Celcom broadband

Bismillahirrahmanirrahim

modem

Saja nak kongsi berkenaan promosi Celcom yang sedang berlangsung. Ia adalah promosi Celcom Broadband kepada kakitangan awam dan juga para pelajar IPT. Menerusi pakej promosi ini, para pelanggan ditawarkan:

1. Modem vodafone usb (mcm pen drive) – percuma
2. Penggunaan 5G sebulan
3. Yuran laluan RM50 sebulan

Sekiranya anda seorang pegawai Kerajaan, perlu sediakan satu salinan slip gaji atau apa2 dokumen yg dpt mengesahkan diri sebg. peg kjaan. Manakala pelajar IPT yang berumur 19-25 tahun perlu menyediakan salinan kad pelajar mereka.


Bayaran pendahuluan pula dikategorikan seperti berikut:
1. Tanpa modem (RM100) – dua bil awal tak perlu bayar (negative bill)
2. Dgn modem (RM200) – empat bil pertama negative bill

Komitmen selama dua tahun diperlukan. Sekiranya pelanggan ingin menghentikan perkhidmatan ini sebelum tempoh tersebut, mereka akan dikenakan bil sebanyak RM299 (harga asal modem).

Bagi ana, kalau sekarang ini anda sedang membayar perkhidmatan broadband melebihi RM50 sebulan, dan sekiranya anda layak (pegawai kerajaan atau pelajar), maka lebih baik bertukar kepada pakej promosi terbaru ini. Ia membantu anda berjimat. Contohnya kalau pakej biasa RM68 sebulan, melalui pakej baru ini anda jimat RM18 sebulan atau RM432.00 untuk tempoh selama dua tahun.

Setakat pengalaman ana, dan beberapa rakan, memang liputan celcom broadband yang terbaik setakat ini. Apa-apapun, ini hanyalah satu perkongsian percuma dan tulisan ini juga tidak mendapat tajaan Celcom. Maklumat lanjut yang tepat adalah dengan merujuk sendiri kepada pihak Celcom.

Promosi ini tamat pada 31 Oktober 2009.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: