Selamat tahun baru Miladi 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana mengambil peluang mengucapkan selamat memasuki tahun baru miladi 2010 kepada semua warga pengunjung blog IbnRajab Online yang dikasihi. Mudah-mudahan, kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang melalui tahun baru 2010 ini. Doa yang diajarkan oleh Baginda SAW dan yang selalu juga ana amalkan adalah “semoga Allah menjadikan kehidupan kita (yang mendatang) itu sebagai peluang untuk kita menambahkan segala kebaikan, dan menjadikan kematian itu sebagai penghalang kita daripada meneruskan segala kejahatan”.

Melakukan kebaikan itu adalah natijah daripada nikmat hidayah taufiq Allah kepada kita jua. Sebaliknya berbuat kejahatan itu adalah tabiat yang terhasil daripada hasutan nafsu dan syaitan yang tidak jemu melakukan kerja memesongkan umat manusia. Kita perlu sedar akan segala tindakan yang bakal diperlakukan, sama ada ia mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang lain ataupun ia hanya menimbulkan kesusahan kepada diri dan orang lain yang diterjemahkan sebagai kejahatan.

Oleh sebab itu, orang-orang beriman digesa melakukan muhasabah atau refleksi terhadap apa-apa tingkah laku mereka setiap masa dan ketika. Saidina Umar ra berpesan “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (dinilai) di hadapan Allah SWT pada hari kiamat”. Beliau juga berpesan “Janganlah kamu melakukan kejahatan (kezaliman) , kerana ia adalah kegelapan (zulumat) di hari kiamat”.

Pepatah yang selalu ana pegang adalah “sekiranya kita tidak berupaya untuk menolong atau membahagiakan orang lain, janganlah pula kita menyusahkan orang lain”. Kebahagiaan adalah impian semua orang termasuklah kita, begitu juga kesusahan dan kejahatan adalah menjadi mimpi ngeri bahkan musuh kita juga orang lain. Oleh yang demikian, Rasulullah SAW berpesan “tidak beriman seorang kamu sehingga ia mengimpikan sesuatu yang ia kasihi (baik) itu berlaku ke atas saudaranya seperti apa (kebaikan) yang diimpikan berlaku kepada dirinya sendiri”.

Semoga tahun 2010 yang baru saja menyingsing tirai mukadimahnya hari ini, membuka ruang dan peluang untuk kita menambah budi, menjalinkan ikatan persaudaraan dan kasih sayang sesama Islam yang lebih utuh dan mampan, mempastikan kerukunan masyarakat dalam negara yang lebih harmoni dan semoga kita semua dikurniakan nikmat-nikmat yang baik termasuklah kesihatan yang memampukan kita melakukan segala kebaikan. InsyaAllah.

Sekali lagi, selamat tahun baru miladi, mudah-mudahan kita semua diberkati. Wallahu aklam.

Mungkin anda suka membaca tulisan-tulisan berkaitan tajuk ini; klik untuk membaca.
1. Muhasabah selamat tahun baru 2009
2. Penggunaan istilah miladi atau masihi

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. bluethunderheart
    Jan 04, 2010 @ 00:14:58

    met tahun baru y bang
    salam hangat dari blue

    IR: syukran

    Balas

  2. shafifah
    Jan 04, 2010 @ 12:07:19

    Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

    Balas

  3. sikinisma
    Jan 08, 2010 @ 22:31:44

    assalamualaikum…w b t

    salam tahun baru….selamat kembali ke tempat bertugas…baru baca blog ustaz then baru tahu yg ustaz dah balik sarawak…moga dpt terus menabur bakti…sampaikan salam buat zaujah…jumpa lain kali insya allah

    IR: w’salam. alhamdulillah. syukran sudi ziarah. insyaAllah ada ruang kt bersua lagi

    Balas

  4. Trackback: Muhasabah 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: