Pesan guru

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini ana ingin kongsikan suatu pesanan guru. Beliau berpesan agar kami tidak meninggalkan amalan membaca doa-doaberikut  ini:

1. Ayat 19 Surah al-Shura. Dibaca setiap pagi dan petang sekurang-kurangnya 11 kali.

latif

Maksud: Allah Yang Maha Berlembut dengan hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada yang dikehendakinya. Dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

2. Doa selepas bacaan al-Fatihah (doa kedua) dan pada bila-bila masa sahajateringat (basah di bibir)

kasih

Maksud: Ya Allah, Tuhanku! Ampunilah dosa umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Tuhanku! Rahmati (Kasihan belas)lah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Tuhanku! Perbaikilah keadaan umat Nabi Muhammad SAW kepada yang lebih baik. Ya Allah, Tuhanku! Janganlah diambil kira kesalahan umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Tuhanku! Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW.

Guru ana menambah “kalau boleh, selagi ada (nafas) janganlah ditinggalkan amalan ini”. Doa yang pertama itu diwariskan daripada ayat al-Quran semoga Allah mempermudahkan rezeki kita walaupun pada saat sukar. Manakala doa kedua pula diwarisi daripada guru-guru (alim ulama) dulu-dulu semoga Allah kasihan belas kepada kita dan memasukkan (mengiktiraf) kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW maka diampunkan dosa-dosa, diberi keberkatan dan kerahmatan hidup, maka oleh kerana kasihan belas Allah kepada kita, semoga diperbaiki segala tingkah laku serta dihindari daripada terjebak ke lembah kemaksiatan, dengan petunjuk dan hidayahNya jua.

Sekian, semoga bermanfaat. Wassalam.

p/s: Akhir-akhir ini ana terfikir, betapa lembutnya hati orang-orang solih. Mereka sentiasa berdoa keampunan kepada orang lain daripada umat Nabi Muhammad SAW yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai umat terbaik daripada kalangan manusia itu. Akhir sekali mereka berdoa agar diri mereka juga tergolong dalam kumpulan umat terbaik itu juga. Maha Suci Allah yang terlebih peka daripada segala kepekaan makhluk-makhluknya lalu Dia memberi dan menambahkan hidayahNya ke atas orang-orang solih yang mulia itu. Maka yang solih akan bertambah iman dan darjat kesolihannya. Semoga kita semua tergolong daripada kalangan mereka. Amien..

Advertisements

5 thoughts on “Pesan guru

  1. Minal Qalbi

    askum..doa yang baik..mudah mudahan pendapatan pahala berganda walau dibuai mimpi..tq

    IbnRajab: alhamdulillah.. insyaAllah, amien

  2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Alhamdulillah. Doa yang sangat baik utk diamalkan. Doa yg pertama tu, pernah ustaz ana berpesan masa belajar kat aceh dulu, dia suruh baca sokmo2. Alhamdulillah ana amalkan. Tetapi doa yang kedua tu, tak slalu la…he he he..IsyaAllah sama2 kita amalkan…lebih2 lagi pada bulan ramadhan ni…

    IbnRajab: insyaAllah..

  3. ahmad

    assalamualaikum.maaf mahu brtanya (tajawah)tdk ada alif lam ker sebelomnya.maaf ingin kepastian dr tuan yg mulia.yng lemah.t.ksh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s