Penulis buku teks diperlukan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Suka ana panjangkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membuka peluang dan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun 1 untuk kegunaan mulai tahun 2011. Iklan tersebut didapati pada akhbar tempatan seperti berikut:

1. Berita Minggu dan Mingguan Malaysia pada hari Ahad 15 November 2009
2. Utusan Malaysia pada hari Rabu 18 November 2009

Tawaran dibuka kepada calon-calon penulis yang berkebolehan, berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat bagi menulis pakej buku teks mata pelajaran KSSR Tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 yang dipertanggungjawabkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Calon-calon penulis dipelawa untuk menulis pakej buku teks mata pelajaran KSSR Tahun 1 berikut:

  • Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 1
  • Bahasa Inggeris SK/SJK Tahun 1
  • Bahasa Arab tahun 1
  • Pendidikan Islam Tahun 1
  • Pendidikan Moral SK Tahun
  • Pendidikan Jasmani SK Tahun 1
  • Matematik SK Tahun 1
  • Diri Saya SK Tahun 1 (Pend. Kesihatan)
  • Malaysia Negaraku Tahun 1
  • Dunia Sains dan Teknologi SK Tahun 1
  • Saya dan Seni SK Tahun 1

Syarat permohonan

  1. Penulis yang ingin menyertai program penulisan ini hendaklah daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.
  2. Penulis sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma atau ijazah dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan.
  3. Penulis mestilah mahir dan menguasai hal-hal berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran berkenaan.
  4. Penulis sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku atau hasil penulisan yang telah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlulah disertakan sebagai bukti hasil penulisan.
  5. Penulis sebaik-baiknya mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitannya dengan mata pelajaran berkenaan.
  6. Penulis dipilih mestilah sanggup menulis satu pakej buku dalam mata pelajaran berkenaan.
  7. Penulis mestilah sanggup serta berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan
  8. Penulis mestilah sanggupmematuhi peraturan, jadual dan arahan daripada penerbit dari semasa ke semasa.
  9. Penulis mestilah sanggup memberikan kerjasama bagi menjayakan penulisan dan penerbitan buku ini dan boleh bekerja sebagai satu pasukan.
  10. Penulis mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.
  11. Penulis tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penulis yang tidak hadir bengkel boleh digugurkan daripada program penulisan ini.
  12. Penulis yang sedang menulis buku teks KSSR/KBSR/KBSM untuk kegunaan tahun yang sama (tahun 2011) tidak layak menyertai program penulisan ini.
  13. Penulis yang terpilih menulis pakej buku teks KSSR ini akan tertakluk kepada peraturan, jadual serta arahan daripada pihak DBP dan BBT. KPM dari semasa ke semasa.
  14. Penulis bukanlah daripada pasangan suami isteri
  15. Segala urusan dan kos bagi menyediakan bab contoh dan menghadiri taklimat, mesyuarat atau bengkel yang berkaitan dengan penulisan buku teks ini adalah atas tanggungjawab penulis sendiri.
  16. Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Pegawai KPM dari Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum tidak dibenarkan menyertai program penulisan ini.

Dokumen mengenai program penulisan ini boleh diperolehi dari DBP mulai 16 hingga 21 November 2009. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara memohon, ganjaran (hadiah wang tunai dll) yang ditawarkan, tarikh taklimat di DBP dan sebagainya, sila klik di sini untuk download contoh iklan DBP dari akhbar-akhbar tempatan.

Sekian, harap maklum.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. bluethunderheart
    Nov 17, 2009 @ 23:10:58

    salam kunjungan perdana kawan
    salam hangat sellau
    Met lebaran haji y

    IR: makasih atas kunjungan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: