Jual beli melalui mudah.my

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh

Semalam adalah pertama kali ana menikmati hasil daripada iklan di Mudah.my (sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan secara atas talian), iaitu apabila ana dapat menjual satu barang yang telah sebulan diiklankan dalam web berkenaan. Sebenarnya sudah tiga kali ada orang berminat dan menghubungi ana, tetapi mungkin belum ada rezeki, jadi barang berkenaan tidak dapat mereka ambil. Semalam kebetulan ada sorang pelanggan yang menghubungi, bersetuju dan terus datang ambil.

Sungguh mudah. Rakan ana yang selalu berjual beli secara online melalui perkhidmatan mudah.my berkata, mengikut pengalamannya, kalau kita menetapkan lokasi jual beli di kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur, Selangor, barang yang diiklan itu lebih mudah laku. Hal ini kerana, pengguna di kawasan itu lebih ramai dan mereka suka mendapat barang dengan harga yang berpatutan, kerana penjual juga tidak terlibat dengan kos sewa kedai,pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.

Kebanyakan barang yang diiklankan dalam mudah.my ini adalah barang terpakai. Bagaimanapun, tidak dinafikan mungkin ada barangan baru. Pengguna bebas membandingkan harga dan menentukan sendiri barangan yang diingini. Sekiranya mereka memerlukan maklumat lanjut mengenai sesuatu barangan, mereka akan terus menghubungi pengiklan atau penjual sama ada melalui email ataupun telifon.

Satu perkara yang menggalakkan orang mengiklankan barangan di mudah.my kerana ia adalah perkhidmatan percuma. Berbanding pengiklanan dalam media-media yang lain. Tidak ada pihak yang akan dikenakan caj sama ada penjual yang mengiklan atau pembeli yang membeli barang yang telah diiklankan. Sebaliknya, sekiranya seseorang pelanggan mendapati sesuatu barangan yang ingin dibelinya, maka ia sendiri akan menghubungi pengiklan berkenaan yang bertujuan menjual produk mereka untuk urusan jual beli selanjutnya.

Bagaimanapun, setiap sesuatu itu mungkin atau biasanya ada mengandungi kebaikan dan keburukkannya yang tertentu. Ada juga rakan-rakan yang berungut kerana mereka membayar untuk barang yang tidak berkualiti, ada juga barang yang tidak sampai-sampai sesudah bayaran telah dibuat. Oleh itu, setiap pelanggan yang ingin membeli barangan daripada mudah.my, perlu mengelak dari membayar dahulu sama ada melalui kad kredit atau bank-in. Sebaliknya mereka boleh meminta untuk bertemu dengan pengiklan atau penjual di mana-mana tempat awam yang selamat.

Seboleh-bolehnya elakkan diri daripada berjumpa orang-orang yang tidak dikenali secara berseorangan, pada waktu-waktu jauh malam dan di tempat-tempat yang tidak ada orang (tersembunyi). Perjumpaan di stesen-stesen minyak, di tempat rehat R&R atau tempat rekreasi bolehlah dipertimbangkan. Selain untuk urusan jual beli yang nampak lebih santai, mereka boleh mengambil peluang tersebut untuk membawa anak dan keluarga jalan-jalan (cth ke tempat rekreasi).

Walaupun dah ramai orang yang tahu dan telah menggunakan perkhidmatan (di mudah.my) ini, namun mungkin masih ramai juga yang belum mengetahuinya. Jadi, kepada sesiapa yang berkaitan dan mencari-cari cara pengiklanan, mungkin mudah.my ini boleh menjadi satu daripada alternatif pilihan anda.

Sesiapa dalam kalangan pengunjung blog IbnRajab Online yang ada pengalaman berkaitan perkhidmatan mudah.my ini pula, sudi-sudikanlah berkongsi pengalaman anda di sini bersama para pengunjung lain yang mungkin dapat pula memanfaatkan pengalaman anda tersebut. Wallahu aklam.

Sekian, wassalam.

About these ads

Satu Komen (+add yours?)

  1. shafifah
    Dis 15, 2009 @ 19:40:10

    Bersama Muhadits Syeikh Muhammad Ibrahim dari Syria Esok (Rabu): http://wp.me/PiAx4-ZD

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: