Temuduga KPLI ambilan Jan 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2010 telah dibuka mulai semalam 12 November 2009. Kepada para bakal guru yang memohon KPLI pada sesi pengambilan lepas, iaitu ambilan Jun 2009 tetapi tidak dipanggil temuduga, atau tidak mendapat tempat, kini mereka kemungkinan bernasib baik dan diberikan peluang.

Semakan boleh dibuat melalui link KPM. Sila klik di sini.

Selamat menduduki temuduga, semoga berjaya dan ikhlaslah dalam berkerjaya sebagai insan guru bila berjaya mendapat tempat itu nanti. Mengikut jadual, proses temuduga akan dijalankan bermula pada tarikh 16 November 2009 iaitu hari Isnin ini. Semakan calon yang berjaya pula boleh dilakukan pada 8 Januari 2010. Kalau berjaya, calon guru pelatih dijadualkan akan melapor diri ke IPG masing-masing pada 18 Januari 2010.

Untuk menyimpan jadual aktiviti pengurusan pengambilan KPLI Jun 2010, boleh download di sini.

Wassalam. Wallahu aklam

Klik untuk dapatkan tips temuduga KPLI

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. Yaiw Siew Chin
    Dis 24, 2009 @ 09:03:30

    Kepada sesiapa yang berkenaan,

    sebenarny saya tidak tahu tentang perkara semakan panggilan temuduga bagi kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) bagi lepasan ambilan Jun 2009.
    saya hanya tahu pada pagi tersebut dan semakan telah ditutup.
    saya berasa sangat dukacita dan kecewa berhubung dengan perkara tersebut.
    saya berpendapat pengumuman & berita tersebut patut disebarkan melalui e-mel kepada semua calon yang memohon kursus tersebut supaya tidak ketinggalan berhubung dengan perkara tersebut.
    Sekian terima kasih.

    IR: cad yg baik sekiranya ia sampai kpd pihak berkenaan (yg turut melayari laman ini dan terbaca komentar sdri). sbg alternatif, sdr blh sentiasa menjenguk blog ini krn para pengunjung sentiasa update berita ttg kpli itu di sini. sdr/i jg blh mendaftar sebagai ahli grop blog ini dgn klik sahaja di sini. tq

    Balas

  2. IbnRajab
    Jan 09, 2010 @ 21:35:44

    Adalah dipanjangkan makluman bahawa Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2010 boleh juga dibuat melalui SMS mulai 8 Januari 2010 (Jumaat). Untuk semakan SMS sila taip:

    MOE(jarak)KPLI(jarak)NOKP dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KPLI 850219015940 dan hantar ke 15888.

    Semakan juga boleh dilakukan melalui web KPM ini.

    Sekian, harap maklum.

    Balas

  3. Trackback: KPLI Ambilan Jun 2010 « IbnRajab Online
  4. Razalie Hj Hussaini
    Feb 27, 2010 @ 15:27:02

    salam… ya akhi, sy nak bertanya, KPLI ambilan Jan 2011 bila agaknya akan keluar?? hope dpt maklumkan….

    Balas

  5. ham ba allah
    Jul 28, 2010 @ 14:23:51

    salam, ape tip nak lulus mtest n temuduga

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: