Keputusan UPSR hari ini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Masa datang ambil Bassyar kat sekolah dia tadi, ana tengok suasana berlainan daripada hari-hari biasa. Selalu dekat kantin itulah ana selalu jemput Bassyar. Hari ini ramai pula budak-budak sekolah kat situ. Cikgu-cikgu pun ramai yang lalu lalang dan pusing-pusing area kantin. Baru ana sedar, hari ini keputusan UPSR diumumkan. Budak-budak yang nampak besar-besar daripada Bassyar itu mungkin murid-murid tahun enam yang baru sahaja dapat keputusan mereka.

Kelihatan ada yang mundar-mandir, ada sekelompok bergembira dan tersenyum senyum sambil membawa slip ke kerete tempat ibu atau ayah mereka datang jemput. Ana dulu, datang ke sekolah dan pulang ke rumah jalan kaki saja. Budak-budak zaman sekarang ni datang berhantar, pulang pula berjemput. Kebanyakan dengan menggunakan kereta. Ada jugalah dua tiga kerat yang menggunakan motorsikal.

Dalam keriuhan suasana ceria dan kegembiraan sebilangan besar murid-murid yang ambil keputusan itu, ana lihat ada dua tiga orang duduk menyendiri. Menangis dan muka masam mencuka. Mungkin dalam hati menyimpan perasaan gerun atau malu atau serba salah kerana keputusannya tidak seperti jangkaan. Mungkin. Ana pun tidak tahu. Cuma yang terzahir, ada juga pemandangan berduka cita dan duduk terasing daripada kumpulan rakan-rakan lain.

Semasa menunggu Bassyar tiba ke kereta, dalam hati ana terdetik juga. Apalah keadaan atau situasi Bassyar nanti apabila dia datang menerima keputusan UPSRnya. Ah, sebenarnya masih terlalu awal untuk ana berfikiran sejauh itu barangkali. Bassyar baru di darjah satu. Semalam Bassyar bagitau, dia dapat no. 8 sahaja. Pun begitu ana ucapkan tahniah juga padanya kerana peperiksaan pertengahan tahun baru ni Bassyar dapat no. 14. Ada peningkatan.

Ya lah, kalau ingat-ingat zaman ana dulu-dulu. Masa sekolah rendah, ana pernah dapat no.22. Itu keputusan peperiksaan pertama dalam hidup ana, iaitu ketika dalam darjah satu juga. Kalau tak silap, ana dulu duduk dalam darjah 1B. Kemudian masuk darjah dua baru dapat duduk kelas A.

Bassyar dulu masa mula-mula masuk sekolah, duduk kelas 1 Jujur (kalau dulu 1C). Sebabnya ana lewat daftar. Seminggu nak buka sekolah baru ana daftarkan dia masuk sekolah. Sibuk sangat dengan urusan sendiri (masa tu baru nak mula masuk UKM untuk sambung MA). Tapi nasib baik, selepas seminggu bersekolah, cikgu adakan ujian penempatan semula. Bassyar dapat masuk kelas 1 Amanah (1A lah kalau dulu). Eh, sama lah, 1A juga.

Apa-apa pun, semoga anak-anak akan mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih sempurna dari kita, ibu bapa mereka. Semoga mereka menjadi penyejuk mata orang tuanya, dan juga sebagai penerus amal soleh yang menjadi bekalan setelah tiada. Tidak kiralah, apa pun keputusan peperiksaan yang diperolehi, yang penting nilai kemanusiaan itu ada dalam diri anak-anak. Kalau dapat keputusan elok, itu adalah bonus.

Ana dulu-dulu (masa sekolah), asal saja jumpa orang-orang tua, mereka selalu pesan “mu mengaji, biar jadi orang”. Masa tu, ana selalu fikir, apakah kita ini belum lagi menjadi orang? Kalau bukan orang, apakah binatang kita ini? Cuma bila besar-besar, dan mengaji tinggi-tinggi (sebenarnya tak tinggi manapun lagi), barulah ana mengerti maksud pesan orang-orang tua kepada diri ana dulu. Mereka ingin ana menjadi manusia yang memiliki nilai kemanusiaan.

Kerana mereka orang tua, mungkin pada pengamatan mereka, ada manusia yang bila dah mengaji tinggi, dapat keputusan bagus, ada nama dan telah menjadi seseorang yang mungkin ada nama, tetapi mereka tidak “menjadi orang”. Yakni tiada sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Segala tindak tanduk, adalah mengikut dorongan dan lorongan hawa nafsu. Firman Allah (al-A’ra:179, al-Furqan:44) yang bermaksud “Mereka adalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka terlebih sesat lagi daripada itu”.

Na’uzubillahi min zaalik. Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. ADieb
    Dis 10, 2009 @ 13:26:52

    nice…!

    IR: welcome 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: