Salam aidilfitri 2009

raya_ketupat

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada IbnRajab dan Seisi Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan yang sangat bermakna, pada hari yang mulia, berkat serta bahagia ini ana mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung setia laman IbnRajab Online yang budiman. Semoga segala amalan soleh kita pada bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang baik olehNya sebagai bekalan kita di hari akhirat sana. InsyaAllah.

Ucapan ini juga ana tujukan khas buat Isteri dan anak-anak, mak, ayah dan keluarga terdekat ana yang sentiasa berada di depan mata. Tidak dilupakan juga buat adik tersayang yang tidak berkesempatan pulang beraya tahun ini, semoga ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta di bumi Sarawak sana. InsyaAllah raya haji nanti kot dapatlah beraya sama-sama walaupun mak dan ayah menjadi tetamu Allah.


Buat rakan-rakan yang baru pulang dari perantauan, selamat balik kampung. Semoga ada kesempatan untuk kita berjumpa dan bermesra di hariraya ini. Kepada rakan-rakan yang merupakan anak kelantan yang merayakan aidilitri ini di perantauan, semoga ceria sokmo. Beraya di samping keluarga sendiri pun tidak kurang meriahnya. Di tambah pula dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang juga tidak balik beraya. Kemeriahan yang sama pasti terasa dengan amalan kunjung mengunjung sesama kita.

Buat yang mengenali diri ana, tak kiralah siapa-siapa atau di mana anda berada, sama ada anak kelantan, bukan anak kelantan, sama ada yang pernah sama-sama belajar di Jordan, MPI Bangi atau UKM, ataupun yang pernah bekerja bersama, sama ada di SM Teknik Matang atau IPGM Kampus Rajang, ataupun yang pernah menjadi anak didik ana sama ada pernah belajar secara rasmi di Sekolah atau IPGM atau tidak rasmi di Masjid-masjid dan surau, ataupun yang hanya mengenali ana di alam maya ini sahaja, buat semua ana menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas kesilapan terlanjur kata, tersilap bicara, pertimbangan sama ada dalam perbualan, pergaulan mahupun tulisan dan sebagainya.

Ampun dan maaf seikhlas hati, sempena hari yang mulia lagi berbahagia ini. Semoga Ramadhan yang berlalu dan hari raya yang disambut ini membawa seribu erti kepada persaudaraan yang kita bina dan semoga ianya berkekalan hingga ke syurga. Amien ya Rabb al-Alamin.

Buat semua, terimalah beberapa rangkap pantun yang tidak seberapa pandai ana sediakan ini..

Orang miskin kerja untuk dapatkan wang,
Orang kaya pula wang bekerja untuknya,
Setelah tamat puasa di bulan Ramadhan,
Kini Syawwal tiba kita berhari raya.

Hasrat Public Mutual,
Didik pelabur rajin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin.

Kalau dapat duit raya,
Ajar anak agar menyimpan,
Kalau ada salah silap saya,
Harap dapat dimaafkan.

Orang tua-tua berpesan kata,
Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit,
Ziarah menziarahilah di hari raya,
Bersihkanlah hati dari penyakit.

Buat pelaburan masa harga rendah,
Tukar modenya bila dah tinggi,
Berdoalah kita kepada Allah,
Moga bertemu Ramadhan sekali lagi.

Selamat Hari Raya sekali lagi,
Maaf, Lahir dan Batin…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: