9 yang ketiga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tips 19
Bawa anak lelaki untuk sama-sama solat berjamaah di masjid atau surau. Luangkan masa untuk membawa seisi keluarga seminggu sekali solat jamaah di masjid atau sekurang-kurangnya pada hari-hari istimewa dalam kehidupan yang ada kaitan dengan anak.

Tips 20
Selalu ucapkan pesanan baik kepada anak di saat-saat perpisahan kemudian iringi dengan ucapan doa selamat seperti “Maassalamah, selamat tinggal atau lain-lain doa”.


Tips 21
Biarkan anak-anak terutama yang masih kecil itu menangis sekiranya mereka perlu. Mudah-mudahan ia tidak akan menjadikan ibu bapa menangis apabila mereka telah besar.

Tips 22
Wujudkan sebuah tin “saya boleh” untuk setiap anak.  Biarkan anak menghias sendiri tin mereka mengikut citarasa. Setiap kali anak dapat menguasai sesuatu yang baru, anda buat sedikit catatan untuk dimasukkan ke dalam tin “saya boleh” berkenaan. Dari masa ke masa, ajak anak melihat pencapaian-pencapaian terbaik yang pernah diraihkannya.

Tips 23
Bantu anak menggambarkan (melalui lukisan, lakaran dll) tentang perasaan yang baru mereka kenali atau rasai. Bincang dengan anak apa yang membuatkan mereka berperasaan sebegitu.

Tips 24
Cuba untuk tidak sesekali membawa balik kerja anda ke rumah atau ke hadapan anak-anak. Lukiskan dalam minda satu garis pemisah di antara kehidupan pejabat (kerja) dan rumah (keluarga) anda.

Tips 25
Letakan gambar anak-anak di tempat-tempat istimewa seperti atas meja dalam bilik tidur, di ruangan tangga atau dalam wallet duit. Sekiranya anak terlihat, beritahu mereka betapa pentingnya mereka dalam hidup anda.

Tips 26
Biarkan anak melakukan sesuatu yang mereka rasa boleh membantu anda seperti menolong anda membuka pintu rumah, suiz lampu atau sehingga menekan butang lif (di tempat awam).

Tips 27
Apabila anda menyiapkan peralatan anak untuk berehlah, menyertai kem, balik ke asrama atau lain-lain, ingatlah untuk menulis sesuatu nota istimewa untuk dimasukkan bersama peralatan tersebut.

Semoga Allah mempermudahkan dan memberi idea seterusnya.. Wassalam

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: 9 yang kelima « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: