Selamat berangkat..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan nikmat dan kasih sayangNya yang tidak terhingga. Pagi ini, kedua mak dan ayah selamat berangkat ke KLIA menuju ke tanah suci bagi tujuan menyahut seruan Haji musim 1430 Hijriyah ini. Mereka menaiki pesawat MAS MH1389 yang bertolak dari KB pada jam 11.35 pagi dan tiba di KLIA pada jam 12.35 tenghari, disambut oleh sepupu ayah yang kebetulan bertugas di lapangan terbang sama.

Pada jam 3.00 petang, mereka menaiki bas yang disediakan pihak Tabung Haji Travel & Tours untuk melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 4.00 petang. Di sana, beberapa orang anak saudara ayah yang tidak berkesempatan balik, datang meraikannya di sana. Syukur alhamdulillah tidaklah mereka merasa kesunyian.


Mak dan ayah dijangka bertolak ke tanah suci pada awal pagi esok 9 November 2009, insyaAllah menerusi penebangan KT54. Mengikut jadual, mereka akan terus berihram haji dari Kompleks Tabung Haji kerana penerbangan akan terus ke Jeddah dan melalui miqat Qarnul Manazil untuk berniat ihram haji (bagi mereka yang memilih melakukan haji ifrad) atau umrah (bagi mereka yang memilih melakukan haji tamatu’).

Kami selaku anak-anak dan seluruh sanak saudara di tanah air mendoakan semoga Allah memberi kemudahan kepada mak dan ayah berdua, dibekalkan dengan kesihatan yang baik, dianugerahkan dengan keselamatan yang sempurna, dan seterusnya semoga mendapat haji yang mabrur insyaAllah. Kepulangan mak dan ayah dijangka pada 19 Disember 2009 jam 8.45 pagi menerusi penerbangan MH1384 yang tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. InsyaAllah.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah..

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. abuhuzaifah
    Nov 09, 2009 @ 00:55:35

    Alhamdulillah…semoga perjalanan ayahanda dan bonda anta selamat semasa pergi dan balik.Kirim salam kepada keduanya .maa’ssalamah

    Dr.Abu HUzaifah

    IR: syukran akhi ala al-dua

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: