Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, juga buat ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta siapa sahaja yang mengikuti ajaran dan petunjuk yang dibawa.

Banyak kita dengar orang mengatakan : Wanita adalah sebahagian daripada masyarakat, oleh yang demikian masyarakat tidak seharusnya membiarkan bahagiannya itu dan tidak boleh merosakkan serta menzaliminya.

Hal ini memang benar, dan mungkin juga ada yang mengatakan : Wanita merupakan sebahagian daripada masyarakat pada bilangannya, seterusnya mereka lebih memberi kesan kepada masyarakat itu sendiri. Kesan tersebut samada positif ataupun negatif dapat diperhatikan pada suami dan anak-anak mereka. Perkara ini telah dirakamkan oleh penyair di dalam syair :

Ertinya : Ibu itu umpama sebuah sekolah. Apabila engkau membinanya bermakna engkau telah menyediakan satu bangsa yang kukuh dan teguh keturunannya.

Diperhatikan para ulama, ahli fikir, pemimpin, pendakwah malah pendidik mengambil berat terhadap masalah wanita ini. Mereka menyeru ke arah memuliakan wanita dan mengikis kezaliman serta kesusahan yang mereka alami. Sehinggalah wanita diperjuangkan agar mereka diberi hak untuk belajar, bekerja, memimpin dan mengahwini sesiapa yang mereka ingini dan hajati.

Sebaliknya kita juga dapati sebahagian daripada masyarakat terlalu memberi kebebasan kepada kaum wanita sehingga ada yang memberikan kepada mereka hak kebebasan seksual, melakukan hubungan seks seperti lesbian, menggugurkan kandungan tanpa sebab, lari daripada kongkongan keluarga, melanggar batasan agama dan nilainya serta tidak mengendahkan adat istiadat peninggalan bangsa.

Sebagai orang Islam, sepatut bersyukur kerana kita mempunyai suatu enakmen yang meletakkan kaum wanita di tempat yang mulia, memberikan mereka keadilan serta menyelamatkan mereka daripada kegelapan dan kezaliman jahiliah. Enakmen tersebut ialah al-Quran al-Karim yang memuliakan kaum wanita dengan memberi keadilan kepadanya selaku seorang insan wanita dan anak perempuan! serta keadilan sebagai isteri, ibu, ahli masyarakat dan pelbagai post wanita dalam masyarakat itu sendiri pula.

Pada masa sama maasih kedengaran ada di kalangan orang Islam yang masih lagi menzalimi kaum wanita sejak zaman berzaman. Mereka tidak memberikan keizinan kepada wanita untuk menuntut ilmu agama malah tidak juga membenarkan mereka bekerja mencari nafkah kehidupan di dunia. Mereka juga tidak diizinkan keluar rumah untuk pergi ke rumah-rumah Allah (masjid) untuk beribadah ataupun menuntut ilmu. Ada juga di antara mereka yang dipaksa mengahwini orang yang mereka benci.

Begitujuga mereka dipaksa untuk hidup terpenjara di rumah-rumah (dapur) mereka. Walau bagaimanapun perkara ini sebenarnya terkeluar dari batas agama Islam yang telah ditetapkan. Hal seperti ini terjadi kerana manusia sebegitu masih lagi tidak memahami agama Islam yang sebenarnya. Namun begitu, adalah tidak tepat sekiranya ada pihak menghukum kesemua orang Islam itu menganiyai wanita. Sebaliknya ada juga di antara orang-orang Islam yang tidak berbuat demikian malah menjaga dan membela wanita.

Diharapkan saya dapat menerangkan apakah pendirian agama Islam yang sebenarnya berkaitan dengan kaum wanita. Saya telahpun menyentuh beberapa isu yang penting mengenai wanita di dalam dua kitab saya yang lepas iaitu : Al-Halal Wal-Haram dan kitab Fatwa Terkini (dalam dua juzuk).

Akhirnya semoga para pembaca sekalian mendapat satu mutiara yang berharga di dalam kitab ini, dengan seribu pengharapan agar mutiara-mutiara tersebut mampu menerangi jalan menuju kebenaran. Segala apa yang benar datangnya daripada Allah swt. Kepada-Nyalah saya berserah dan kepada-Nya jua saya akan dikembalikan.

Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Siti Fatimah Ahmad
    Nov 17, 2009 @ 01:39:44

    ASSALAAMU’ALAIKUM..

    KEPADA SAHABATKU… SAMBUTLAH UCAPAN DARIKU. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI PERTEMUAN YANG BESAR. JARI SEPULUH KU SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAHABATAN KITA.

    SALAM DUNIA, SALAM SEMUA, SALAM HARI RAYA EIDUL ADHA DAN SALAM PERPISAHAN “BERJARAK” DARI SAYA DI BANGI, MALAYSIA.

    Sori, lama dah tak ke sini.. nampak menarik sikit blognya. cerah.

    -SITI FATIMAH AHMAD-

    IR: syukran usth atas ziarah. dlm sibuk2 dgn tesis pun masih dpt jenguk blog ni. dah x lama nk masuk kerja semula. hehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: