Selamat hariraya aidiladha

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas daripada: IbnRajab dan seisi keluarga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Di kesempatan ini dan melalui ruang dan peluang yang ada, ana ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Hariraya Aidiladha teristimewa kepada ayah bonda tercinta, isteri tersayang, anak-anak yang dikasihi; Aidi Bassyar, Afifah Humaira dan Akrimy Mathwa, kakak-kakak dan adik-adik perempuan ana. Ucapan ini juga dipanjang kepada ipar-ipar, sanak-saudara, sepupu-sepupu dan kaum kerabat yang sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja ada ter’view’ entry ana di blog ini.

Seterusnya ucapan mulia ini ana tujukan kepada rakan-rakan, sahabat seperjuagan di mana jua anda berada dan juga teristimewa semua pengunjung blog IbnRajab Online yang setia dan memberi sokongan sama ada mengenali ana secara nyata mahupun hanya di alam maya ini. Maaf zahir dan batin serta dengan iringan doa semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang baik untuk kesejahteraan hidup kita di dunia ini sehingga kehidupan di akhirat yang kekal abadi. InsyaAllahu Taala.

Pada kesempatan ini juga, suka ana menyenaraikan beberapa perkara yang sunat diamalkan bagi menyambut atau meraikan hariraya sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat agama kita, Islam yang maha suci.

  1. Bertakbir raya; ianya bermula pada malam ini (khamis 26.11.2009 bersamaan 9 zulhijjah 1430H) dan tamat sebelum tenggelam matahari hari tasyrik yang ketiga iaitu hari Isnin 30.11.2009 bersamaan 13 zulhijjah 1430H. Sesetengah ulama menyatakan boleh dimulakan takbir seawal selepas subuh hari arafah (selepas subuh pagi tadi) dan berakhir dengan takbir selepas solat fardhu Asar hari tasyrik yang ketiga (Isnin ini).
  2. Mandi sunat hariraya pada 10 zulhijjah (pagi esok)
  3. Memakai pakaian (termasuk perhiasan yang diharuskan) iaitu yang paling baik, paling cantik dan paling bersih yang kita ada
  4. Memakai bau-bauan yang harum
  5. Menghadiri dan mengerjakan solat sunat hariraya secara berjamaah
  6. Pergi dan kembali ke masjid/surau untuk solat hariraya menggunakan jalan yang berbeza
  7. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
  8. Memperbanyakan doa. (spt ucapan selamat hariraya, mendoakan semoga Allah menerima amalan dsb)
  9. Ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk mengeratkan silaturrahim. Paling baik pulang menziarahi orang tua dan sanak saudara sekiranya mereka masih ada
  10. Melakukan ibadah sembelihan korban dan mengagihkan daging korban
  11. Jika tidak mampu, sunat menghadirkan diri untuk menolong mereka yang melakukan ibadah sembelihan korban

Selain itu, sukacita ana mengambil kesempatan ini memohon jutaan kemaafan sekiranya apa yang tercatat dalam blog peribadi ana ini telah sedikit sebanyak melahirkan perasaan yang tidak senang atau mengganggu fikiran para pembaca budiman. Sesungguhnya, bukan tujuan ana menulis untuk memperkatakan atau memburukkan sesiapa, malah segala yang tercatat di sini adalah mungkin dari cetusan ilmu yang sedikit, atau daripada pengalaman peribadi yang tidak ada sama sekali kaitan dengan mana-mana pihak.

Begitu juga, kepada sesiapa yang mengenali ana secara nyata, dan ada terbaca entri ini, ana juga memohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan kita ada tercalit kesalahan atau salah laku yang berpunca daripada pihak diri ana yang maha lemah ini. Sesungguhnya mungkin ia terjadi dengan tidak sengaja kerana tidak pernah terniat di hati ana untuk menyakiti mana-mana hati orang lain. Menyakiti orang yang ana kenali, sahabat, rakan, sanak saudara atau adik beradik sekalipun, adalah ana anggap lebih teruk daripada menyakiti diri ana sendiri.

Sekali lagi, ana mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. Taqabbalallah Salih Amalana. Insyallah..

Wassalam

Klik untuk membaca ucapan salam aidiladha 2007 dan 2008.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. Siti Fatimah Ahmad
    Nov 27, 2009 @ 22:09:08

    Assalaamu’alaikum

    Hadir untuk seketika bagi merehatkan minda, tesis saya dah nak selesai… abstrak dan submit.. tunggu serah buku sahaja lagi. Blog walking ni untuk lepas rindu jalan-jalan ke blog teman.

    Ada post baru kat laman saya, datanglah berkunjung. lama dah tak menulis ni. Minggu depan mungkin mulai aktif lagi menulis nih.

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Mudahan ayahbunda di makkah akan dapat haji yang mabrur. Salam buat isteri dan anak-anak di rumah. Salam mesra dari Bangi.

    IR: w’salam.. terima kasih usth, sudi singgah.. bz sket raya nih 🙂

    Balas

  2. Trackback: Selamat Hari Raya Aidil Adha « IbnRajab Online
  3. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: