Selamat Hari Ibu

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mak ana. Seterusnya kepada isteri ana yang juga emak kepada anak-anak ana. Seterusnya lagi kepada adik beradik perempuan ana yang juga emak kepada anak-anak saudara ana. Seterusnya kepada semua wanita yang bergelar ibu walau di mana sahaja mereka berada. Semoga kehidupan ibu-ibu di muka bumi Allah ini mendapat berkat seterusnya redha Allah apabila dipanggil mengadapNya suatu hari nanti. Semoga ibu masuk syurga. Amien..

Sengaja ana panjangkan email berantai yang menjengah masuk melbox ana yang di’foward’kan juga oleh dua tiga orang rakan yang prihatin dan suka memberi peringatan. Semoga rasa yang dikongsi menerusi bayt-bayt catatan tersebut mendatangkan sesuatu keinsafan ke dalam diri kita semua. Sedarilah jasa ibu, insafilah jasa dan pengorbanan ibu, hargailah jasa, pengorbanan dan keikhlasan kasih seseorang insan yang bergelar ibu.

Selamat menghayati setiap aksara yang seterusnya ini..
 
Yang mengandungkan aku… mak
Yang melahirkan aku… mak
Yang menyusukan aku… mak
Sekolah pertama aku… mak

Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak
Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak
Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak
Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak
Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak

Seterusnya
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
                        
Bila bangun tidur, aku cari…. mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati….. mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak                   
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan…. mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak                        
Bila bengang, aku suka luah pada…. mak                              
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak
                       
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak                          
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…. mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak                    
Yang selalu berleter kat aku…. mak                                
Yang selalu puji aku….. mak                                    
Yang selalu nasihat aku…. mak                                  
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak    
               
Aku ada pasangan hidup sendiri……      
Bila seronok, aku cari…. pasanganku                              
Bila sedih, aku cari…. mak
                                   
Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak    
                         
Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat…. mak  
                           
Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak  
                         
Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
               
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
                                   
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku  
Entah bila… aku nak talipon mak
                               
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak      
                   
Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada……….

MAKKKKK… RINDU MAK, RINDU SESANGAT….      
 
Ketika mak masih ada….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?

dan akhir sekali bila mak dijemput pergi
berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..?
 
Peristiwa: Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik   : RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Sahaja)

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku padamu – PERCUMA

Air mata si anak berlinang dan tidak dapat dibendung lagi setelah selesai membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya tadi.

Habis dah. Cukuplah. Sekadar perkongsian sahaja sebenarnya. Maaflah kalau ada yang tersinggung rasa. Ambillah tindakan segera mana dan apa yang patut. Hargailah ibu masa ada, dan doakan ibu yang telah tiada. Semoga ibu masuk syurga.. Amien..

Wassalam

p/s: entri ana sebelum ini tetang ibu.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. ummu 'Azzam
    Mei 19, 2009 @ 17:05:05

    sedih bila mengenangkan tidak dapat berbakti kepada ibu dan bapa bila sudah bergelar ibu. Disaat melahirkan anak pertama. barulah aku merasakan hebatnya seorang ibu dan betapa kuatkan seorang ibu. namun tiada ruang lagi untuk mebalasnya. cuma doaku buatMu ya ALLAH andai ada pahala dalam ibadatku sebagai pejuang AgamaMu kau berikanlah kepada Ibu dan bapaku. takdirkan mereka masuk ke syugaMu sebelumku

    IbnRajab: berbakti bkn bererti duk skali dgn ibubapa. tanya khabar itupun sgt besar erti pd mereka. jg diri dan keluarga itu agar ia sentiasa harum pada mata dunia, itupun berbakti pd org tua. kalau duk skali pun, tapi hati ibubapa susah, itu lagi perit. bersyukur dgn apa yg Allah ttpkan dan berfikir dr luar kotak yg biasa. wallahu aklam

    Balas

  2. Meetmie
    Mei 04, 2010 @ 00:46:18

    sedih bila kenang tentang ibu kita.. lagi2 yg sudah tiada.. 😦
    sudilah jika kunjung ke blog saya utk membaca luahan seorang anak yg sudah ketiadaan ibunya.. 😥

    IR: insyaAllah. semoga Allah merahmati kedua ibubapa kita, di dunia dan akhirat sana

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: