Salam maal hijrah 1431H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, sukacita ana mengucapkan dan mendoakan selamat tahun baru Hijrah 1431H kepada rakan-rakan pengunjung blog IbnRajab Online. Semoga kedatangan tahun baru Islam ini akan lebih mematangkan kita dalam meningkatkan taqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya banyak peristiwa yang telah dilalui pada tahun 1430H dan begitu juga tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah mengampun segala kesalahan yang telah dilakukan dan menerima amalan baik yang dikerjakan.

Secara peribadi, pada tahun 1430H telah banyak mengajar ana erti kedewasaan. Alhamdulillah, sekiranya pernah suatu ketika ana bertanyakan kepada seseorang yang usianya melebihi enam tahun daripada ana. Pada masa itu, beliau baru memasuki era umur 40an. Ana tanyakan apa perasaannya apabila memasuki umur dewasa begitu. Respon yang diberikan, katanya “pada masa ini, umur sebegini, kita mampu mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat keputusan, terutama pada waktu-waktu terdesak”.

Kini sedikit sebanyak, pengalaman berkenaan telah mula ana rasai. Walaupun usia belum mencecah 40 tahun, tetapi kepelbagaian alur pemikiran itu memang berlaku. Jika waktu usia remaja, kita meminta tanpa berfikir panjang, dan kita memberi pun tanpa berfikir panjang. Maksud berfikir panjang di sini ialah, permintaan kita dan juga pemberian daripada kita itu mungkin kadangkala dalam keadaan tergesa-gesa.

Kedewasaan mengajar erti sabar. Buat sesuatu dengan perlahan-lahan dan penuh hati-hati. Kerana kita sudah banyak kali terjatuh ke dalam lubang dan disengat. Melalui pengalaman-pengalaman, kita sudah mula berfikir panjang agar pisang tidak berbuah dua kali, agar kita seboleh-bolehnya tidak jatuh lagi, agar kita tidak disengat lagi. Walau apapun, kita masih sedar, tidak ada yang memberi manfaat dan mudharat melainkan Allah jua. Tetapi, berfikir panjang itulah salah satu nilai tambah orang-orang yang matang.

Sesungguhnya Allah, telah memberikan nikmat-nikmat kepada hambaNya yang tidak lansung dapat dihitung oleh mereka. Benarlah firman Allah yang bermaksud : sekiranya jika kamu ingin menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya. Walaupun kadang-kadang kita terperasan nikmat-nikmat Allah yang dirasai, namun di sana sesungguhnya banyak lagi nikmat Allah yang tidak sempat diperasankan oleh kita yang dhaif dalam bersyukur ini.

Di antara nikmat-nikmat Allah yang mungkin boleh ana kongsikan di sini (kerana Allah menggesa umatnya memanjangkan rasa syukur dengan menyebut nikmat-nikmat Allah yang dirasakannya, surah al-Dhuha: 11) antara yang paling besar ialah dapat menyempurnakan penulisan tesis pengajian peringkat Sarjana di UKM. Benarlah kata orang, suatu nikmat dunia paling manis, apabila dapat menyiapkan satu-satu tesis pengajian.

Nikmat yang lain, seperti kejayaan menolong mak dan ayah di dalam memudahkan urusan mereka mengerjakan ibadah haji pada musim ini. Menduduki rumah sendiri walaupun tidaklah sebesar mana tetapi itulah harta pertama yang boleh dipusakai oleh anak-anak setakat ini. Selain itu segala rezeki yang murah yang Allah kurniakan kepada ana sekeluarga juga nikmat kesihatan.

Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana diberikan Allah nikmat itu pada saat-saat ana memerlukannya. Paling bernilai adalah nikmat teguh di atas landasan iman dan taqwa kepadaNya dan keinginan untuk sentiasa ditambahkan ilmu agar tidak tergelincir ke jalan-jalan yang sesat. Amin..

Semoga sepanjang tahun 1431H yang mendatang ini, akan Allah panjangkan umur kita semua di dalam kebaikan atau menjadikan kematian sebagai tempat istirehat kita daripada terus melakukan kerosakan dan kederhakaan.

Selamat menyambut awal muharram 1431H sekali lagi.. selamat maju jaya dan kehidupan di dunia yang perlu dijadikan bekalan ke akhirat.. untuk itu, tuntutlah dan carilah panduan ke arah hidup (dunia dan akhirat) yang sempurna, tidak lain dan tidak bukan, itulah panduan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya hati terasa amat keras menerima dan akur terhadap kedua-duanya, maka ingatlah kematian, insyaAllah ingat kepada mati itu mampu melembutkan hati-hati yang degil, keras dan durhaka.

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Siti Fatimah Ahmad
    Dis 18, 2009 @ 00:41:51

    Assalaamu’alaikum

    SAHABAT
    Walau…
    Langkah tak bertemu
    Tangan tak berjabat (perempuan sahaja ya)
    Ucapan tak terdengar
    Izinkan hati ini memohon maaf
    Atas segala…..
    Sikap dan lisan yang tak terjaga
    Janji yang terkota
    Hati yang kerap berprasangka (insya Allah tiada)
    Sepanjang setahun perkenalan kita
    Selama persahabatan kita terjalin di dunia maya
    Terima kasih atas kasih sayang dalam ukhuwwah yang dicerna
    Semoga kita selalu di dalam perlindungan-Nya

    SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1431
    Salam Awal Muharam dan salam manis dari saya di Bangi, Selangor, MALAYSIA.

    SITI FATIMAH AHMAD

    IR: w’salam usth. comey puisi kitak tek.. tq

    Balas

  2. Mr Adof
    Dis 19, 2009 @ 14:01:53

    Hm… nak tegur sikit… calendar hijrah blog nie mcm tak betul aje..Tq .

    IR: mmg mcm ni jika awl bln. ia d programkn ikut bil 29 hr. insyaAllah sdng dikemaskini

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: