Kolokium FPI UKM 2009

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan ana sampai ke UKM bagi membentangkan sedikit daripada dapatan tesis yang diusahakan itu. Ana dan beberapa rakan menyahut seruan dan mengambil peluang yang terbuka pada program Kolokium Siswazah Pengajian Islam Islam, UKM untuk tahun ini. Segala pengalaman adalah seumpama penghargaan kepada sedikit usaha yang dikerah dan dicurahkan dalam dunia akademik yang amat luas lagi dalam.

Seingat ana, ini adalah kali kedua membentangkan hasil kerja akademik di hadapan khalayak. Alhamdulillah, pengalaman pertama membentangkan latihan ilmiyah (masyruk takharruj) di Universiti Al al-Bayt dulu sedikit sebanyak membantu mengurangkan stress, walaupun kegugupan dan perasaan kekurangan menyelubungi diri. Ramai juga yang hadir memberi sokongan hari ini seperti di al-Bayt dulu juga kerana waktu itu ana adalah orang melayu ke-13 viva LI untuk batch pertama itu. Mereka datang menyokong di samping mengambil sedikit sebanyak pengalaman bagi menghadapi hari viva mereka pula nanti.

Ana diberikan masa 20 minit maksima untuk pembentangan kertas kerja bertajuk “Penggunaan Shāhid al-Qurān Dalam Kitab Sharh Ibn Aqīl dan Sharh Qatr al-Nadā Wa Ball Al-Sadā : Bab Marfuāt Satu Kajian Perbandingan”. Kebetulan ana adalah orang kedua daripada jumlah tiga orang pembentang. Tidaklah terlalu awal dan menjerat perasaan gementar dan tidaklah terlalu akhir dan terseksa kepada perasaan sakit mengunggu. Setelah ana dan dua rakan selesai membentang barulah moderator sesi membuka ruang soal jawab. Alhamdulillah, ana sendiri terpaksa menghadapi dan menjawab dua soalan yang dikemukakan oleh hadirin.

Setelah selesai sesi pembentangan, ada rakan-rakan yang datang memberi ucapan tahniah di samping tidak ketinggalan yang melontarkan beberapa cadangan membina bagi memantapkan lagi mutu persembahan pada masa-masa akan datang. Ana akui bahawa, kertas kerja yang baru selelsai dibentangkan itu adalah ibarat ‘budu’ yang bukan hanya sedap dan pembuka selera bagi orang-orang Kelantan sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang menghadapinya. Cuma ‘budu’ itu, sekiranya di minum dan diambil secara berlebihan akan memudaratkan pula.

Itulah sedikit sebanyak gambaran kepada kertas kerja berasaskan tesis yang baru ana bentangkan sekejap tadi. Ia memang panas, menarik perhatian pihak yang mendengar dan sedikit kontra kepada pihak-pihak tertentu yang pro kepada metodologi barat dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Terutama tatabahasanya.

Sesungguhnya ramai yang sedar akan kelemahan penguasaan bahasa Arab terutama dalam kalangan para pelajar sehingga ke peringkat Universiti masa kini. Cuma kurangnya mereka yang memikirkan idea bagi menangani masalah tersebut. Pun begitu, ana tidaklah ingin mendabik dada menyatakan bahawa tesis ana ini adalah pengubah dan penyelamat dunia, namun sedikit sebanyak ia mampu membuka mata kita semua kepada acuan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagaimana yang digariskan oleh ulama Islam zaman silam.

Ada sebenarnya rakan-rakan hadirin yang bersetuju dengan ana, bahawa penting kita mengembalikan semula tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab adalah untuk memahami al-Quran seterusnya mendalami agama Islam yang rujukan utamanya juga adalah kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab yang solid. Antara mereka ada yang mengutarakan padangan bahawa “acuan barat dalam mengajar semua bahasa termasuklah bahasa Arab ini di antara usaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran itu sendiri, dan mereka (sarjana barat) telah agak berjaya. Buktinya fenomena pelajar jurusan bahasa Arab kini bukan sahaja tidak memahami al-Quran, malah melakukan rujukan kepada hanya kitab-kitab dan buku terjemahan kerana ketidakupayaan mereka memahami teks asal (sumber premier)”.

Kebetulan sahabat dan rakan sekuliah ana (satu semester) yang sedang dalam proses terakhit menyiapkan desertasi sarjananya bangkit dari tempat duduknya dan menambah “hasil daripada soal selidik yang dijalankan ke atas kumpulan pelajar IPT hari ini menunjukkan ada ramai dalam kalangan mereka yang masih tidak mampu membezakan di antara ism jama’ muzakkar dan ism jama’ muannath”.

Bagi ana secara peribadi, inilah (kelemahan para pelajar) hasil proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab (acuan barat) yang diberi pengajaran berbahasa Arab bertajuk “fi madrasti, fi al-mat’a,mi wa fi al-matar” berbanding tajuk-tajuk yang diacuankan oleh ulama silam iaitu mengenali al-mubtada’ al-khabar, sifat mausuf, naat, tamyiz dan sebagainya. Kerana orang putih mengajar orang bukan orang putih bahasa orang putih adalah untuk membolehkan orang bukan orang putih bercakap bahasa orang putih pada masa-masa dan keadaan tertentu sahaja, tidaklah ingin mereka mengajar bahasa orang putih itu bagi memahami dan mendalami kitab-kitab orang putih (hatta kitab suci) yang telah dibuktikan oleh ramai pakar dan sarjana sebagai terdapat pecanggahan di dalamnya.

Ia jauh sekali apabila bercakap pasal al-Quran. Kerana umat Islam dan bukan Islam dicabar untuk melawan mukjizat al-Quran dan melakukan kajian yang dapat menandingi maklumat dalam al-Quran. Sehingga membawa datang satu ayat bermutu dan bernilai seperti al-Quran. Umat Islam digesa mempelajari bahasa Arab bagi mendatang perasaan agung dan hebatnya al-Quran yang merupakan kalam Allah yang bermukjizat itu. Lalu mereka tunduk dan patuh kepada segala ajarannya dan tidak hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagiannya yang lain.

Tetapi hari ini, orang-orang Islam sendiri seolah-olah diasuh dan dididik hatta walaupun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab daripada menggunakan al-Quran. Jauh sekali untuk merangsang mereka cuba menghayati dan memahaminya kerana medium yang digunakan adalah acuan ilmu bahasa barat. Ianya terlalu terkebelakang apabila kita melihat cabaran al-Quran kepada orang Islam dan bukan Islam.

Sebaliknya pula yang berlaku, hal ini (penggunan al-Quran sebagai medium pengajaran bahasa Arab) dikatakan akan mendatangkan pula perasaan takut kepada sebahagian orang Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai medium pengajaran bahasa Arab. Mereka takut nanti disaman oleh orang bukan Islam kerana menyalahgunakan ruang pengajaran bahasa untuk menyebarkan dakwah Islam. Subhanallah.

Apapun, ana menyeru rakan-rakan pengungjung mendoakan agar perjalanan menuju viva sebenar tesis ana ini nanti akan dipermudahkan juga oleh Allah SWT. Walaupun viva sebenar tesis ana ini tidak akan dipertontonkan ke khalayak ramai, dan kehadiran empat orang cendikiawan termasuk penyelia itu turut mengecutkan perut kalau sesekali ana memikirkannya. Namun, diharapkan agar pengalaman semalam dan hari ini (yang sedikit)  menjadi bekal terbaik buat ana insyaAllah.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir menyokong dan turut menanyakan soalan berkaitan maka dapatlah ana menyediakan lebih persiapan bagi menghadapi hari perhitungan yang ditunggu-tunggu itu sebelum diperhitungkan di hadapan Allah SWT yang bertanyakan apakah sumbangan kita di dalam membela agama Allah? Semoga usaha yang kecil ini akan dicatatkan olehNya sebagai amal soleh yang membela tuannya bukan sebaliknya. InsyaAllah..

Untuk rakan-rakan yang berminat mendapatkan abstrak kajian ana, sila klik di sini untuk download. Dan sekiranya ingin memiliki kertas kerja pembentangan tersebut sama ada untuk simpanan ataun rujukan akademik, perlulah menghubungi ana secara peribadi bagi mendapatkannya. InsyaAllah, kita sama-sama bertolong-tolongan dan bantu membantu dalam berbuat kebaikan.

Wallahu aklam

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Minal Qalbi
    Jul 02, 2010 @ 20:55:00

    salam utz….tahniah, penulisan yang terlampau menarik perhatian..bisa pembacanya suspen apa lagi di baris ayat yang berikutnya…

    w’slam. terima kasih menjenguk dan meninggalkan komen. alhamdulillah, setakat ni masih bersemangat memperjuangkan nahu al-Quran. doakan khayr utk peringkat seterusnya. insyaAllah

    Balas

  2. Trackback: Seminar Penyelidikan IPG Zon Timur 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: