Amalan tidak sia-sia

Bismillahirrahmanirrahim

Allah SWT juga telah menegaskan dan menyatakan persamaan di antara lelaki dan wanita daripada segi balasan (setiap amalan) termasuklah balasan syurga. Firman Allah (surah Ali Imran:195) yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka (Allah SWT) memperkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki ataupun wanita (kerana) setengah daripada kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain”

Di sini jelas, ayat al-Quran tersebut menjamin bahawa setiap amalan yang dikerjakan tidak akan hilang begitu sahaja di sisi Allah SWT, sama ada pembuatnya itu adalah seorang laki-laki ataupun wanita. Kedua-dua mereka adalah sama, berasal daripada tanah yang sama, juga berlatarbelakang yang sama.

Seterusnya firman Allah (surah al-Nahl:97) yang bermaksud “Sesiapa yang beramal soleh daripada kalangan lelaki ataupun wanita, sedang mereka beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan (semula di akhirat) dengan kehidupan yang baik, dan sesunggunya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan”.

Begitu juga firman Allah (surah al-Nisa:124) yang bermaksud “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, sama ada daripada golongan lelaki mahupun wanita, sedang mereka beriman maka mereka itu semuanya akan masuk ke Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya walau sedikit pun)”.

Para ulama menjelaskan, sudah menjadi keadilan Allah, memberi setiap balasan kepada setiap apa yang dikerjakan manusia tidak mengira jantina mereka. Sekiranya amal itu baik, maka akan baiklah juga balasan yang akan diterimanya kelak, sebaliknya jika amal yang tidak baik, maka sudah pasti akan diberikan balasan yang tidak baik juga. Itulah keadilan Allah kepada semua manusia.

Oleh yang demikian, tanpa mengira jantina, bangsa, dan asal keturunan sama ada Arab dan bukan Arab, sayugialah berbuat kebaikan kerana hanya kebaikan yang mampu memberi ganjaran balasan yang baik dan menjadikan kehidupan akhirat yang kekal abadi itu berlangsung dalam keadaan baik yang berpanjangan pula.

Suntingan dan terjemahan buku al-Mar’ah karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: