Kg Sri Manja

Kampung Sri Manja atau lebih dikenali sebagai Kampung Baru Rekang Hulu terletak dalam Jajahan Bachok, Negeri Kelantan Darul Naim. Jalan masuk utama ke kampung ini adalah menerusi jalan kampung Rekang yang menuju ke kampung Pak Elong (arah menuju ke selatan semenanjung Malaysia iaitu menuju ke Daerah Pasir Putih dari Bandar Bachok).

Kampung Rekang terbahagi kepada beberapa kampung kecil yang lain iaitu Rekang Hilir, Rekang Hulu, Kuala Rekang dan kampung Rekang itu sendiri. Jalan Jelawat menuju ke Cabang Tiga Melawi itu adalah pemisah di antara kampung Rekang dan kampung Rekang Hilir. Kampung Kuala Rekang itu pula berada di tepi pantai (hampir dengan kuala sungai). Manakala kampung Rekang Hulu atau kini dinamakan sebagai Kampung Sri Manja terletak paling selatan melewati kampung Rekang Hilir dan kampung Rekang.

Kini, setelah kompleks pendidikan Tangok siap dibina, orang-orang kampung telah menggunakan jalan masuk ke kawasan itu sebagai jalan masuk alternatif ke Kampung Sri Manja (Rekang Hulu). Sekiranya anda datang dari Jelawat, anda akan membelok ke kanan untuk masuk ke jalan utama kompleks pendidikan Tangok. Setelah itu, anda perlu susuri jalan tersebut sehingga melewati tapak pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sebelum anda sampai ke penghujung jalan kompleks pendidikan Tangok iaitu bangunan Institut Kemahiran Belia Negara Bachok (IKBN), anda akan temui satu lorong yang menghubungkan jalan tersebut dengan jalan yang menuju ke Masjid Mukim Neman (masjid bagi kampung Rekang Hulu). Dari jalan itulah bermulanya kampung Sri Manja (ke arah selatan).

Kampung Sri Manja ini adalah sebuah perkampungan baru yang dibina di atas tanah pemberiaan kerajaan negeri kepada mereka yang tidak memiliki tanah secara pusaka. Atau mereka yang diambil tanahnya bagi dibina kompleks pendidikan Tangok yang disebutkan tadi. Kampung ini mula didiami atau dibangunkan dalam lingkungan tahun 1981. Pada tahun 1994, kerajaan meluluskan pembinaan sebuah masjid yang kini dinamakan sebagai masjid mukim neman.

Asalnya orang dari luar kampung Sri Manja memanggil tempat ini sebagai kampung baru Rekang Hulu. Tetapi bagi merakam sejarah tersendiri, penduduk-penduduk bersetuju menamakan kampung baru ini sebagai Sri Manja kerana para penduduknya merasa telah dimanjai oleh kerajaan yang memberikan mereka tanah di kawasan ini sebagai ganti kepada tanah yang diambil bagi tujuan pembangunan kompleks pendidikan Tangok tersebut.

Alamat surat menyurat juga telah diubah dengan menggunakan nama kampung Sri Manja. Biasanya surat-surat akan sampai ke tangan para penduduk sekiranya ia dipos menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia tetapi mengalami sedikit kelewatan atau mungkin tidak dapat diserahkan langsung sekiranya ia dipos menggunakan perkhidmatan pos laju swasta. Ana sendiri pernah tidak terima surat-surat penting (urusan rasmi kerajaan) yang dipos menggunakan perkhidmatan SkyNet dan ABS.

Alasan yang selalu digunakan apabila pengguna menyiasat kenapa surat-surat tidak dapat dihantar ke sini, mereka mengatakan bahawa kampung tersebut (Sri Manja) tidak wujud. Ana sendiri pun tidak pasti akan kesahihan dakwaan ini kerana kalau surat-surat yang dipos menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia ia tidak pernah mengalami apa-apa masalah.

Hatta surat-surat kerajaan tempatan (dari pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan PBT) juga turut menggunakan alamat sama. Samentelah jugalah alamat Kampung Sri Manja ini diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi ditulis di atas kad-kad pengenalan penduduk kampung yang beralamat di kampung ini.

Adalah diharapkan, tidak ada lagi pihak yang merasa sukar mencari kedudukan kampung Sri Manja kerana ia kini berada di hadapan Kompleks Pendidikan yang turut menempatkan UMK yang memang terkenal itu. Apatah lagi mereka mendakwa bahawa kampung ini tidak wujud di Negeri Kelantan akibat sikap malas dan amalan bekerja sambil lewa  sehingga mungkin menjejaskan maslahat orang lain yang berkaitan.

Sekian.

p/s: Orang Kelantan mengistilahkan utara itu sebagai Hilir dan selatan itu sebagai Hulu. Mungkin sekiranya nama kampung Sri Manja itu ditukar kepada kampung Rekang Selatan, ia lebih menerujakan orang luar (spt pekerja SkyNey dan ABS) untuk mencarinya.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. abu huzaifah
    Nov 17, 2009 @ 15:06:30

    ust zamri , kalau boleh tukar istilah ” daerah Bachok” kpd jajahan Bachok kerana di Kelantan ; disebut jajahan Bachok bukan daerah.Pentadbiran jajahan dibawah ketua jajahan , manakala setiap daerah ada penggawa.Jawatan Penggawa pula samalah dengan penghulu dinegeri-negeri lain.Penghulu di Kelantan sama dengan ketua kampung pula mengikut penggunaan di negeri-negeri lain .

    Di Kelantan agak berbeza ,apapun inilah satu kelainan yang dicatatkan sejarah.

    maaf , kalau silap .Ini maklumat dari subjek Peng.Am tingkatan 6 yang hamba belajar dulu.Ibn Rajab…cuba kemukakan isu ;Bila Hospital Bachok nak dibina..setiap Jajahan patutnya disediakan 1 hospital..baru sama 1 Malaysiaa.

    IR: cadangan diterima. syukran akhi. maklumlah ambe x dan mengaji ting. 6 🙂

    Balas

  2. UMISYAFIQ
    Jul 19, 2011 @ 16:42:17

    mintak maaf nak tanya ni ustz zamri radio ikim ke?

    IR: hehe.. bukan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: