Taman Sri Dahlia

Taman Sri Dahlia terletak dalam jajahan Bachok Negeri Kelantan Darul Naim. Ia adalah sebuah taman perumahan baru yang siap dibangunkan sepenuhnya pada akhir tahun 2008 dan mula diduduki oleh sebahagian besar pemilik rumah-rumah di taman ini bermula awal tahun 2009. Taman ini memuatkan sebanyak 32 unit rumah teres satu tingkat dengan keluasan kawasan (tanah) 20 x 70 kaki persegi manakala luas kediaman (rumah) 20 x 41 kaki persegi.

Kawasan yang dibangunkan taman perumahan ini juga dikenali dengan Kampung Tok Kederat, yang terletak dalam mukim Kandis Bachok Kelantan. Daripada segi geografinya, ia terletak ke arah utara Tok Bali yang terkenal dengan pusat pendaratan ikan terbesar di Negeri Kelantan. Jauhnya dari Bandar Baru Tok Bali lebih kurang 5 kilometer. Kedudukannya juga dikatakan strategik kerana berada dekat dengan pusat-pusat pendidikan utama di Kelantan seperti UMK, KIST, Giat MARA, Pondok Moden dan juga sekolah rendah dan menengah untuk dua kawasan iaitu Tok Bali dan Kandis.

Taman perumahan ini dilengkapi dengan sistem perparitan yang mesra alam, sebuah pili bomba dan juga sebuah pusat janakuasa (transformer) elektrik TNB bagi mempastikan bekalan tenaga elektrik yang konsisten. Selain itu bekalan air bersih juga disediakan oleh pihak syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB). Walaubagaimanapun, penduduk terpaksa menggunakan pam air elektrik yang disambungkan (dengan izin) kepada meter air kerana masalah tekanan bekalan air.

Selain itu, kesemua jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan ini telah diturap menjadikannya sebuah taman perumahan yang bersih dan indah. Jalan-jalan yang disediakan sama ada di kiri dan kanan serta hadapan dan belakang rumah-rumah penduduk. Selain ia memudahkan pergerakan para penduduk, ia juga turut memudahkan pihak-pihak tertentu dalam aktivi penyelenggaraan taman ini seperti pungutan sampah dan menyelenggara sistem kumbahan.

Penduduk taman perumahan ini pula kebanyakannya terdiri daripada kakitangan awam yang bekerja sebagai pegawai maritim yang bertugas di Tok Bali, para pelajar kolej kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), pegawai pusat latihan AURA Training dan juga orang perseorangan yang bekerja sendiri. Pemilik rumah-rumah di kawasan ini kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai maritim tersebut, pegawai tentera dan juga pegawai-pegawai awam yang lain termasuk guru.

Kebanyakan pemilik perumahan di taman ini tidak menduduki rumah mereka sendiri sebaliknya menyewakan sama ada kepada para pelajar KIST sebagaimana yang disebutkan, pekerja swasta dan juga mereka yang bekerja di sekitar Tok Bali ini. Kadar sewa yang dikenakan pula adalah dalam lingkungan di antara RM250.00 hingga RM350.00 sebulan mengikut kemudahan asas yang disediakan dan kedudukan rumah itu sendiri (lot tengah atau hujung).

Ana sendiri juga sebenarnya adalah salah seorang pemilik satu unit rumah (lot tepi) di taman perumahan ini dan berhasrat ingin menyewakannya dengan kadar RM400.00 sebulan atau boleh juga dijadikan guest-house dengan kadar RM80.00 sehari. Kelengkapan asas sebuah rumah turut disediakan seperti katil, almari, kabinet tv, meja makan, mesin basuh, peti ais dan peralatan dapur.

** updated Dis 2011: jika ada penyewa yang berminat, sila hubungi 019-4390749 (Ust Zamri).

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. hasell
    Dis 08, 2009 @ 14:43:50

    salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia melayu, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi http://www.nusanaga.blogspot.com

    IR: terima kasih jenguk

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: