Doa hari ini

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Akhir-akhir ini ana ada juga menerima beberapa ‘sms’ daripada sanak saudara, rakan-rakan dan mereka yang ana sendiri tidak pasti siapa, meminta ana memuatkan doa untuk diamalkan sebagai usaha meminta Allah SWT menjauhkan daripada segala bala bencana di dunia dan (ana harap termasuklah juga di akhirat). Ada juga yang secara terus terang menyebut “ust, dalam suasana ancaman wabak H1N1 ni, tak ada ka doa-doa yang sesuai untuk diamalkan?”

Sehubungan itu, ana (yang tidaklah banyak sangat menghafal doa-doa tertentu seperti ini) mengambil kesempatan yang ada untuk membuat sedikit rujukan kepada beberapa buah kitab. Akhirnya ana temui sebuah doa seperti di bawah ini.

tolakbala

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada kenaikan harga barang-barang yang terlalu mahal, dan juga (jauhilah kami) daripada wabak penyakit dan taun dan segala kekejian dan kemungkaran, kezaliman peperangan yang pelbagai cara, dan juga segala cubaan, dugaan ataupun kekeliruan sama ada yang terang ataupun secara tersembunyi. Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat, dan juga kejahatan di dunia dan kejahatan di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan Maha Penerima segala permintaan.

Semoga sama-sama kita amalkannya. Sesungguhnya selain kita sedaya upaya mentaati segala perintah Allah di dalam melawan dan menghindarkan diri daripada bala bencana Allah, kita juga diperintahkan untuk berdoa dan bergantung harap kepada Allah. Setelah kita berusaha (dengan segala tindakan melawan wabak H1N1 seperti yang sedia maklum dan banyak diuar-uarkan dalam media dan juga dengan melakukan taat kepada Allah) maka eloklah kita meluangkan masa untuk sama-sama kita menghadirkan kelemahan diri kita lantas berdoalah kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu, agar segala bala bencana seperti wabak ini dijauhi daripada kita semua. Akhirnya kita akan menikmati suasana yang aman damai dan selesa untuk melakukan ibadah kepada Allah dengan lebih banyak, lebih berkualiti dan lebih keimanan.

Semoga ujian Allah ini akan mengembalikan kita semua kepada Allah. Maha Suci Allah yang sangat sayang kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Di dunia dengan dicampakkan ke dalam jiwa mereka nilai iman, dan di akhirat dengan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh dengan segala keselesaan.

Wallahu aklam.

Advertisements

8 thoughts on “Doa hari ini

  1. Jazakallah.. Doa yang amat bermanfaat.. semoga kita dijauhi segala bala bencana yang boleh menggugat iman kita.

    IbnRajab: syukran ala ziaratukum akhi, wa dakwatukum..

  2. Azmee

    Assalamualaikum!

    Hr ini dlm berita ada menyebut yg kni tdpt doa utk mencegah dr H1N1…yg mana doa itu dikatakan doa yg pernah diamalkan oleh satu kump. ajaran sesat dahulu iaitu Al-Arqam. Doa ini bukanlah doa yg sahih.
    Harap² bukan doa yg uztaz bg ni lah ye.

    IbnRajab: w’salam. doa mana2 pun blh, asalkan betul susun katanya dan kena pula makna. doa ini ana petik dari koleksi doa terpilih oleh Dato’ Dr. Harun Din (t.t:15) dan doa yg diperturunkan oleh guru ana. wallahu aklam

  3. Nukilan Nurani

    doa yang baik,semoga kita semua di jauhi segala penyakit yang merbahaya, terutamanya penyakit hati

    IbnRajab: amien..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s