingin bertanya kepada ustaz..
    adik saya adalah lepasan tahfiz tgktn 1 sampai 3..
    blhkah adik saya ingin sambung pelajaran di MTS ini..apa syart nye?
    adakah tahfiz ini untuk leleki sahaja?

    IR: mts p’puan ada.. x campur ngan laki.. mts ni asing2.. tpt lain2 laki pompuan

    Balas

  9. Azilan Gley
    Okt 03, 2011 @ 20:29:54

    salam sheih…
    ana begitu teruja baca article nie. ana jugak kalau boleh nak masuk category x-sekolah arab nipah tahun 1990 sebab sempat 3 bulan sahaja, then pindah sekolah sbp di perak sampai SPM. alhamdulillah dengan rezeki ALLAH dapat buat undergraduate study di USA. Insyalllah walaupun agak westernized semoga sentiasa diberikan hidayah oleh ALLAH.

    Ana plan untuk masukkan anak sulung ana ke mts bachok untuk F1. skang pun tengah cari-cari mts yang terbaik. Kalo mts bachok dekat dengan atok dorang, boleh tolong tengok-tengokkan. Still ade masa lagi, ada 3 tahun lagi.

    w’salam

    IR: salam perkenalan

    Balas

  10. amirah94
    Okt 24, 2011 @ 10:16:05

    assalamualaikum, ana nak bertanya, ana berminat sgt nak masuk mana2 tempat yg ada feature tuk menghafaz al quran… dulu2 ana lgsg x tau ada maahad2 ni, skrg ana di fom5… stkt ni alhamdulillah kp2san ana 5a upsr, 9a pmr, dan ana bniat nak sambung mhafaz pas spm ni… mana tmpt tbaik ya? insyaallah kalau ble ana dengar ada tmpt yg mnyediakan setahun setengah tempoh menghafaznya tuk yg bniat nak sambung amik perubatan,,, minta pndgn. syukran.

    IR: w’salam wbt.. bagus niat adik ni.. semoga ALlah mempermudahkan.. tahniah atas kejayaan lampau yg insyaAllah akn menjadi inspirasi kejayaan2 mendatang, dunia dan akhirat.. amin.. dtg lah ke kelantan.. belajar maahad tahfiz sains.. insyaAllah peluang adik menjadi Doktor yg hafaz al-Quran akan tercapai dgn izinNya jua.. sudi2 mari klate

    Balas

  11. adida
    Nov 17, 2011 @ 13:54:16

    Salam Ustaz,
    Anak saya dapat 4A 1B (English), boleh mohon MTS Bachok ke ? Bagaimana penekanan akhlak dan persekitaran di MTS ?

    Syukran.

    Balas

  12. saudara keliru..
    Dis 15, 2011 @ 20:33:12

    assalamualaikum,
    saya ingin bertanya, adakah sk mahaad tahfiz bachok mempunyai aktiviti, program atau kelas pada cuti sekolah hujung tahun pada setiap tahun?

    Balas

  13. Fakhrul Rodzi
    Dis 25, 2011 @ 20:07:16

    Assalamu’alaikum.Bagaimana sekiranya saya ingin masuk ke Ma’ahad ini kerana saya berminat untuk menjadikan Al Quran ini sebagai teman hidup saya. Saya lepasan PMR 8A 1B..

    Balas

  14. muhammad akmal
    Dis 25, 2011 @ 22:46:01

    entah

    Balas

  15. ibnRajab
    Dis 26, 2011 @ 08:17:16

    hubungi yayasan Islam Kelantan..

    Balas

  16. taju rahim
    Jun 15, 2012 @ 18:09:43

    Assalamualaikum.. ustaz boleh ana tahu sistem/tips-tips menghafal yang dipraktikkan di maahad taffiz ini?
    bagaimana cara2 menghafal yang berkesan dalam masa yang singkat?

    Jazakallahu Khairan kathira..

    Balas

  17. taju rahim
    Jun 15, 2012 @ 18:13:26

    assalamualaikum..
    ana ingin mengetahui apakah tips2 @ kaedah yang diajarkan kepada pelajar-pelajar maahad tahfiz ini untuk menghafal al-Qur’an dengan berkesan..

    sekian terima kasih..

    Balas

  18. ep naro
    Mac 21, 2013 @ 15:50:23

    assalamualaikum……ana skrg di tgkatn 3,,,ingin brtye… skolh mne yg bag0s untk ana pindah…..?? klu b0leh,,, maahad thfiz lhaaa…. sebb ana skrg pn d0k kt claz thfiz…. mnx pndgn….

    Balas

  19. mustaqim
    Mei 26, 2013 @ 14:45:31

    assalamualaikum….. saya ada keinginan untuk masuk mts ni… tp sy ragu2, dapat ke sy masuk mts sedangkan pelajaran akademik sy kurang memuaskan.. dan sy pelajar tingkatan 3 yang sedang menduduki pmr tahun ini..

    Balas

  20. MAIZA
    Sep 13, 2013 @ 19:34:47

    assalam… saya nak tanya. Anak saya sekarang berada di ting.1 di sek.men.tahfiz al irfan di johor. Saya berhajat nak masukkan anak saya ke mts yaakubiah nipah…apa syaratnya ustaz ?

    Balas

  21. WAN ROSSMINAL BTE WAN ABDULLAH
    Apr 10, 2014 @ 11:25:51

    assalam…..insyaallah saya berharap anak saya dapat 5A didalam UPSR 2014 tahun ini berhajat sangat nak hantar anak masuk belajar di Maahad tahfiz sains ketingkatan 1 2015,cara memohon dan bayaran,tolong beri penerangan lebih
    lanjut mengenai kemasukan memandangkan anak saya calon UPSR di sabah,terima kasih

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: