1. Wanita seorang manusia

Kedatangan Islam telah membawa era perubahan kepada kaum wanita. Pun begitu, masih ada dalam kalangan manusia yang mengingkari kemanusiaan wanita. Satu pihak yang lain pula mengutuk dan mencela wanita. Kalaupun ada yang menerima kemanusian wanita, tetapi golongan ini menganggap wanita dijadikan untuk berkhidmat kepada kaum lelaki semata-mata.

Ajaran Islam, memang signifikan dan telah menjadi kelebihan kerana agama ini menganjur sikap menghormati wanita, mengiktiraf kemanusiaan mereka seta mengakui hak mereka daripada segi kewajipan, tanggungjawab bahkan hak menerima pembalasan daripada Allah SWT, sama ada balasan baik yang berupa syurga yang dipenuhi nikmat, ataupun balasan buruk berupa neraka yang dipenuhi azab berdasarkan amalan mereka di dunia.

Islam menganggap wanita adalah insan istimewa, mulia dan hak mereka adalah sama sebagaimana hak lelaki. Kerana mereka (lelaki dan wanita) adalah berasal daripada rumpun yang satu, mereka adalah bersaudara yang berbapakan Adam as serta beribukan Hawwa’ as. Oleh yang demikian, pada dasarnya lelaki dan wanita adalah sama daripada segi asal keturunan, sifat-sifat kemanusiaan, kewajipan, tanggungjawab, pembalasan dan halatuju.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam as), dan yang menjadikan daripada (Adam as) itu pasangannya (isterinya Hawwa’), dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya -zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Semua manusia, lelaki maupun wanita telah dijadikan oleh Allah SWT bermula daripada diri yang satu. Kemudian daripada diri inilah dijadikan pula pasangannya untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 189 yang bermaksud: Dialah (Allah SWT) yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu, dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya, untuk bersenang hati dan hidup mesra antara satu dengan yang lain.

Kemudian Allah membiakkan pula daripada keluarga yang satu ini, lelaki dan perempuan yang banyak. Mereka semua adalah hamba kepada Tuhan Yang Esa. Mereka juga merupakan anak-anak kepada ayah dan ibu yang satu, oleh itu mereka semua adalah bersaudara. Kaum lelaki merupakan saudara kepada kaum wanita begitu sebaliknya wanita adalah saudara perempuan kepada lelaki. Tali persaudaraan itulah yang menjadi pengikat antara mereka semua.

Perkara ini diperkuatkan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Saidatina Aishah ra yang bermaksud: Adapun wanita itu merupakan saudara perempuan bagi laki-laki.

Suntingan dan terjemahan daripada buku ‘al-Mar’ah’ karangan Dr Yusuf al-Qardhawi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: