Akan kembali

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana akan kembali bertugas sebagai penjawat awam sepenuh masa bermula 28 Disember 2009 ini insyaAllah. Jika sebelum ini ana adalah pegawai awam yang menjawat jawatan di bahagian tajaan pendidikan (BTP, KPM) kerana diluluskan cuti belajar bergaji penuh, bagi menyambung pengajian ke peringkat sarjana di UKM. Bermula 27 Disember 2007 sehingga 26 Disember 2009, ana adalah sorang penjawat awam yang bercuti belajar.

Apabila ana menyerahkan disertasi untuk semakan pihak UKM pada 01 Oktober 2009, bermulalah pula status bercuti sepenuh masa (istilah sendiri). Cukuplah hampir tiga bulan menikmati cuti sepenuh masa hasil berhempas pulas menyiapkan disertasi yang tidak kurang cabarannya itu. Kata orang, dan memang diri mengalami, semasa dalam tempoh menyiapkan tesis, sampai ke dalam tandas pun otak didapati masih mencari idea. Tidur terganggu, mandi pun tak basah dibuatnya.

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Sebenarnya pengajian ana bukanlah 100% tamat lagi pun. Cuma pihak BTP (biasiswa) tiada alasan untuk menyambung cuti bergaji penuh buat ana. Kata mereka, balik bekerja juga adalah masa menunggu tarikh viva. Tiada alasan KPM nak membayar gaji pekerja yang bercuti semata-mata menunggu sesuatu yang belum tahu bila akan tiba. Kata mereka lagi, dulu, masa belajar, Kerajaan membayar gaji penuh kerana anda sedang bercuti belajar. Begitu juga ketika anda menulis tesis. Kerana sebenarnya anda juga pekerja pada masa itu.

Apa-apapun, pada tarikh 28 Disember 2009 ini insyaAllah, pada jam 9.05 pagi ana akan terbang ke BTP, KPM di Putrajaya. Melapor diri di sana sebelum diarahkan ke BPG untuk menunggu satu surat re-posting yang sudah dimaklumi tempat tujunya itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah post terakhir ana sebelum cuti iaitu sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Rajang, Sarawak. Itulah suratannya takdir. Di mana janji termeterai maka di situ jualah ana akan menyambung tugasan yang belum selesai.

Anak-anak belum di bawa bersama. Kerana kesuntukan masa menguruskan itu ini. Sebenarnya ana betul-betul tamat belajar dalam konteks yang sebenar adalah hari ini. Kerana walaupun telah serah tesis dan menunggu untuk dipanggil viva, ana telahpun dipanggil untuk membentang tesis dalam kolokium yang bermula semalam dan berakhir hari ini. Itu juga memerlukan komitmen masa, tenaga dan modal intelektual. Kerana itu jugalah ana terpaksa memohon untuk melapor diri pada saat-saat akhir yang menyamai tarikh tamat perjanjian cuti belajar yang diluluskan.

InsyaAllah, isteri dan anak-anak akan menyusul pada 07 Januari 2010. Walaupun terpaksa berjauhan, dan anak-anak akan menjalani tempoh seminggu untuk bersekolah di Kelantan, mungkin banyak perkara yang dapat diselesaikan. Jika segala-galanya hendak dibuat dalam masa cuti sebenar cuti ini, mungkin ada juga yang tidak berkesempatan dan tidak dapat disempurnakan. Buku-buku teks belum diserahkan. Surat perpindahan dan sebagainya mungkin senang diuruskan dalam waktu persekolahan nanti.

Bagi ana di sana pula, walaupun keseorangan mungkin akan adalah masanya untuk mencari-cari tempat atau rumah sewa yang baru. Berkira-kira sekolah anak-anak yang baru. Walaupun memang sudah ada terbayang dan sudah tahu anak-anak bakal bersekolah di mana. Tetapi, kadang-kadang apa yang dirancangkan itu tidak semestinya berjaya untuk dilaksanakan. Ruang dan peluang yang ada mungkin dapat dimanfaatkan sebelum dikejarkan oleh masa apabila menjejakkan kaki ke pejabat untuk menyambung tugas-tugas rasmi. Apabila begitu, sudah tentu banyak urusan peribadi yang terpaksa diketepi.

Rakan-rakan seperjuangan ana yang telah sama-sama diluluskan cuti belajar HLP 2007; ada dalam kalangan mereka yang akan balik bertugas akhir Disember ini juga. Ustaz Azman, tahniah kerana dapat menikmati suasana kerja baru di tempat yang baru juga. Ustazah Siti, sama-samalah kita kembali ke tempat kita. Mungkin ustazah sukacita kerana diibaratkan bagai sirih pulang ke gagang. Ustaz Shubki pula, walaupun balik ke tempat asal, namun mungkin sudah ada perancangan lain apabila sahaja menjejakkan kaki di sana. Selamat maju jaya diucapkan.

Ada juga rakan-rakan yang diberikan nikmat sambung cuti. Juga tahniah diucapkan. Sahabat sekuliah ana, Ust Pendi, Ust Bakri, Ust Kamel dan Ust Hafizan. Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baik yang mungkin bagi mempersembahkan tesis yang mungkin lebih berkualiti berbanding mereka yang tergesa-gesa untuk balik awal bekerja. Begitu juga rakan-rakan HLP 2007 yang lain, semoga semuanya suksess.

Buat rakan-rakan yang dapat HLP 2008 (ust Lah, Muslim dll) yang sedang masuk tahun kedua pengajian, memasuki alam menulis kajian sepenuh masa setelah setahun berkuliah. Begitu juga rakan-rakan yang baru dapat HLP pada tahun ini 2009 (Ust Badrul dll), akan mula masuk bilik kuliah semula setelah berbelas tahun tidak merasai panasnya perbincangan ilmiah dan menjana idea menulis assigment. Selamat belajar diucapkan.

Manakala rakan-rakan yang belum berjaya mendapat HLP pada tahun-tahun yang lepas ini. Cuba lagi mohon pada tahun hadapan. Rezeki masing-masing sudah ditentukan. Semoga memperolehinya sebagai HLP pada tahun berikutnya ini. Buat rakan-rakan yang lain pula, mungkin akan lahir satu perasaan ingin mencuba balik belajar ke kuliah semula pada semua peringkat. Marilah sama-sama merealisasikan hasrat dan gesaan agama “tuntulah ilmu sehingga ke liang lahad” ataupun mencapai misi “pembelajaran sepanjang hayat”. InsyaAllah.

Wallahu aklam. Wassalam.

p/s: rakan-rakan dalam konteks catatan ini, kebanyakkannya ana tujukan kepada bekas sahabat seperjuangan ana di bumi Mafraq suatu ketika dulu (universiti al al-Bayt, Jordan) yang kini sama-sama dapat HLP, atau baru dapat, atau sudah minta dan belum-belum dapat dan termasuk juga yang sedang bercita-cita untuk memohon agar mereka juga dapat.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Dis 25, 2009 @ 18:05:24

    alhamdulillah, good luck bro.. salamm

    IR: sykuran. lama bro en_me tak komen2 kat sini 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: