Kota Bharu lonih

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

kbSaja ana nak kongsi pengetahuan bersama rakan-rakan yang berada di perantauan. Bahawa Kota Bharu kita hari ini telah berubah sakan dah. Dengan sistem jalan sehala, projek pembangunan yang unik lagi menampakan tamadun Islam abad ini dan pelbagai program ilmiah yang diteruskan dan dipertingkatkan.

 
Jalan Sehala
Pelaksanaan Sistem jalan Sehala di Pusat Bandar Kota Bharu bermula 11 Ogos 2009  ternyata telah berjaya mengurangkan  kesesakan lalulintas di Bandar Raya Islam ini berbanding dengan keadaan sebelumnya.

Tinjauan yang dilakukan pada hari pertama, kedua dan hari-hari seterusnya mendapati, aliran lalulintas di pasat bandar berjalan lancar kerana beberapa jalan utama yang sebelum ini merupakan laluan dua hala (bertentangan) telah ditukar menjadi sehala membolehkan  sekurang-kurang 4 buah kenderaan dapat bergerak serentak ekoran keadaan jalannya yang lebar atau luas selepas pembahagi jalan dibuang.  

Antara jalan-jalan yang terlibat menjadi  jalan sehala  Jalan  Temenggong, Jalan Doktor, Jalan Hospital (bermula dari Simpang Empat Jalan Mahmod hingga ke Medan Tuan Padang),  Jalan Gajah Mati, Jalan Tok Hakim, Jalan Pintu Pong menuju ke Pasar Siti Khadijah dan Jalan Parit Dalam.

Laluan masuk ke Pusat Bandar dari 4 arah berasingan sebelum ini iaitu dari arah Pasir Putih, Machang, Tumpat/Wakaf Bharu dan Pengkalan Chepa tidak berubah Cuma berlaku satu penambahan pintu masuk di Jalan Sultan Ibharim berhampiran Stesen Minyak Esso apabila pemandu yang datang dari arah Pasir Putih, Machang dan Tumpat boleh terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab II tanpa perlu melalui Bulatan Medan Tuan Padang (Menara Jam Besar).

Walaupun pada peringkat percubaan ini, ramai pemandu yang teragak-agak untuk mencari laluan masuk ke pusat bandar dan sering kedengaran berlakunya kemalangan kecil  namun mungkin dalam tempoh beberapa hari lagi, keadaan akan berubah apabila orang-ramai sudah biasa dengan laluan baru ini.

berita lanjut
Muat turun peta jalan KB baru right-click link ini kemudian pilih ‘save target as’ untuk download.

kbtc
Pembangunan
KBTC, sebuah bangunan yang didirikan di kawasan ‘padang bas’ dulu kini telah siap. Parkson mula beroperasi pada sabtu 15 Ogos 2009 baru ni. Pasar Siti Khadijah ada sedikit perubahan pada bahagian sayap yang bersebelahan dengan bangunan KBTC ini. Dulu tempat itu orang jual buah-buahan. Kini bangunan baru sedang dalam proses. Bangunan dihadapannya itu, bersebelahan dengan masjid al-Bara’ah telah beroperasi sebagai Tandas Awam yang baru menggantikan yang lama (telah pun dirobohkan).

Bandar baru Kubang Kerian juga tidak kurang pesat membangun. Deretan pusat komersial berhadapan Hospital USM telah siap sepenuhnya dan beroperasi. Selain itu, Bandar Satelit juga telah mula dibangunkan di kawasan Pondok Pasir Tumbuh. Memang hebat apabila pembangunan dilakukan di kawasan itu. Jarang sekali kita lihat sebuah bandar didirikan bersebelahan pondok tempat mengaji ilmu agama. Gabungan di antara Modenisasi dan Ilmu menjadikan satu lagi ciri uniknya Negeri Kelantan pada mata yang ingin melihat dengan hatinya.

Sekian untuk makluman rakan-rakan. Jom balik kelate…. wassalam.

Advertisements

8 Komen (+add yours?)

  1. pogee752
    Ogo 19, 2009 @ 08:55:35

    hebat pentadbiran pas

    IbnRajab: hebat dan berkat, insyaAllah..

    Balas

  2. abamuaz
    Ogo 19, 2009 @ 10:01:06

    Wau.. hari jumaat ni kawe balik kampung.. nak try jalan baru kota bharu.. kata giant nak buka kat situ.. Parkson pulak yang naik..

    IbnRajab: giant adalah penyewa utama, tgkat bwh, parkson ke2 tgkat ataih

    Balas

  3. NieySue
    Ogo 19, 2009 @ 13:14:00

    bgs la klu mcm tu… nmpknya klate semakin maju… hrp lps ni ada la peluang kerja utk bdk2 muda klate….

    IbnRajab: hrp lps ni akan ramai rakyat kelantan yg mampu utk buka peluang pekerjaan.. baru tak merempat di negeri sendiri namanya.. jgn duk hrp org lain (terutama yg bukan Islam) shj duk puka peluang pekerjaan.. kita jadi KULI.. apa yg nak dibangga..?

    Balas

  4. KHAIRI ONLINE
    Ogo 19, 2009 @ 18:53:25

    insyaallah petang sabtu ni sapa KB kena g lawat nih…guano chatroll ustaz berubah sakan ni..xleh nak masuk la…siap dgn passwod lg

    IbnRajab: blog anta pun dah berubah.. sudah tukar ka? hehe

    Balas

  5. Minal Qalbi
    Ogo 20, 2009 @ 22:29:37

    kelantan negeri bertuah, dengan barakah daripada Allah turun ke hati pemimpin islam dan mengesani kehidupan rakyat yang dilimpahi barakah. buktinya cuba kita lihat seluruh pelusuk negeri, wajib ada orang kelantan yang ramai bukan seorang dua. begitu juga di IPTA/S kebanyakannya orang kelantan. saya sangka disarawak ni xde atau kurang orang kelantan, rupa-rupanya ramai jugak.pendek kata anak2 kelahiran negeri barakah ini bertebaran dengan ramainya ke negeri lain. di kelantan sendiri x usah cakap la. bukan taksub tapi rialiti, bukan saya sahaja berpendapat begitu, tapi orang selain dari kelantan juga beranggapan dan berpandangan begitu. jom sokong kepimpinan tok guru.

    IbnRajab: alhamdulillah..

    Balas

  6. Abu Musaddad
    Ogo 21, 2009 @ 16:14:03

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat menjalani ibadah puasa buat ustaz sekeluarga dan seluruh umat Islam, mudah-mudahan kedatangan ramadhan kali ini meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada-NYA. Ameen.

    IbnRajab: wa’alaikumussalam wbt. terima kasih atas ingatan dan kunjungan ke blog ana ini. wah, blog enta skrang semakin top. tahniah

    Balas

  7. hawa
    Sep 23, 2009 @ 23:20:26

    pening weh…

    IR: lama2 tak pening lah.. kena kelik sokmo lah

    Balas

  8. ida
    Okt 23, 2009 @ 14:17:19

    saya akan balik dan menetap di kelantan sekiranya kelantan boleh buka peluang kerja yang banyak…..for the time being..nak cari yang sepadan dan mampu untuk menapung expenses is very difficult..nak2 plak sy single mom..without any help from my x to raise up the kids..

    IR: semoga Allah mmpermudahkan..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: