Manfaatkan cuti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cuti-cuti Malaysia! Kini dah jadi “Cuti-cuti 1Malaysia” hehe, sekarang ni semua benda dah nak jadi 1. Alhamdulillah, moga-moga kita semua beriman kepada Tuhan yang 1, mengambil panduan dan perundangan Allah yang 1, mengikuti sunnah Rasulullah yang 1 dan terakhir itu, dan berjuang untuk hidup, mati, beribadah dan segala-galanya demi agama Islam yang 1 juga.

Sesungguhnya, manusia yang paling mulia antara kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya. (al-Quran al-kariem)

Bersempena musim cuti persekolahan ini, ana mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Bercuti” kepada semua pengunjung blog IbnRajab Online ini khususnya. Manfaatkanlah cuti anugerah Allah yang satu kepada anda buat masa ini. Manalah tahu, ini cuti terakhir yang dapat anda nikmati dan selepas ini tidak ada cuti dalam erti kata cuti yang difahami oleh orang-orang banyak hari ini.

Paling baik dilakukan pada musim cuti persekolahan ini ialah memastikan anak-anak agar tidak bercuti dari menerima ilmu. Bermula daripada ilmu al-Quran seperti mempastikan mereka mengaji al-Quran paling kurang sekali sehari. Lebih baik kalau dua kali sehari pada waktu pagi dan petang (malam). Kalau ibubapa itu adalah juga guru, ustaz dan ustazah lagi, maka pada masa cuti persekolahan ini, anda ada masa lebih untuk mempastikan hal ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Juga jangan lupa mengambil peluang masa-masa cuti begini untuk melakukan amalan sunnah iaitu saling ziarah menziarahi. Manalah tahu, ada dalam kalangan kaum keluarga (mungkin bapa saudara, sepupu, bapa sepupu) yang sudah lama tidak berjumpa mata. Mungkin ada juga dalam kalangan sahabat masa persekolahan dulu yang sudah lama terpisah, atau sahabat masa universiti atau sahabat yang pernah bekerja satu tempat dulu. Masa inilah kita mempereratkan semula tali silaturrahim berkenaan. InsyaAllah.

Elok juga membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang dapat memberi ilmu dan nilai tambah pengalaman kepada mereka semasa cuti begini. Al-Quran juga menggesa umatnya melakukan perjalanan ke temat-tempat yang membolehkan umatnya mengambil pengajaran terhadap kebesaran dan keagungan Allah. Di samping itu, tidak pernah ada pula gesaan al-Quran yang menganjurkan lawatan ke tempat-tempat yang boleh membuka ruang maksiat kepada diri, anak-anak ataupun keluarga.

Kalaulah semua yang di atas tadi tidak ada ruang untuk dilaksanakan, maka janganlah pula membiarkan usia anak-anak (dan orang tuanya juga) pada masa cuti ini hanya terbatas di hadapan TV yang dimuatkan dengan pelbagai program dan rancangannya itu. Siapa kata tidak boleh tengok TV? Namun, biarlah perbuatan itu memberi ilmu atau nilai tambah pengalaman. Yang perlu dielakkan adalah hiburan yang tersasar, yang melalaikan hingga melupakan ibadah kepada Allah dalam ertikata (konsep ibadah) yang luas.

Kepada sanak saudara, sahabat-sahabat ana yang berpeluang melakukan sesuatu pada musim cuti kali ini, ana ucapkan tahniah. Seperti mendirikan rumahtangga dan mengadakan kenduri yang memberi peluang ramai orang berkumpul dan berjumpa.

Ada yang sempat melakukan ziarah ke rumah ana yang seadanya ini. Sesunggunya kunjungan anda amat tinggi nilaiannya di sisi ana dan insyaAllah menjanjikan ganjaran yang maha hebat pula daripada Allah SWT. Jangan serik untuk berkunjug lagi pada masa-masa hadapan,insyaAllah. Terima kasih dan Tahniah.

Selamat bercuti, hiasilah cuti anda, anak-anak dan keluarga dengan perkara-perkara yang bermanfaat, semoga kehidupan kita semua mendapat berkat insyaAllah. Ada masa, ana pula akan berkunjung ke rumah anda. Semoga Allah memberi kelapangan sehingga tiba waktu itu nanti, isnyaAllah. Sesungguhnya, kemeriahan, gurau senda, hilai tawa hatta tangis sendu anak-anak kita yang bermain sesama mereka adalah nikmat yang sangat memberi bahagia kepada semua. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: