9 yang keempat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tips 28
Pastikan anak-anak khatam al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun dan menghafal surah-surah lazim.

Tips 29
Amalkan membaca sepotong hadis sekurang-kurangnya sekali seminggu selepas solat berjamaah bersama keluarga (cth maghrib setiap sabtu). Boleh juga diberikan tugas kepada anak yang telah pandai membaca untuk mengetuai bacaaan terjemahan hadis kemudian bapa memainkan peranan menghuraikan hadis tersebut untuk diambil pengajaran daripadanya.


Tips 30
Luangkan masa untuk menghadiri majlis-majlis rasmi anjuran pihak-pihak berkenaan yang melibatkan anak-anak seperti mesyurat PIBG, majlis solat hajat sekolah, perasmian kem motivasi dan sebagainya.

Tips 31
Bawa anak-anak bercuti setahun sekali terutama ke tempat-tempat yang boleh memberikan nilai tambah ilmu seperti tempat bersejarah yang dapat diterangkan kepada mereka kebesaran dan keagungan ciptaan Allah.

Tips 32
Mainkan alunan zikir-zikir atau ayat-ayat al-Quran dalam kereta sekiranya membawa anak bersama. Setidak-tidaknya memilih siaran radio yang mementingkan info dan input kerohanian seperti memainkan lagu-lagu nasyid dan tazkirah.

Tips 33
Luangkan masa untuk menikmati makanan bersama anak-anak sekali sehari (makan malam) atau paling kurang seminggu tiga kali bagi mereka yang selalu traveling atau terlalu sibuk dengan kerja. Minta anak-anak (secara bergilir-gilir) mengetuai bacaan doa makan.

Tips 34
Ajar anak-anak untuk sama-sama menyambut dan meraikan tetamu. Elok diadakan sesi taaruf (pengenalan diri) ringkas untuk memperkenalkan tetamu kepada anak. Jangan sesekali membiarkan anak merasakan diri mereka tidak penting dalam keluarga dengan berkurung di dalam bilik atau melakukan aktiviti sendirian.

Tips 35
Minta anak-anak untuk memilih, membalut, membuat dekorasi hadiah yang ingin diberikan kepada relatif, sahabat atau siapa sahaja yang akan dikunjungi.

Tips 36
Luangkan masa untuk anak berkongsi sesuatu dapatan, kemahiran atau ilmu baru sama ada dari sekolah, buku yang dibaca atau dari mana-mana sumber yang lain. Contohnya meminta anak melakukan simulasi guru mengajar, atau kerja kumpulan bagi menunjukkan cara mereka mendapatkan ilmu tersebut. Berikan galakan dan penghargaan.

Sama-sama kita realisasikan.. insyaAllah.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: 9 yang kelima « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: