Wanita bukan penghasut

Firman Allah SWT (al-Ahzab:35) yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang lelaki muslim serta orang-orang perempuan muslimah, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang berzikir kepada Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang berzikir kepada Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya (orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan tersebut) keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah berkenaan telah menjadi dalil yang menunjukkan persamaan antara lelaki dan wanita daripada segi tanggugjawab, beramal dengan agama dan tuntutan beribadah secara keseluruhannya.

Begitu juga daripada segi tuntutan dalam kehidupan bermasyarakat, Islam menganjurkan lelaki dan wanita memainkan peranan masing-masing sebagaimana Firman Allah (al-Tawbah:71) yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh (manusia) berbuat kebaikan dan melarang (mereka pula) daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya; mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Persamaan lelaki dan wanita dalam melaksanakan perintah Allah ini (berbuat yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang) bermula kepada Nabi Adam as dan isterinya Hawwa. Firman Allah (al-Baqarah:35) bermaksud: Dan Kami memerintah: Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu dalam Syurga, dan makanlah daripada daripada makanannya sepuas-puas, apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan jangalah kamu berdua hampiri (memakan) pokok ini. (Jika kamu menghampirinya) maka jadilah kamu daripada golongan orang-orang yang zalim.

Kemudian al-Quran menceritakan bahawa perbuatan ‘menghasut’ itu dinisbahkan kepada Syaitan, bukannya kepada Hawwa (sebagaimana yang diceritakan oleh sumber agama Yahudi). Firman Allah (al-Baqarah:36) bermaksud: Setelah itu, Syaitanlah yang menggelincirkan mereka berdua (dengan hasutannya) dari Syurga yang menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya.

Begitu juga al-Quran menceritakan bahawa, Hawwa tidak tidaklah keseorangan (melakukan kesalahan dengan) memakan buah al-khuldi yang dimaksudkan dalam ayat di atas tadi, bahkan Hawwa juga tidak memulakannya. Sebaliknya kesalahan berkenaan merupakan kesalahan bersama. Oleh yang demikian mereka berdua bertaubat kepada Allah. Firman Allah (al-A’raf:23) bermaksud: Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiyai diri kami sendiri,dan kalau Engkau tidak memaafkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami terdiri daripada orang-orang yang rugi.

Bahkan, ada ayat yang menisbahkan kesalahan tersebut kepada Adam as semata-mata. Firman Allah (Taha:115) maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah berpesan kepada Adam pada masa lalu, tetapi dia lupa; dan Kami mendapatinya tidak mempunyai keazaman yang teguh.

Allah menyambung lagi dalam firmanNya melalui surah sama ayat 120 bermaksud: Setelah itu Syaitan membisikkan (hasutan) kepada Adam dengan berkata: Wahai Adam! mahukan aku tunjukkan kepadamu pohon yang akan menyebabkan engkau hidup selama-lamanya dan (memiliki) kekuasaan yang tidak akan hilang?.

Seterusnya pada ayat 121 Allah berfirman yang bermaksud: Dan dengan itu, derhakalan Adam kepada tuhannya lalu dia tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Dengan demikian, maka ayat al-Quran seterusnya (ayat 122) menisbahkan taubat hanya kepada Adam as seorang sahaja. Firman Allah yang bermaksud: Kemudian tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat) lalu Allah menerima taubatnya serta dia diberi petunjuk.

Ayat-ayat al-Quran ini jelas menunjukkan asal kesalahan datangnya daripada Adam as sendiri, manakala isterinya (perempuan) hanya sebagai pengikut.

Walaubagaimanapun, kesalahan Hawwa (sekiranya Hawwa melakukan kesalahan) tidak dibawa dan tidak dipikul oleh anak-anaknya (perempuan), tetapi sebaliknya kesalahan tersebut hanya dinisbahkan kepadanya sahaja. Anak-anaknya tidak akan menanggung kesalahan tersebut kerana (dalam Islam) tidak ada sesiapa yang akan menanggung kesahalan (pekerjaan) orang lain.

Hal ini jelas telah ditegaskan oleh Allah melalui firmannya (al-Baqarah:134-135) bermaksud: Mereka itu adalah umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertangungjawabkan) tentang apa yang telah mereka kerjakan.

Terjemahan dan suntingan daripada buku al-Mar’ah karang Yusuf al-Qardhawi

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. ana muslimah
    Nov 25, 2009 @ 13:41:41

    salam akhi,leh ana tau ape yg sebenarnya dikaitkan dgn ukhwah?

    IR: w’salam. ukhuwwah ialah ikatan tali persaudaraan. ia diambil dr perkataan arab ‘akh’ bermaksud saudara. ukhuwwah fillah pula ikatan persaudaraan yg dikaitkn dgn Allah, iaitu berdasarkan keikhlasan dan hanya mengharapkan keredhaan Allah melalui hubungan persaudaraan tersebut, bukannya material dan jauh sekali manfaat dunia. wallahu aklam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: