9 yang kelima

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tips 37
Ingatkan anak-anak sekurang-kurangnya sekali sehari, untuk melakukan ibadah khusus (walaupun mereka telah melakukannya, peringatan perlu dibudayakan) seperti solat, zikir atau melakukan taat kepada Allah yang lain seperti menutup aurat, mentaati ibubapa, guru, alim ulama dan orang-orang tua.

Tips 38
Alunkan bersama anak (selepas solat berjemaah) zikir-zikir tertentu seperti zikir munajat atau wirid selepas solat dan lain-lain. Anak-anak akan membesar dalam budaya yang sangat positif iman ini, insyaAllah.

Tips 39
Sediakan hiburan yang mendidik anak ketika membawa mereka bersama dalam kereta. Contohnya memainkan zikir, doa, lagu nasyid atau hiburan yang bersifat motivasi dan pendidikan.

Tips 40
Sekiranya anda ingin memberi hadiah kepada kumpulan kanak-kanak yang ramai, contoh pada hari-hari perayaan, jadikan anak anda sebagai penerima hadiah yang pertama.

Tips 41
Langgan satu majalah khusus bagi anak anda yang akan diterimanya secara berkala melalui perkhidmatan pos.

Tips 42
Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak satu budaya dan gantikannya dengan budaya yang baru sekiranya ia telah menjadi sebati dalam jiwa. Contoh budaya memberi salam. Setelah budaya tersebut sebati dalam jiwa anak, tambahkan dengan satu budaya baru, contohnya mengucapkan terima kasih, seterusnya budaya membaca dan pelbagai nilai tambah diri yang lain.

Tips 43
Berikan anak-anak tanggungjawab yang mampu dipikul olehnya mengikut kesesuaian peringkat umur.

Tips 44
Tanam dalam jiwa anak-anak betapa pentingnya kebersihan. Amanahkan satu-satu kawasan dalam rumah bagi setiap anak memantau kebersihannya.

Tips 45
Cabar minda anak-anak dengan perkara-perkara yang dapat membangkitkan daya kreativiti mereka. Contoh selalu berteka teki dan sama-sama mencari jawapan, atau mengubah sesuatu yang telah terpakai menjadi satu ciptaan baru dan sebagainya.

Semoga akan ada idea lagi, InsyaAllah.. anda dipelawa untuk membantu tambah.

Pautan tips 28-36, 19-27, 10-18, 1-9.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Mohd Yusuf
    Dis 29, 2009 @ 02:03:25

    Syukran…

    IR: ahlan wa sahlan

    Balas

  2. Zulaili Binti Yusoff
    Apr 28, 2010 @ 16:00:12

    tq, dengan tips mendidik anak. banyak info yg saya dapat dr blog tuan. adik tuan meriyusnita yg perkenalkan laman ini. cuma saya ingin lebih tentang public mutual fund

    IR: alhamdulillah. doakan sy dpt menghabiskan kesemua 99 tips. berkenaan mutual fund, insyaAllah sy hubungi puan melalui email

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: