Haji gambaran kepada mati

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kemungkinan besar, pada hari ini ramai para khatib yang memilih untuk berkhutbah dengan tajuk yang ada kaitan dengan ibadah haji. Mimbar masjid kampung ana juga tidak ketinggalan memilih tajuk sama untuk dibicangkan dan diambil iktibar serta renungan oleh para jemaah yang hadir.

Inilah antara isi kandungan khutbah hari ini yang sempat ana rakamkan dalam minda dan sempat pula ana titipkan di sini untuk perberkongsian kita bersama, InsyaAllah.

Khatib berpesan melalui khutbahnya bahawa pergi menunaikan ibadah haji ke Mekah adalah dan boleh diibaratkan sebagai proses kematian bagi setiap insan itu sendiri. Fakta-fakta yang dikongsikannya adalah seperti berikut:

  1. Pergi haji adalah menyahut seruan Allah, dan mati juga adalah kerana jemputan Allah. Bezanya hanya jika ibadah haji ditunaikan oleh mereka yang berkemampuan daripada segenap segi, mati pula tidak pernah mengambil kira sama ada seseorang itu bersedia ataupun tidak. Jika ia datang, maka manusia berkenaan akan berhadapan dengan kematian.
  2. Pergi haji memerlukan persediaan daripada segi mental, fizikal dan kewangan. Begitu juga mati memerlukan persediaan daripada segi amal ibadah yang diterima Allah.
  3. Pergi haji memaksa seseorang itu meninggalkan keluarganya, hartanya, pangkat serta kedudukannya dalam masyarakat. Begitu juga, kematian memisahkan seseorang daripada keluarganya yang disayangi, hartanya yang dikumpul, serta pangkat dan kedudukannya yang sentiasa dikejar.
  4. Apabila pergi menunaikan haji, seseorang perlu memakai pakaian ihram yang tidak berjahit (bagi lelaki). Ini adalah gambaran orang yang mati akan dikafankan dengan kain putih yang juga tidak berjahit.
  5. Apabila pergi haji, sanak saudara dan rakan serta sahabat akan mengiringinya (kalau kini) hingga ke lapangan terbang. Atau ke pusat perkumpulan jemaah haji seperti di Kompleks haji di Kelana Jaya. Begitu juga, apabila seseorang itu mati, jenazahnya akan dihantar ke perkuburan dan kekallah jasadnya di sana sehingga dikehendaki oleh Allah.
  6. Menaiki kapal terbang menuju ke tanah suci itu adalah ibarat roh seorang yang telah meninggalkan jasadnya, naik ke langit untuk berjumpa dengan Allah.
  7. Apabila sampai di Mekah, ia akan menunaikan tawaf qudum (selamat datang) dengan mengelilingi Kaabah yang mulia serta diiringi pengharapan kehadirannya itu diterima oleh Allah SWT yang juga telah mengizinkannya sampai ke situ. Begitu juga kematian akan menyampaikan roh seseorang ke hadapan Allah, sama ada ia diterima dengan amalan solehnya ataupun ia ditolak kerana dosa-dosanya atau perbuatan syiriknya kepada Allah. (Nauzubillah min zaalik).
  8. Pada hari ke-9 zulhijjah, jemaah haji akan berkumpul untuk wukuf (berada walaupun seketika) di sebuah padang luas yang diberi nama Padang Arafah. Ini adalah gambaran setiap orang yang mati akan dibangkitkan semula dan akan dihitung amalannya di padang yang amat luas iaitu Padang Mahsyar di akhirat kelak.
  9. Setelah itu, jemaah akan berarak menuju muzdalifah. Ini adalah gambaran manusia akan berarak menuju titian sirat al-mustaqim pada hari akhirat. Di sinilah yang akan memisahkan di antara orang mukmim dengan yang kufur.
  10. Setelah itu jemaah haji akan mengerjakan ibadah melontar jamrah. Ini adalah rakaman kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail as yang melontar Syaitan yang ingin menghasut keduanya agar tidak melaksanakan perintah Allah. Begitu juga, apabila manusia meniti titian sirat al-Mustaqim, Iblis, Syaitan, para kuffar dan munafiq yang telah terjerumus ke dalam neraka akan mengait-ngait kaki orang-orang Islam semasa mereka meniti. Hanya orang-orang yang beriman terselamat daripada terkena jolokan Iblis dan sekutunya seterusnya mereka berjaya menuju masuk ke Syurga Allah.
  11. Ibadah terakhir yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji adalah bercukur rambut. Amalan ini akan membebaskan mereka daripada segala larangan semasa mereka memakai ihram. Ibadah ini adalah gambaran kemerdekaan ahli Syurga apabila mereka berjaya melepasi titian sirat dan masuk ke Syurga Allah yang dilimpahi dengan nikmat-nikmat yang tidak pernah dilihat, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas dalam hati-hati mereka.
  12. Akhirnya, orang yang dikurniakan Allah dengan haji yang mabrur, akan pulang ke pangkuan keluarga seperti keadaan hari pertama ia dilahirkan daripada kandungan ibunya. Yakni putih bersih dengan tidak ada secalit dosa pun. Begitulah ibaratnya orang-orang yang Allah redha, di akhirat mereka kembali dengan segala keindahan dan penerimaan Allah yang menempatkan mereka di tempat yang sangat sejahtera, iaitu Syurga Allah. Mereka memohon nikmat yang paling lazat iaitu melihat zat Allah yang Maha sempurna, Maha Agung lagi Maha Kaya.

Semoga kita semua diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengerjakan haji semasa hayat ini. Dapatlah kita menghayati sendiri segala isi khutbah yang didengari hari ini. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah, keselematan dan kesihatan untuk membolehkan kita merealisasikan impian tersebut. Dan semoga segala amalan kita diterima dan diberi ganjaran yang baik. Dan sebaik-baik ganjaran adalah Syurga Allah yang dipenuhi nikmat-nikmat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Wallahu aklam.

p/s: Tulisan ini didedikasikan kpd mak dan ayah yg menunaikan haji pada 2009. Ya Allah! rahmatilah (kasihan belaslah) kepada kedua ibubapaku sebagaimana mereka berdua kasihan belas kepada hambamu ini semasa aku masih kecil dahulu. Amien ya Rabbal alamin.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. bluethunderheart
    Nov 20, 2009 @ 22:37:11

    malam
    blue senang membaca postinganmu bang
    salam hangat selalu

    IR: alhamdulillah. baca2 dan komen2 lah selalu. kalau ada silap, blh ditegurin jg

    Balas

  2. khairi
    Nov 25, 2009 @ 10:44:08

    salam…semoga mendapat rahmat seluruh rakyat di malaysia dan mendapat haji mabrur seluruh umat di makkah..wassalam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: