Kesihatan mental

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sehari dua ni, ana kerap berkunjung ke klinik. Maklum saja musim tengkujuh mudah pula anak-anak terkena demam tiba-tiba, sakit perut, selesema, batuk dan macam-macam dugaan. Kadang-kadang ada juga suara masuk ke telinga ana “macam tu lah dulu, nak tunggu anak-anak besar, macam-macam macam ni lah, demam, menangis, bergurau berlebih-lebih, bergaduh sana-sini, hingga mencabar minda mak ayah”.

Ana akur dengan pengakuan ikhlas sebegitu. Iyalah, kalau anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu, setelah besar dan dapat pula berbuat bakti kepada orang tua, alangkah berbaloinya. Tetapi sekiranya anak-anak yang dipelihara dengan baik, dijaga makan minum mencukupi, dihantar belajar tinggi-tinggi, sakit demam anak diperhati, tiba-tiba bila sudah besar, sudah punyai kehidupan sendiri, ibu ayah bukan sahaja dilupai, malah ada yang sanggup… (anda bebas untuk menyambung ayat-ayat ini)

Bukan itu yang ingin ana ceritakan pada masa ini di sini. Kerana seingat ana, ada dua tiga sudah cetusan idea berkaitan isu ibu bapa yang ana coretkan di blog kecil ini. Anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Sambil-sambil menunggu giliran anak dipanggil untuk menerima rawatan, suka ana sahut kempen dan seruan kerajaan, bahkan ia juga dah lama jadi agenda agama sebenarnya, iaitu “membaca”. Ana perhatikan banyak juga risalah-risalah atau pamplet kesihatan di klinik ni, yang nampaknya masih tersusun rapi dan banyak  yang masih elok seperti tidak pernah disentuh sejak hari pertama ia berada di tempatnya itu.

Berikut inilah perkongsian apa yang ana telah baca..

SAYA DAN KESIHATAN MENTAL

Saya mempunyai kesihatan mental yang baik, kerana saya..

A. Merasa senang dengan diri saya, iaitu saya boleh

  • menghormati diri sendiri
  • bersikap realistik
  • bertolak ansur
  • mempu menerima kekecewaan
  • boleh mengawal perasaan
  • mampu menghadapi sebarang situasi
  • menyukai kerja seharian

B. Merasa selesa dengan orang lain, iaitu saya

  • saling mempercayai
  • merasa diri sebahagian dari kumpulan
  • bertanggungjawab
  • memahami dan menghormati perbezaan di antara satu sama lain
  • tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain
  • jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan terhadap diri saya
  • mampu menyanyangi orang lain
  • menjalinkan hubungan yang baik dan berkekalan

C. Mampu menghadapi cabaran seharian, kerana saya

  • menggunakan kebolehan sendiri
  • merancang masa depan sendiri dengan baik
  • menerima pengetahuan dan pengalaman baru secara terbuka
  • menetapkan matlamat yang sesuai
  • boleh menerima tanggungjawab
  • cuba mencari penyelesaian apabila berhadapan dengan masalah
  • sanggup membuat keputusan sendiri
  • berpuas hati setelah mengusahakan yang terbaik

Kesihatan mental yang baik adalah penting kepada saya, kerana ia:-

  1. Meningkatkan kualiti hidup saya
  2. Menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan diri saya
  3. Membolehkan saya menikmati kehidupan yang lebih bermakna

Jika saya mempunyai kesihatan mental yang baik, saya boleh mengelakkan masalah berikut:-

A. Diganggu oleh

  • Perasaan sedih dan putus asa tanpa sebab dalam tempoh yang berpanjangan
  • perasaan marah setiap masa
  • tangisan berterusan
  • keinginan bertindak balas dengan keterlaluan
  • rasa amat tidak berguna dan rasa bersalah
  • perasaaan bimbang yang keterlaluan
  • perasaan takut yang keterlaluan
  • perasaan seperti hilang kawalan ke atas fikiran

B. Mengalami perubahan ketara, iaitu

  • kemerosotan dalam pelajaran atau pekerjaan
  • hilang minat dalam aktiviti yang biasanya dinikmati
  • perubahan dalam tidur atau pengambilan makanan
  • mengelak kawan atau keluarga dan ingin selalu bersendirian
  • berangan berlebihan sehingga tidak dapat menghabiskan kerja
  • rasa tidak dapat menangani kehidupan
  • rasa seperti mendengar suara orang bercakap atau mengalami perlakuan yang tidak boleh diterangkan

C. Mendapati kemampuan saya dihadkan oleh

  • kurang tenaga
  • perasaan gelisah
  • bimbang diri akan disakiti atau menyakiti orang lain
  • tabiat melakukan sesuatu perkara berulang kali
  • daya fikir yang pantas sehingga tidak dapat mengikutinya
  • igauan

Saya perlu mengambil langkah-langkah ini untuk mencapai kesihatan mental yang baik, iaitu

(yang ini ana tambah sendiri dan suka ana dahulukan, iaitu

  • selalu beristighfar kepada Allah pada setiap masa
  • istiqamah dalam solat secara berjamaah, mengamalkan wirid tertentu spt ma’thurat
  • mengamalkan doa Rasulullah untuk hindari malas, murung, dukacita dsb itu)

A. Menyedari kemampuan diri

  • mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
  • menetapkan matlamat yang boleh dicapai
  • menerima kenyataan tentang sesuatu yang tidak boleh diubah

B. Berfikiran positif, iaitu

  • mengamalkan biacara diri yang positif  (“saya boleh..”, “saya akan cuba..”)
  • baik sangka pada setiap perkara

C. Memberi perhatian kepada perasaan sendiri, iaitu mempercayai bahawa

  • mendalami perasaan saya membolehkan saya memahami apa yang terjadi, apa yang saya kehendaki dan apa yang penting untuk saya
  • memahami perasaan saya dapat menyedarkan saya bila saya perlu mengambil berat ke atas diri saya seperti; mencari kawan apabila kesunyian, menangis sekiranya kesedihan, menyanyi dan tersenyum sekiranya saya gembira, walaupun saya boleh berpura-pura tetapi saya masih mempunyai perasaan (sunyi, sedih, sayang, takut dll)
  • adalah baik untuk meluahkan perasaan saya kerana memendam rasa hanya menambah tekanan kepada diri saya sendiri

D. Menangani kritikan dengan baik, iaitu saya faham bahawa

  • kritikan membina memberi maklumat tentang diri saya, sama ada saya; telah menyusahkan orang lain, menyebabkan mereka tidak menyukai tindakan saya
  • saya perlu mendengar kritikan dan membuat keputusan yang terbaik selepas itu
  • bila saya dikritik, saya akan menarik nafas panjang, berkata kepada diri agar bertenang
  • bila saya dikritik, saya tidak perlulah mempercayai setiap kenyataan yang dibuat ke atas diri saya, sebaliknya saya boleh memilih untuk membuat keputusan yang terbaik sama ada menerima atau menolak kritikan kerana saya lebih tahu mengenai diri saya sendiri

E. Berkata “tidak”

  • berkata tidak adalah seolah-olah memberi hadiah kepada diri saya. Ia memberi saya masa, hak, harga diri dan kebebasan
  • saya berhak untuk berkata “tidak” apabila ada orang lain mendesak saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, bersikap tidak jujur atau sesuatu yang bertentangan dengan prinsip hidup saya.
  • saya perlu bersikap tegas

F. Saya adalah saya

  • saya menerima kenyataan bahawa tidak semestinya semua orang menyukai saya
  • saya tidak perlu merasa sedih atau putus asa sekiranya ada orang tidak menyukai saya
  • saya tidak perlu mengikut kehendak orang kerana hanya ingin mereka menyukai saya

G. Merancang masa dengan bijak

  • senaraikan mengikut keutamaan perkara yang perlu dilakukan
  • peruntukkan masa yang sesuai untuk melakukannya

H. Membuat keputusan dengan bijak

  • mengetahui fakta secara jelas dan mendalam
  • mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu  perkara
  • melibatkan semua orang yang berkaitan dalam proses membuat keputusan

I. Menjarakkan perubahan dalam hidup saya, iaitu memberi masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas diri seperti tidak membeli kereta, berkahwin, membeli rumah dan bertukar kerja pada masa yang sama

J. Membina keluarga bahagia, iaitu dengan sikap

  • adil, baik, penyayang, mengambil berat dan menghormati kepada ahli dalam keluarga
  • memberi sokongan pada mereka yang memerlukan
  • memperuntukkan masa setiap hari untuk berbual, bermain atau bersantai bersama
  • menjadikan rumah satu tempat yang menggembirakan selepas seharian penat bekerja

K. Menjalin dan mempereratkan persahabatan

  • mempunyai kawan untuk berbual dan bergembira
  • hormati padangan mereka dan bersabar

L. Menyukai diri sendiri

  • tidak menjadi kesalahan untuk menyukai diri sendiri
  • menyatakan sesuatu yang baik kepada diri
  • boleh berhenti dari melakukan sesuatu yang tidak disukai
  • tidak perlu menyukai setiap orang dan setiap orang tidak perlu menyukai diri saya
  • melalukan sesuatu yang baik setiap hari sebagai hadiah untuk diri sendiri

M. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai, iaitu

  • tidak memendamkan semua masalah dan kebimbangan
  • tidak bersendirian malah boleh berbincang
  • percaya bahawa orang lain mungkin telah mengalami situasi yang sama dan boleh mencadangkan penyelesaian
  • mengamalkan nilai agama, moral dan cara hidup yang sihat

Wallahu aklam, sekadar perkongsian maklumat.. wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. bluethunderheart
    Dis 01, 2009 @ 18:33:26

    hmm,mestinya blue belajar banyak padamu bang
    salam hangta selalu
    blue selalu merasa senang mendapat postingan yang baik ini

    IR: terima kasih. selalulah berkunjung. ajak kwn2 skali 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: