Selamat berangkat pulang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

InsyaAllah, lewat petang hari ini mak dan ayah akan berlepas dari lapangan terbang kota Madinah meninggalkan sejarah peribadi mereka yang telah terpahat indah di sana untuk kembali ke tanah air. Segala pelajaran dan kenangan manis hasil perjuangan mereka selama 40 hari di tanah suci itu akan menjadi azimat dan bekalan indah di dalam menjalani baki kehidupan.

Alhamdulillah jadual penerbangan kumpulan mereka berdua (KT54) tidak berubah. Tidak sebagaimana yang diuar-uarkan dalam beberapa siri berita tempatan sebelum ini, bahawa kemungkinan semua jadual penerbangan jemaah haji Malaysia akan mengalami perubahan sama ada dipercepatkan ataupun dilewatkan. Hal itu kerana keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan maksima empat penerbangan sehari berlepas ke satu-satu destinasi.

Semoga perjalanan pulang mak dan ayah dari tanah suci ke tanah air akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Ketibaan mereka di KLIA dijangka pada lewat malam hari ini (atau lebih tepat awal pagi esok 19 Disember 2009) iaitu pada jam 0030 manakala penerbangan mereka ke Kota Bharu pula dijangkan akan berlepas pada jam 0750 menerusi pesawat MH1384 dan dijangka mendarat pada jam 0845.

Diharapkan maklumat-maklumat ini berguna kepada sanak saudara yang akan menunggu dan menyambut kepulangan barakah mak dan ayah, sama ada di lapangan terbang KLIA ataupun lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. InsyaAllah, terima kasih semua. Wassalamu alaikum warahmatullah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: