Zakat 1430H/2009

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita ana memanjangkan makluman yang dikeluarkan oleh pejabat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bahawa kadar zakat harta bagi tahun ini (1430H/2009) adalah RM8,422.14 (Ringgit Malaysia: Lapan Ribu Empat Ratus Dua puluh dua dan sen empat belas sahaja) bagi seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.

Oleh yang demikian, sesiapa yang mempunyai kadar wang simpanan (kecuali dalam akaun Tabung Haji, Bank Rakyat dan institusi-institusi perbankan atau pelaburan yang telah menyediakan perkhidmatan mengeluarkan zakat bagi pihak pendeposit) melebihi nisab RM8,422.14 itu hendaklah mereka sedar keperluan serta kewajipan (fardhu) mengeluarkan zakat sebagaimana yang diarahkan oleh Allah SWT selaku Pencipta dengar kadar 2.5%.


Sebagai contoh, sekiranya ada memiliki simpanan sebanyak RM10,000 maka anda layak mengeluarkan zakat sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima puluh sahaja). Kalau simpanan anda hanya berjumlah RM8000, dukacita anda tidak layak berzakat. Tetapi ambilah kemudahan bersedekah sebagai tanda syukur kepada rezeki Allah itu. Ia boleh dikira (kalau anda mahu) dengan kadar 2.5% juga iaitu RM200.00 (Dua Ratus ringgit sahaja). Hukum sedekah itu adalah sunat manakala zakat adalah wajib.

Wang simpanan yang layak dikeluarkan zakat adalah yang tersimpan lama dan telah cukup haulnya (tempoh masanya) selama setahun. Contohnya simpanan anda bermula Ramadhan tahun 2008 maka telah cukup haul masanya dengan masuknya bulan Ramadhan tahun ini 2009.

Bagaimana kalau simpanan anda bermula pada bulan Januari 2009? Ia tidaklah cukup haul lagi. Simpanan anda itu akan cukup haul (tempoh setahun) pada bulan Januari 2010 nanti. Apabila tiba tarikh itu, dan simpanan anda tidak kurang dari nisab RM8,422.14 maka anda wajib berzakat. Pendapat ana, sekiranya anda ingin bersegera membayar zakat anda itu pun boleh, maksud terus bayar pada bulan Januari 2010 itu atau anda ingin tangguhkan bayarannya sehingga Ramadhan 2010/1431H pun boleh untuk dapat lebih ganjaran memberi bantuan kepada asnaf untuk mereka merasai dan menyambut hariraya. Pada pendapat ana, afdhal bayar zakat harta dalam bulan Ramadhan.

Begitu juga keuntungan daripada perniagaan. Biasanya kalau orang melabur, mereka akan dapat untung setahun sekali. Kalau untung itu melebihi nisab zakat, ia perlulah ditunaikan juga. Contoh orang yang mempunyai pelaburan sebanyak RM100,000.00 (Seratus Ribu). Pada akhir tahun pelaburan mereka mendatangkan untung sebanyak 10% atau RM10,000 (sepuluh ribu). Maka mereka perlu bayar zakat simpanan atau pelaburan pokok mereka sebanyak RM2,500 (dua ribu lima ratus) iaitu 2.5% daripada modal dan juga perlu bayar RM250 (dua ratus lima puluh) lagi daripada keuntungan yang melebihi nisab zakat itu. Jumlah zakat tahunan mereka adalah RM2,750 (dua ribu tujuh ratus lima puluh sahaja).

Alangkah bertuah mereka yang mempunyai harta yang bekerja untuk mereka. Selain pada bulan Ramadhan mereka dapat mezakatkan diri mereka dengan bayaran zakat fitrah seperti orang-orang lain, mereka juga mampu mengeluarkan zakat bagi pihak harta-harta mereka yang turut sama bekerja dan membantu mereka menjadi kaya. Sebab itu memang benar pepatah mengatakan orang-orang miskin bekerja untuk wang, tetapi orang-orang kaya, wang bekerja untuk mereka. Satu lagi, kalau orang miskin membayar zakat diri mereka setahun sekali, orang kaya membayar zakat diri mereka dan harta mereka.

Orang-orang Islam sepatutnya lebih bermotivasi melakukan kerja, mencari rezeki Allah di bumi Allah ini agar mereka tergolong daripada kalangan orang-orang kaya yang mampu mengeluarkan zakat harta. Tetapi amat dukacita hari ini banyak orang Islam yang hanya dapat bayar hutang malah tidak dapat tidur malam serta dihinggapi pelbagai penyakit jiwa kerana dibelenggu hutang yang diminta lindung oleh Rasulullah SAW melalui satu doanya “Ya Allah aku berlindung denganmu daripada dikejar hutang dan paksaan manusia jahat..”

Orang Islam yang merdeka jiwanya tetapi tetap hamba pada akidahnya (hamba kepada Allah) perlu bebas daripada hutang. Sebaliknya mereka berusaha mencari jalan agar suatu hari dapat membayar zakat bagi pihak harta yang melakukan kerja untuk dirinya pula. Pada masa itu barulah mereka layak digelar muslim yang kuat sebagaimana dipesan oleh Rasulullah SAW “Seseorang muslim yang kuat itu terlebih disayangi oleh Allah berbanding muslim lemah”. Di antara terjemah muslim lemah adalah mereka yang lemah daripada segi kekuatan kewangan sebagaimana yang dijelaskan melalui satu lagi hadis Rasulullah SAW “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran”.

Satu jalan sebagai usaha yang dapat mengeluarkan manusia daripada kelompok kemiskinan adalah ilmu mengurus sumber rezeki Allah (modal) menjadi taat dan takut kepada Allah seterusnya sama-sama bekerja memerdekakan jiwa manusia itu sendiri daripada belenggu yang membawa kekufuran. Modal-modal yang Allah sediakan bagi setiap manusia di dunia ini adalah banyak. Antara yang dapat disenaraikan adalah, modal akal fikiran, modal tulang empat kerat, modal kreativiti, modal harta peninggalan (pusaka), modal harta pencarian (yang diperolehi hasil daripada kerja dan kemahirannya) malah pelbagai modal yang lahir daripada insan yang bergelar makhluk Allah yang bertaqwa dan sedar.

Marilah kita berazam untuk sama-sama menggunakan modal-modal yang disediakan Allah ini demi mencari redha Allah di dunia yang membawa kebahagiaan di akhirat. Kalau anda sudah berkira-kira kemungkinan modal harta anda dapat dikeluarkan zakatnya, maka anda sudah hampir berjaya menjadi seorang muslim yang kuat. Sebaliknya kalau anda masih mengharapkan zakat daripada orang lain, itu memerlukan anda sedar, bangun dan mulai langkah kerja anda semula.. Semoga kita semua berjaya mengenali diri sendiri sebelum menghadap Ilahi.

Wallahu aklam.

p/s: kadar zakat fitrah utk rakyat Kelantan pada tahun ni adalah RM6.90 seorang. Wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan tahun ini sama ada tua, muda, bayi yg lahir dlm bulan ramadhan atau org yang meninggal dlm bulan ramadhan.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. nik
    Sep 05, 2009 @ 22:56:33

    minta izin cetak. syukran

    IR: diizinkan insyaAllah.. blh kongsikan dgn yg lain jg

    Balas

  2. Media Cyber
    Sep 08, 2009 @ 05:48:36

    salam perjuangan .. 🙂

    Balas

  3. Haba
    Sep 17, 2009 @ 07:26:30

    Askm. Bagaimana dengan zakat pendapatan pula akh? Ana search kat pusat-pusat zakat ada 3 Kaedah pengiraan zakat pendapatan. Kaedah 1 : 2.5% X semua pendapatan, Kaedah 2: Semua pendapatan – belanja2 asas yang dibenarkan, Kaedah 3: Semua pendapatan – belanja2 asas sebenar + kediaman + kenderaan + dll. Kita yang makan gaji ni kalau nak ikut Kaedah 1 dan Kaedah 2 rasanya tak mampu… sedar2 takda cash yang cukup nisab pun, nak keluarkan zakat. So rata2 sebenarnya pakai Kaedah 3. Maklumlah gaya hidup beli rumah dan kereta, berhutang. Belanja hidup pula makin hari makin naik. Memang ‘terguna’ kaedah 3. Niat hati nak ikut kaedah 1 tapi tak mampu. Dapat pahala niat sahaja la kot. Tapi ana tetap cuba keluarkan juga zakat lebih sikit dari kadar cukai yang akan dikenakan oleh LHDN. Jadi ana kira cukai LHDN dulu. Pastu berapa kadar kena, ana alihkan ke zakat. Walaupun ikut Kaedah 3 tak kena pun zakat tapi hati lebih selesa kalau bayar zakat daripada bayar kat LHDN. He he… Wallahu ‘alam.

    Balas

  4. Haba
    Sep 17, 2009 @ 09:40:39

    Hanya nak kongsi info. Ana ada pos tentang cara kira zakat pendapatan di http://epanduan.wordpress.com. Moga bermanfaat. Syukran

    IR: ana akn cuba buat kajian berdasarkan soalan2 anta insyaAllah.. syukran

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: