Selamat tiba, alhamdulillah tahniah

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur ke hadrat Allah SWT, alhamdulillah sebagaimana yang dijadualkan, mak dan ayah serta kumpulan jemaah mereka selamat tiba di lapangan terbang pengkalan chepa hari ini. Penerbangan mereka mendarat tepat jam 0845 dan mengambil masa lebih setengah jam untuk keluar ke balai ketibaan. Suasana yang tenang menjadi sedikit riuh rendah, haru biru dan dramatik sebaik sahaja setiap jemaah keluar mendapatkan sanak saudara yang menanti dengan perasaan rindu, syahdu bercampur syukur.

Tahniah diucapkan kepada kedua mak dan ayah serta seluruh umat Islam yang diberikan nikmat mengerjakan haji pada musim ini. Dalam perjalanan pulang, mak dan ayah menyebut semua perkara-perkara yang baik yang menggambarkan pekerjaan dan perjalanan ibadah mereka di sana telah dipermudahkan oleh Allah SWT. Mak dan ayah tidaklah berhadapan dengan masalah yang besar, di samping tidak menafikan terdapat sedikit ujian dan cubaan pada masa sama.

Memang fitrah dan sunnah orang berjuang. Ujian dan cubaan itu adalah diibaratkan isi dengan kuku. Pada minggu pertama, ayah ditimpa demam yang menganggu juga niatnya mengerjakan solat 5 waktu di masjid al-haram. Sehari sebelum wukuf ayah kembali sihat seperti sediakala dan boleh manunaikan baki manasik (pekerjaan) haji dengan semampu dan sesempurna kudratnya.

Ketika di Madinah, dua hari sebelum balik, mak pula ditimpa demam yang menjadikannya tidak mampu bangkit ke masjid al-Nabawiy. Tetapi benar janji Allah, ujian itu berkehendakkan sabar semata-mata. Pabila tiba hari penerbangan pulang, mak kembali sihat dan dapat meneruskan amal di masjid Nabi seperti sedia kala. Sesudah melakukan ziarah terakhir kepada makam Rasulullah SAW, mak, ayah dan rombongan jemaah mereka bertolak ke lapangan terbang Madinah untuk berangkat pulang.

Selebihnya, perjalanan ibadah mereka berdua dipermudahkan oleh Allah SWT. Setiap rukun, wajib dan sunat haji dikerjakan dengan selesa, alhamdulillah. Sedikit sebanyak, kenangan manis dan cerita mereka berdua menggamit ingatan 11 tahun yang lalu. Serta dengan itu, doa dipanjatkan agar Allah memberi rezeki dapatlah pula membawa isteri menziarahi tanah suci. InsyaAllah.. Niat dan doa telah dipanjatkan, hanya Allah yang berkuasa mentaqdirkan.

Tahniah sekali lagi kepada mak dan ayah. Semoga ibadah haji diterima oleh Allah SWT sebagai haji yang mabrur, InsyaAllah. Mafhum sabda Rasulullah SAW “Tiada ganjaran bagi haji yang mabrur melainkan syurga”. Allahumma Amien.

Wallahu aklam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: