Selamat Hari Guru!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pertamanya di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ buat semua guru walau di mana mereka berada. Termasuklah kepada bekas anak didik ana yang kini telahpun sama-sama bergelar guru. Sungguh pantas masa berlalu. Sehinggakan kadang-kadang tidak terasa telah sembilan tahun sebenarnya aku seorang cikgu.

Selamat hari guru, khususnya kepada kedua ibubapa ana, guru-guru al-quran ana, semua guru yang telah berjaya mendidik ana sehingga menjadi diri ana hari ini sama ada secara langsung di sekolah-sekolah, atau secara tidak langsung walau di mana sahaja ana dapat ilmu, kepada isteri ana, adik-adik ana, rakan-rakan seperjuangan ana sebagai guru, kepada anak-anak didik ana yang dahpun bergelar guru, seterusnya kepada semua guru sekalian, selamat hari guru!

Keduanya di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana anak didik yang ingat jasa guru mereka. Khususnya kepada mereka yang pernah mendapat sentuhan sedikit ilmu daripada diri ini. Mungkin dengan cara tidak sengaja maka takdir telah menentukan kalian menjadi anak murid dan ana menjadi cikgu. Namun tempoh masa yang amat terhad itu telah menjadi kenangan manis kepada kalian lalu menjadikan kalian ingat akan jasa-jasa yang amat sedikit itu. Terima kasih kerana menghargai jasa guru-guru. Termasuklah sumbangan ana yang seciput itu.

Tiada guru yang meminta diri mereka dihormati dengan tanggungjawab yang telah ditunaikan. Pada mereka cukuplah melihat anak-anak yang pernah mereka didik berjaya dalam hidup masing-masing. Paling bahagia kalau anak-anak itu lebih berjaya daripada diri mereka sendiri. Namun, ingatan anak didik tidak dinafikan mengembalikan sedikit kenangan yang dianggap manis dalam kehidupan seorang guru. ‘Ada juga dalam kalangan pelajarku yang dulunya itu ini, begitu begini, tapi hari ini mereka berjaya dan ingat bahawa mereka juga pernah bersamaku’

Banyak sungguh pahala seorang guru. Kerana didikannya, aku mengenal tulis baca. Mengajarku mengaji, berdiri, rukuk dan sujud untuk menyembah ilahi seterusnya membentuk jatidiri. Mengajarku membezakan di antara yang hak dan yang batil. Dan banyak lagi ilmu yang diberi, sehingga tak ada ruang yang cukup untuk disenarai setiap satu daripadanya. Kemudian ilmu-ilmu itu aku warisi pula kepada generasi demi generasi. Mereka pula seterusnya mengenal tulis baca, mengaji, berdiri, rukuk dan sujud mengenal abdi kepada ilahi. Banyak sungguh pahalamu guru! Berbanggalah dan berbahagialah hidupmu sebagai seorang guru!

Tahniah guru-guruku, kerana mendidikku untuk mendidik anak-anakmu, hatta generasi yang lahir selepas beratus-ratus tahun aku kehilanganmu, dan aku kehilangan diriku. Tapi ilmu terus diwarisi dan pahala terus diberi kepadamu, insan yang bergelar guru. Selamatlah guru, di dunia dan di akhirat.

Semua kita sebenarnya adalah guru, jadilah guru yang baik dalam mendidik.. warisilah anak-anak yang cerdik, masyarakat yang celik seterusnya ummah yang terbaik!

Wallahu aklam, Selamat Hari Guru, wassalam.

p/s: terima kasih kepada bekas-bekas pelajar ana yang call, sms bagi salam dan bertanya khabar sejak semalam, tiada yang indah kecuali kenangan yang baik-baik, termasuklah kenangan bersama kamu semua! (ada juga yang ingat ana pernah ‘cuci’ dia hingga lewat jam 12 malam.. hehe baru tau ya.. syukur alhamdulillah)

Artikel ana yang lalu sempena hari guru.

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. Abu Musaddad
    Mei 18, 2009 @ 17:17:00

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ustaz….Apa kabar sihat ko? Guru….Moga amal membentuk kesabaranmu, moga iman perisai kemuliaanmu, moga taqwa menjadi benteng peribadimu, semoga syahid menjadi milikmu….SELAMAT HARI GURU 2009….

    IbnRajab: wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuhu waridhwanuhu wamaghfiratuh. ana sihat alhamdulillah. mcmana anta? terima kasih atas ingatan. selamat hari guru kembali. semoga sentiasa bersemangat dan dedikasi dalam menjalankan amanah Allah. sebagai seorang guru, pendakwah, pemimpin rumahtangga, anak soleh dan aset atau modal insan umat Islam. wallahu aklam

    Balas

  2. amhusna
    Mei 21, 2009 @ 21:41:56

    selamat hari guru 2009 di ucapkan kepada bekas anak murid yang telah menjadi guru. Mungkin ust masih ingat kepada seorang guru matematik yang mengajar tg 5 tahun 1993.

    IbnRajab: terima kasih cikgu. Ana tidak akan sesekali melupakan jasa seorang guru matematik SPM yang telah banyak menyumbang ke arah kejayaan yang ana miliki sehingga ke hari ini. Ana dah lama cari cikgu kesayangan ana itu. Byk yg ana nak kongsi dgn cikgu, kalau ada kesempatan waktu utk bertemu.. Semoga dimakbulkan..

    Balas

  3. hasriman keram
    Mei 21, 2009 @ 23:28:57

    salam ustaz zamri,saya nk ucapkan salamt hr guru.,dr anak murid smt matang sarawak hasriman keram

    IbnRajab: terima kasih atas ingatan.. dgr citer hasriman pun dah jadi cikgu, tahniah!

    Balas

  4. Trackback: Selamat hari guru « IbnRajab Online
  5. Trackback: Selamat Hari Guru 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: