Caj kad kredit 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Tulisan ana ini ada kaitan dengan entry yang lalu. Klik untuk membaca.

Semalam ana menerima satu email daripada pihak bank pengeluar kad kredit yang sedang digunakan. Pihak bank memaklumkan bahawa caj kad kredit sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui bajet tempohari akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2010 atau pada bulan sepatutnya kad kredit itu tamat. Contohnya, jika kad kredit anda tamat pada bulan April 2012, maka bermula April 2010 caj tersebut akan mula dikenakan. Bagi mereka yang tamat pada bulan Januari, maka akan membayarnya lebih awal sedikit lah.

Bagaimanapun, pengguna boleh menukarkan bayaran RM50.00 atau RM25.00 (kad tambahan) dengan mata ganjaran yang diberikan berdasarkan kepada pembelian runcit menggunakan kad kredit. Perkara tersebut bagaimanapun masih terikat dengan syarat, terma dan ianya juga bergantung kepada pihak bank pengeluar kad anda. Bolehlah buat rujukan untuk pertanyaan lanjut.

Ana difahamkan juga bahawa, caj berkenaan akan dikenakan ke atas setiap kad kredit yang dimiliki oleh pelanggan tidak kira sama ada bank pengeluarnya adalah sama atau berbeza. Maksudnya, untuk setiap kad utama dikenakan caj RM50 dan setiap kad tambahan pula dikenakan RM25. Sekiranya anda memiliki 10 kad kredit (sama ada dengan bank yang sama tetapi jenama atau promosi lain-lain atau bank berbeza), terpaksalah anda membayar jumlah RM500.00 untuk kad-kad utama yang dikeluarkan kepada anda.

Oleh yang demikian, elok juga kerajaan mengambil tindakan ini atas alasan bagi mengelak rakyat menyalahgunakan kad kredit yang menempatkan mereka ke lembah hutang yang tidak berkesudahan. Asal saja ada promosi, terus ditandatangani sahaja borang permohonan kad kredit. Ada juga yang melanggan kad kredit atas alasan mendapatkan hadiah percuma kemudian akan membatalkannya selepas tempoh-tempoh masa yang tertentu.

Sebenarnya, mungkin kita perlu berpegang kepada prinsip sesetangah orang yang berpendapat tidak ada perkara atau benda yang diberikan benar-benar secara percuma di dunia ini melainkan oleh orang-orang tertentu seperti ibubapa, sahabat, jiran dan mereka yang ada ikatan, yang memberi secara ikhlas dan tidak berkepentingan. Selebihnya, banyak benda yang dikatakan free itu mengandungi helah disebaliknya. Jangan merugikan masa anda apatah lagi wang anda jika ia lebih sepatutnya disalurkan kepada yang berhak.

Kini, marilah kita sama-sama fikirkan, betapa tidak elok juga membazir dengan hanya memiliki pelbagai jenis kad kredit tetapi akan dikenakan bayaran yang terlalu mahal. Apatah lagi sekiranya dengan memiliki banyak dan pelbagai kad kredit itu boleh membinasakan kewangan keluarga seperti terjebak dengan belenggu hutang yang serius.

Sememangnya kad kredit merupakan keperluan pada masa ini. Namun, memiliki satu kad kredit sudah mencukupi. Pilihlah kad kredit yang dikendalikan dengan baik oleh (bank) pengeluar kad kredit yang terbaik. Sebab itulah, bayaran RM50 (katakanlah untuk kad pertama sahaja) yang dikenakan ini sebenarnya masih boleh dipertimbangkan (untuk dimansuhkan) oleh mereka yang sedar akan keperluan hidup masa kini, agar mereka tidak dianggap mengambil kesempatan di atas keperluan orang lain. Pepatah ada mengatakan, “jika tidak dapat menyenangkan manusia, janganlah pula menyusahkan mereka”.

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. IbnRajab
    Dis 26, 2009 @ 11:56:22

    Update 26 Dis 2009. Pihak bank pengeluar kad ana memaklumkan caj perkhidmatan RM50 itu akan mula dikenakan pada 22 Nov 2010 pula. Bukan januari depan. harap maklum. tq

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: