Tok guru kelih bola malam ni

Teh Red Warriors Team 2009

Berita 1: Nik Aziz tonton aksi Kelantan malam ini 
Oleh: Rizal Tahir @ harakahDaily.net

KOTA BHARU, 27 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka akan menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir pertama antara Kelantan dan Perlis malam ini.

Menteri Besar itu berkata, beliau bersama beberapa orang anggota exco kerajaan negeri disamping Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak (Red Warrios) itu sebagai menuju ke perlawan akhir merebut Piala Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang Dun Kelantan berakhir petang semalam sebagai menyambut pelawaan dari Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menggulung perbahasan ucapan Belanjawan 2010 di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kedua belas semalam.

Menurutnya, Anuar menjemput Menteri Besar termasuk anggota-anggota exco kerajaan negeri disamping Adun mengikuti perlawanan separuh akhir bola sepak itu bagi memberi semangat kepada pasukan supaya dapat beraksi hingga ke peringkat akhir.

Kelantan mara ke peringkat separuh akhir malam esok untuk menentang Perlis bagi merebut Piala Malaysia. Mereka melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas KL Plus. Dengan keputusan itu Kelantan mara dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 di Cheras, Selasa lalu.

“Sekiranya Kelantan berjaya memenangi pertandingan itu, pasukan kita bakal berhadapan dengan Negeri Sembilan atau Terengganu untuk berentap di peringkat akhir,”ujarnya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa kerana telah berjaya menjadikan pasukan berkenaan begitu hebat hingga mampu bersaing di peringkat suku akhir._
 
Berita 2: Red Warriors dapat suntikan semangat MB
Oleh Wan Faizal Ismayatim @ bhsukan@bharian.com.my

KESEBELASAN Kelantan yang akan beraksi buat kali pertama dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas sembilan tahun, mendapat suntikan moral apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengesahkan hadir memberikan sokongan dalam aksi menentang Perlis, malam ini.

Ia juga kali pertama Nik Abdul Aziz akan hadir ke Stadium Sultan Muhammed IV bagi menyaksikan aksi skuad Kelantan sejak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) diambil alih Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya ada berita gembira… saya dah beri pengakuan untuk hadir dalam perlawanan Kelantan menentang Perlis esok (malam ini). Saya harap Kelantan menang,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Skuad The Red Warriors yang dalam buruan menempah tempat ke perlawanan akhir piala paling berprestij itu buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun, menanti kunjungan naib juara Liga Super, Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini, sebelum pertentangan kedua di Kangar, Sabtu ini.

Kelantan yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan sebelum ini menumbangkan KL Plus di suku akhir dengan agregat 4-1 manakala Perlis menumpaskan cabaran sebuah lagi pasukan kelab, Johor FC juga dengan agregat 4-1.

Komen Ana:
InsyaAllah.. pasukan Kelantan akan meneruskan kemenangannyan lagi pada malam ini, di stadium keramat rakyat Kelantan (yang juga turut menjadikan Stadium ini sebagai tempat munajat rakyat Kelantan). GOMO KELATE GOMO! GOAL MORE KELATE, GOAL MORE BEAT PERLIS

Rakyat kelantan yang berada di perantauan, mereka bolehlah mengikuti updated semasa perlawanan penting malam ini menerusi laman web http://chatroll.com/kelatedotnet atau laman-laman lain yang disediakan oleh para peminat kelantan yang advance dalam dunia ICT ini. InsyaAllah. Doalah moga-moga ada siaran langsung perlawanan Kelantan vs Perlis dalam TV mana-mana channel pada malam ini.

Wallahu aklam.

**** Dapatkan mp3 lagu semangat bolasepak kelantan. Klik GomoKelateGomo.mp3

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. ibnrajab
    Okt 27, 2009 @ 23:03:22

    alhamdulillah… berkat kehadiran tok guru, dan doa rakyat2 kelantan semua.. wira merah bawa bekal 2-0 ke perlis.. gomo kelate gomo.. jupo bukit jalil insyaAllah…

    NAK KATA KUAT… dok juga
    NAK KATA LEKEH.. dok juga

    pah? buleh ka?…. MESTI BULIH.. MESTIIIIIII
    (lirik lagu bola kelate)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: