Remis

DSC01039

Bismillahirrahmanirrahim

DSC01029

Remis, sejenis hidupan laut yang naik ke tepian pantai secara bermusim. Kadang-kadang setahun sekali dan kadang-kadang 5 tahun sekali. Hidupan laut menyerupai keram kecuali kulitnya yang licin. Satu jenis lagi dipanggil ‘resit’ yang saiznya agak kecil sedikit dan kulitnya meruncing. Juga datang ke tepian pantai secara bermusim tetapi beza antara keduanya, remis mudah kelihatan, lebih aktif berenang seperti anak-anak ikan manakala resit hanya bersembunyi jauh ke dalam pasir pantai dan tidak pernah dilihat ia berenang.

DSC01028

Fenomena alam ini kini tiba lagi di beberapa buah pantai di Daerah Bachok, Kelantan terutama di pantai Kuala Melawi, Pantai Baru dan Pantai Kampung Anak Rhu. “Sejak dua minggu lepas lagi orang ramai berpusu-pusu datang ke mari, macam ada pesta” Luah seorang penduduk di kampung Anak Rhu. Hari catatan ini ditulis, terdapat lebih 10 buah kereta diparkir pada satu-satu tempat, dan deretan manusia yang memenuhi pantai kelihatan seperti semut-semut hitam yang mengerumuni sebuah pinggan yang berisi gula. Memang macam pesta.

“Harganya bukan mahal, dan masa sekarang ni banyak pula dijual di pasar-pasar” kata seorang pencari remis. “Tapi keseronokan merasai pengalaman mencarinya itu di tambah dengan kemeriahan dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga yang sama-sama mengutip remis” sambungnya lagi. “Saya baru balik kerja ni, pukul 5.30 tadi anak-anak ajak ke mari” sahut seorang lelaki yang agak khusyuk mencari remis bertemankan beberapa orang anaknya.

DSC01037

Ana secara peribadi telah seminggu menerima sms dari seorang sepupu yang tinggal di pantai Anak Rhu mempelawa turun mencari remis bersama anak-anak. Oleh kerana ana tidak datang-datang, hari ini beliau datang ke rumah dan menceritakan perihal pesta mencari remis ini membuatkan akhirnya ana teruja juga untuk datang melihat dan merangkap mencari remis sekali. Memang dah berpuluh tahun ana tidak merasai nikmat remis ni. Anak-anak ana masing-masing tidak kenal dan tidak pernah lihat hidupan laut ini yang menjadi kegemaran tahunan ayahnya suatu masa dahulu. Ana juga walaupun dah banyak kali makan remis masa kecil-kecil dulu, tapi tidak pernah terfikir bahawa remis ini mampu berenang macam ikan. Dulu mungkin ana pernah lihat tapi mungkin ana juga dah lupa.

Ana difahamkan, waktu paling sesuai mencari remis pada minggu ini adalah selepas Asar. Antara jam 5.00 hingga 7.00 petang. Kemudian apabila air mulai pasang pada awal malam, mencari remis telah menjadi sukar kerana paras air laut telah menjadi dalam. Kalau dua minggu lepas, orang-orang kampung datang cari remis lewat jam 2.00 pagi hingga ke subuh. Kemudian mereka hantar untuk dijual ke pasar-pasar berdekatan seperti Pasar Jelawat, Bandar Bachok, Beris dan ada yang bawa hingga ke Kota Bharu.

DSC01026

“Tahun ini remis memamg banyak” Kata sepupu ana. Memang pun, kalau dah hampir sebulan remis tak habis-habis juga. Biasanya remis ni naik ke pantai dalam seminggu sahaja paling lama pun. Fikiran ana yang agak penakut ini mudah terfikir “Eh, hari tu orang pantai dah berpesta baring, ni pesta remis pula.. Aceh dulu berpesta ikan sebelum didatangi thunami.. Subhanallah, wal iya zu billah” hati ana beristighfar. Ana segera buang jauh-jauh fikiran hitam yang mencatatkan sejarah hitam dunia itu juga. Namun ana tidak menafikan ketakutan berhadapan dengan bala bencana yang Allah sediakan kepada manusia yang tidak sedar.

Semoga, kedatangan remis-remis ini dan pelbagai nikmat lagi adalah merupakan rezeki limpahan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman. Bukanlah sebagai isyarat kepada seribu kemusnahan akibat daripada kelalaian manusia itu sendiri.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, cepat-cepat ana ajak anak-anak untuk balik. Lagipun hasil kutipan remis sudah lebih dari 2 kilogram kalau hendak ditimbang. Itu baru cari dalam masa kurang dari sejam. “Awal lagi ni, belum nak gelap” anak-anak meluahkan rasa tidak puas hati. “InsyaAllah kalau tak cukup yang ni, esok lusa kita datang lagi, kita bawa kak anis dan abang shahir datang sekali” Jawab ana. Bila saja mendengar janji ana itu, mereka terus sahaja naik ke atas sambil terus meluru ke kereta, kerana membayangkan keseronokan mencari dan mengutip remis bersama sepupu-sepupu mereka yang tinggal di Kota Bharu itu nanti.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada ditimpa kesusahan yang tidak dapat kita tanggung dan tangani..

wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. abamuaz
    Jul 31, 2009 @ 10:05:07

    salam… waaaa sedapnya rremis.. dah dekat 10 tahun dah tak makan rremis.. teringat masa mudak2 dulu.. cari rremis kat pantai bbacok..

    bagus artikel ini kalu tulis dalam bahasa arab… boleh kongsi dengan arab.. mereka pun nak thau kehidupan di Malaysia yang hebat ini

    IbnRajab: w’salam. ada jg rasa nak tulis kok arab. nati lah insyaAllah. blog anta mmg dah ada dlm bhasa arab. tahniah.. ana baru nak try belajar ni. doalah ke ana

    Balas

  2. hairi25
    Ogo 08, 2009 @ 00:00:02

    askum ustaz…ana ko remis tu x geram sgt.tapi ko pinggan tu rasa geram comel pinggan weh… walaupun remis nampak debek bila bubuh dalam pinggan yang berbunga dan berhias lagi comel di pandang, remis x sedap pun rasa sedap…simbolik cerita remis ni macam ni la… kita ni sebagai manusia yang tak lepas dari kekurangan , fizikal baik, ilmu baik. tapi kalau kita bergaul dengan orang-orang yang baik dan sekeliling kita dipenuhi org yg thiqah pah kita pun jadi comel….mcm saing dengan org jual minyak wangi la…kadang2 tu pah baju kita pun turut berbau sama..

    pinggan tu leh la ana ibaratkan pakaian, sbb pinggan jah comel pah remis pun rasa enak….hiii…pecah liur weh…geram..jadi ana nak nasihat ko anak muda mudi kita yang seangkatan dengan ana ni khususnya pakaian yang tak cukup benang tu, ana nak ajak pakai pakaian yang boleh buat orang rasa sejuk dan senang mata mandang…macam remis hok tak soho bola letak dalam pinggan yang baik dan disiarkan pulak dalam intenet, hok x soho tadi dah jadi terkenal…jadi islam mari atas muka dunia ni nak baiki hok ni la….ustaz ana ni bukan calang2 orang cerita jah pasak remis..jadi ana tolong royak hok tersirat di sebalik gambar remis dalam pinggan ni. besa rmaknanya…

    kesimpulannya, hidup ini jika dihiasi dengan tingkah laku dan perangai yang baik dan mulia nescaya kita akan dihormati dan disayangi. pakailah pakaian yang menarik dan menutup aurat kerana dengan itu berpuluh puluh macam maksiat dapat diealakkan. jadilah macam remis yang tak masyhur bila diletak dalam pinggan (pakaian) yang baik boleh pecah liur bagi sesiapa yang memandangnya..sekian ustaz…

    IbnRajab: kemah, malu ana ke anta 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: