Baca lagi.. @ read more..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Suka ana nak kongsikan satu benda ni. Dah lama cari cara nak buatnya, tapi hari ni dengan bantuan dan kesepakatan secara bersama dengan adik ipar, juga berorientasikan teknik cuba dan jaya (try and error), akhirnya ana (atau sebenarnya kami) temui jalannya. Iaitu cara untuk memendekkan artikel yang panjang untuk di’view’ pada laman utama blog di WordPress ini.

Sebelum ni, baanyak masalah sekiranya menulis artikel yang panjang. Kerana kalau artikel itu panjang, pengunjung akan terpkasa melihat ataupun membaca keseluruhan isi artikel walaupun mungkin mereka tidak perlu (kerana sudah tahu dll). Begitu juga, jika laman utama memuatkan artikel yang panjang-panjang, maka tidak banyak artikel yang dapat dipaparkan di ruangan utama tersebut.


Begitu juga sekiranya pengguna melakukan aktiviti ‘search’ untuk mencari beberapa artikel dalam blog, mereka akan dihidangkan dengan bilangan artikel yang terhad kerana penulis atau pengendali blog telah menghadkan beberapa artikel sahaja untuk dipaparkan pada ruangan utama untuk mengimbangi frame-frame yang ada dalam blog (seperti side bar dll).

Dengan penemuan alat (tools) ini, maka selain ia memberikan paparan yang agak menarik, ia juga membantu pengunjung untuk hanya membaca artikel yang menarik perhatiannya sahaja secara penuh. Manakala, mereka memadai dengan membaca kepala artikel-artikel yang tidak diminatinya untuk memberi lebih masa kepadanya melayari, mencari dan membaca artikel-artikel yang dihajatinya sahaja.

Alat (atau tools) yang telah disediakan oleh WordPress yang dimaksudkan itu ialah “more”. Ia adalah seperti yang ditunjukkan dalam paparan berikut:

more

Untuk menjadikan ia kelihatan seperti paparan di atas, terlebih dahulu anda perlu tetapkan mode ‘HTML’ pada skrin New Post atau ‘Tambah kiriman baru’ atau ‘Edit Post’. Kemudian, anda pilih perenggan mana yang ingin diletakkan ‘break’ atau tanda ‘Baca lagi..’ pada artikel berkenaan. Para pengguna atau pengunjung blog anda hanya akan dihidangkan dengan kepala artikel sehingga tanda ‘more’ itu dimasukkan sahaja pada ruangan utama blog.

Ianya kelihatan seperti ini (apabila anda memasukkan alat atau tag  ‘more’ ke dalam artikel:

more2

Kemudian apabila anda menerbitkan artikel tersebut, maka akan terhasilah paparan seperti ini pada laman utama blog anda.

more3

Kali ini, para pembaca artikel anda boleh memilih sama ada untuk meneruskan bacaannya dengan menekan ‘Baca Lagi..’ itu ataupun mencari artikel lain yang dihajatinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Wallahu aklam.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. Abgreds
    Dis 10, 2011 @ 09:39:51

    Panduan yang bermaanfaat, mohon link ke blog saya…

    Balas

  2. Trackback: Baca lagi.. @ read more.. « Blog Abgreds
  3. Discrims
    Feb 01, 2012 @ 18:33:16

    yes..senang je rupanya..dah lama cari..tq

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: