Hari arafah

Pada hari ini Aku (Allah SWT) telah sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu, dan Aku telah sempurnakan ke atas kamu segala nikmatKu, dan Aku telah redha (merestui) bagi kamu (hanya) ISLAM sebagai agama (surah al-Ma’idah:3)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ketika mengerjakan haji wada’ (haji penghabisan atau selamat tinggal), maka turunlah ayat di atas. Para ulama telah bersepakat bahawa ayat tersebut merupakan ayat al-Quran terakhir diturunkan ke atas Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa surah Al-Ma’idah ayat 3 ini diturunkan sesudah waktu Asar, hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji Nabi yang penghabisan (Wada).

Pada masa itu Rasulullah SAW berada di padang Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun, Rasulullah SAW tidak begitu jelas mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta tersebut pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu (untuk menyampaikan wahyu)”

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah menyempurnakan manasik al-Haj (urusan menunaikan haji). Setelah selesai, Baginda terus pulang ke Madinah. Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. ketika di padang Arafah. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna!”

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sepuas-puasnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah Abu Bakar r.a. yang menangis itu telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuatkan kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah oula akan kekurangannya. Ketahuilah dengan turunnya ayat tersebut bahawa, ianya turut menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin akan menjadi yatim dan para isteri nabi akan menjadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis pula. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis  di hadapan rumah beliau.” Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah! Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. itu adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah itu, maka ia pun menangis  sehingga ia jatuh pengsan. Sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis tersedu sedan. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahupun yang di laut turut menangis.

Ada pelbagai riwayat yang menyatakan tempoh hayat Rasulullah SAW selepas turunnya ayat tersebut. Ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari, ada yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan ianya cuma 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah SAW, beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat. Lalu berkumpullah para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah SAW. Kemudian Baginda SAW menunaikan solat dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinNya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih dan sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membuat tuntutan berkenaan saya sebelum saya dituntut di hari akhirat.”

Rasulullah SAW berkata demikian sebanyak tiga kali. Kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku, ya Rasulallah! kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.”

Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya telah bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, dan pada masa sama juga saya pun anda pukul. Ia telah terkena pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hanya hendak memukul unta?”

Rasulullah SAW menjawab: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.”

Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau.”Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk men’qishash’ Rasulullah itu?. “Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun segera membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.”

Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: “Wahai “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah, oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu men’qishash’ Rasulullah! “Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”

Setelah itu Hasan dan Husin pula bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu-cucu Rasulullah SAW? Kalau kamu menqishash kami maka ia juga sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”

Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.. Allahu akbar.

Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun segera tampil menerkam lalu mencium badan Baginda Rasulullah SAW. Beliau seterusnya berkata; “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah! Siapakah yang sanggup memukul anda? Saya melakukan begini adalah sebab saya hanya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah itu dengan badan saya. Dan dengan itu semoga Allah menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, maka inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dengan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga.”

Sakrat al-Rasul

Apabila ajal Rasulullah SAW makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah isterinya, Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua, semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SAW.

Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumahku ini.

Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah SWT, kemudian  Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu barulah kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku.”

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: “Ya Rasulullah! anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam setiap pertemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara (urusan hidup) kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah pulalah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul?.

Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang telah terang lagi jelas, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat; yang satu daripadanya pandai berbicara manakala yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai berbicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan juga Hadis-ku. Manakala sekiranya hati kamu itumasih  berkeras maka lembutkan ia dengan mengambil pengajaran daripada (mengingati) mati.”

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah pun bermula. Ia berlaku dalam bulan safar. Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabatnya. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus (diputerakan) pada hari Isnin dan wafat juga pada hari Isnin.

Pada hari Isnin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat. Setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal r.a. pun memberi salam: “Assalaamualaika ya rasulullah!” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: “Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah didengari oleh Baginda Rasulullah SAW dan Baginda berkata; “Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.”

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.” Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. akhir-akhir ini selalu tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar yang kosong. Maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan lagi. Melihatkan peristiwa itu maka riuh rendah dalam masjid Nabi, sehingga Rasulullah SAW bertanyakan kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah! apakah yang telah berlaku?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Allahu akbar. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun menunaikan solat subuh terakhir berkenaan bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan akan meninggalkan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan ia juga hari terakhir aku di dunia.”

Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail: “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT itu, maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: “Assalaamu alaikum yaa ahli bait al-nubuwwati, wa adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi, bolehkan saya masuk?”

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah dan Baginda Rasulullah SAW bertanya kepada Falimah r.a.: “Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu?” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggilmu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa menggigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah SAW berkata; “Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah; “Tidak ayah.” Rasulullah SAW berkata: Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala nafsu syahawat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya itu akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku yang akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah SAW pun menjemput malaikat lzrail masuk.

Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa’alaika al-salam, wahai lzrail. Engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, dan semua para malaikat sedang memuliakan dia.”

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat dengan kepala Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: “Ya aku memang tahu.” Rasulullah bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah”. Berkata Jibril a.s.: “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”

Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”

Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya. Apabila roh Rasulullah SAW sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Apabila roh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu, agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan Allah ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir nafasnya, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya telah meletakkan telinga saya kepadanya. Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku! umatku.. la ilaha illa Allah!..”

Tamat kisah Rasulullah SAW..

Semoga kita semua mendapat pengajaran daripadanya. MasyaAllah! sayang sungguh Nabi Muhammad kepada umat-umatnya. Sayangkah anda pula kepada Rasulullah SAW? Jelmakanlah kasih sayang anda kepada junjungan mulia Rasulullah SAW, kekasih Allah dengan selalu berselawat ke atas baginda. Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa ashabihi wasallam.

Pada hari ini, hari Arafah yang mulia, sedang berada di sana kedua ibubapaku sedang bermunajat kepada tuhannya. Semoga Allah mempermudahkan kedua-duanya dan menerima kehadiran kedua ke bumi berakat, bertuah dan sarat dengan sejarah dan pengajarannya itu.

Pada hari ini maka telah terkabullah doa seorang anak yang juga telah berada di hari Arafah pada tahun 1994 “Wahai Allah, sebagaimana engkau telah sampaikan aku untuk memijak tanah ini, dan bermunajat kepadamu di sini, dan mengambil pengajaran daripada kisah-kisah sejarah yang berlaku hari ini, maka engakau sampaikanlah juga ibuku yang telah melahirkan aku, juga bapaku yang telah bekerja keras menyekolahkan aku sehingga aku mengenalimu, Wahai Allah tuhan yang Rahman, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Engkau kasihanilah kedua orang tuaku sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil, tidak tahu apa-apa dan amat memerlukan keduanya (pada semasa kecil) dahulu”

Amien, ya Rabbal alamin.. Hajjan mabrur, wa sa’yan masykur, wa tijaratan lan tabur..

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online
  2. salbiah suleiman
    Nov 03, 2011 @ 11:16:20

    Assalam akhi..syukran atas perkongsian kisah Rasulullah ini…Sebelum ini ana telah banyak kali membaca kisah ini tapi betapa agungnya insan mulia ini…setiap kali ana menghayati kisah ini…sebak rasanya hingga tidak perasan mengalir air mata kesedihan…Betapa kerdilnya kita sebagai umat kekasih ALLAH ini…moga rohnya sentiasa dalam kerinduan kita semua…dan perbanyakkan selawat untuk baginda…..

    W’salam.. syukran jg atas kunjungan.. alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman.. tanpa Rasulullah SAW, kita kekal dlm kegelapan.. selawat atas baginda.. insyaAllah kita selaku umat baginda adalah pewaris agama dan tanggungjawab2nya.. alngkah berat utk dipikulkan.. semoga mendapat inayah Allah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: