Minggu pendaftaran pelajar Siswazah UKM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita ana mengingatkan kepada rakan-rakan pelajar lama peringkat pengajian siswazah (Sarjana dan PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar mendaftarkan pengajian mereka masing-masing sebelum tarikh akhir hujung minggu ini. Pendaftaran pelajar lama berkenaan boleh dibuat menerusi laman web SMPWEB secara atas talian. Sekiranya pendaftaran gagal dibuat, maka anda akan disingkir dari universiti bermula 11 Januari 2010.

Bagaimanapun, pendafaran atas talian ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda tidak mempunyai baki hutang tertunggak. Sekiranya ada, anda perlulah datang sendiri ke pejabat Bendahari UKM bagi menjelaskan baki hutang berkenaan sebelum meneruskan pendaftaran.

Bagi rakan-rakan pemegang biasiswa HLP, anda perlu mengemukakan laporan prestasi tahunan ke Bahagian Tajaan beserta maklumat pendaftaran dan laporan pencapaian akademik semester yang lalu. Rakan-rakan boleh download borang-borang berkenaan dengan mengikuti catatan ana di sini.

Sekian, semoga membantu. Wallahu aklam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: