Selamat melapor diri

Bismillahirrahmanirrahim

Tepat jam 12.15 tengahari hari ini, ana selamat sampai di IPGM Kampus Rajang untuk urusan melapor diri. Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan walaupun ada terdapat sedikit cabaran dan gangguan dalam perjalanan kerana tiket penerbangan dari KLIA ke Sibu berstatus ‘standby’. Al-Maklum musim akhir-akhir cuti begini ramai yang balik semula bertugas ke tempat masing-masing.

Ana pula tidak dapat balik melapor awal kerana urusan pembentangan tesis pada 23 dan 24 Disember lepas. Kebetulan 25 hb pula cuti umum, seterusnya diekori cuti hari sabtu dan ahad. Mahu tak mahu, terpaksalah ana mengambil keputusan balik melapor pada hari Isnin 28 Disember 2009. Tiket (ke Sibu) untuk hari tersebut dan juga hari selepasnya (hari ini) pula sudah penuh ditempah. Yang tinggal hanyalah ‘waiting list’ atau tiket ‘standby’.

Pada jam 0700, 28 Disember 2009 ana turun dari rumah mak. Sebuah rumah yang paling lama ana duduki adalah dalam tempoh dua tahun inilah (semasa cuti belajar). Sebelum ke Jordan dulu (1994), ana hanya tinggal di rumah ini dalam tempoh tak sampai setahun. Balik dari Jordan pula, ana tinggal di dalamnya untuk kembali bermanja dengan keluarga tidak pun sampai enam bulan, kerana dipanggil untuk mengikuti KPLI pada bulan Januari 2000 sebelum terus dipostingkan ke Kuching, pada akhir Januari 2001.

Bagimanapun, komitmen untuk pulang bertugas memaksa ana gagahi juga kaki yang sepasang ini. Gugurnya airmata ayah dan bonda tanda kebergantungan mereka kepada anak tunggal lelakinya ini terpaksa dibeli dengan nilai murahnya sebuah pengorbanan untuk menyahut seruan ‘kembali bertugas ke tempat asal sebelum diluluskan cuti’. Walaupun pada masa sama, ada rasa hairan di hati dengan persoalan “kenapa rakan dari sekolah, yang baru dipertimbangkan jawatan seperti ini, dan baru juga tamat belajar, ditempatkan di mana sahaja yang dia suka”?.

Sampai di Putrajaya sudah nak masuk waktu rehat tengahari. Oleh kerana urusan untuk ‘pulang bertugas ke tempat asal’ tidak perlu banyak menghadapi tingkatan prosidur luar biasa, urusan di sana selesai sebelum jam menunjukkan pukul 3 petang. Oleh yang demikian, ana mencuba nasib untuk menaiki pesawat kedua ke Sibu pada jam 1830 pada hari yang sama.

Tetapi bagai yang dijangka, flight penuh dan tidak ada penumpang yang tak ‘check in’. Jadi terpaksalah ana menunggu flight pertama keesokkan harinya (hari ini). Alhamdulillah, adalah ruang untuk ana menumpang satu tempat duduk dan terbang ke Sibu pada jam 0850 pagi. Urusan melapor di sini juga tidak perlu menghadapi banyak prosidur. Dalam masa tak sampai sejam, ana sudah beredar untuk bersusah payah pula mencari dan menghubungi rakan-rakan lama untuk menumpang tanya rumah-rumah untuk disewa.

Bukan itu sahaja, urusan mendapatkan tempat persekolahan yang baik untuk anak-anak juga perlu. Banyak perkara yang akan dibuat sebelum membawa mereka datang ke lembah rezeki ini. Hanya kepada Allah jua, dipanjatkan doa, agar penempatan ini membawa seribu makna kebahagiaan walaupun pada mata yang memandang, sudah terzahirnya seribu satu keberatan. “Berat mata memandang, sesunggunya berat lagi bahu yang memikul”.

Pernah ana terdengar sebuah hadis yang diterjemah-masukkan ke dalam dua cuping telinga ini, bahawa Rasulullah SAW pernah menegaskan “Di antara nikmat-nikmat yang baik adalah, apabila rezeki seseorang itu adalah di dalam kawasan negeri kelahirannya”.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. abamuaz
    Dis 30, 2009 @ 00:29:07

    Tahniah. kerana berjanya menghabiskan pengajian mengikut tempoh yang diberi… dan tahniah kerana telah kembali bertugas.. semoga dirahmati Allah sentiasa

    IR: syukran akhi. itulah semoganya

    Balas

  2. 2bz4money
    Dis 31, 2009 @ 00:37:09

    Selamat bertugas..Saya pernah posting ke Bintulu 1997-2001; Hijrah yg mematangkan diri, pengalaman yg berharga, berani berubah yg akan membentuk gaya dan personaliti di masa hadapan..All the best..

    IR: syukran ala al-du’a wa al-ziyarah

    Balas

  3. sharif & ruby
    Dis 31, 2009 @ 23:52:16

    assalamualaikum……………
    dah dapat ke rmah sewa?
    selamat menjalankan tugas.
    ad masa datang mersing…..

    IR: w’salam. tima kasih sudi jenguk blog abeYie. dah dpt rmh sewa alhamdulillah. insyaAllah dtg jika ada ruang dan peluang

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: